Tuesday, August 31, 2010

cepatlaa

the day after tomorrow. . .
aku dah nak balik rumah^^

Friday, August 27, 2010

ramadhan

Sudah masuk hari ke-17,tapi rasanya tak terlambat untuk berkongsi pasal Ramadhan kali ni.

Syukur sangat still dapat bertemu dengan Ramadhan.Yela kalo sebelum ni,tiba bulan Ramadhan,just like,ok,sekarang bulan puasa dan as muslim wajib berpuasa penuh sebulan,malam solat terawikh,dan sebolehnya khatam Al-Quran 30 juzuk bulan ni.

Ibadah yang dilakukan sekadar macam satu rutin.Rutin tahunan sebab tak menghayati ruh Ramadhan sebenar-benarnya.Tapi insyaAllah Ramadhan kali ini puasa dengan penuh sedar nak dapatkan redha Allah dan harapkan reward terbaik dari Allah.Tambah pulak dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang mendirikan (Ramadan) dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka akan diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)

Subhanallah,bila lagi aku nak dapat pengampunan bagi dosa -dosa aku selama ni kalo tak grab puasa kali ni.

Ramadhan kali ni juga banyak sedarkan aku untuk observe perkara-perkara yang sebelum ni aku ambik mudah je.

Macam sahur,walaupun cuma dengan seteguk air,Rasulullah SAW pesan supaya tak tinggal sebab ada keberkatannya.

Lepas tu masa seharian berpuasa,pergi kelas,buat itu,buat ini tapi jangan terlupa untuk berdoa banyak-banyak sebab kan Allah dah janji doa orang yang berpuasa tak akan ditolak sampai dia berbuka.

Lagi,segerakan berbuka puasa,dengan tamar takpun beberapa teguk air macam yang Rasulullah SAW buat.

Dan juga belanja orang lain berbuka,walaupun just belikan air seringgit,takpun share kurma sebab Rasulullah SAW says orang yang bagi makan orang berpuasa,dia turut sama dapat pahala orang berpuasa itu tanpa merugikan pahalanya.

Tadarus Al-Quran pun seboleh-bolehnya tadabbur sekali maknanya biar sampai ke hati ayat-ayat Allah yang dibaca.Selain itu,Ramadhan ni juga masa terbaik nak praktik qiamullail.Syaitan kena ikat,jadi mudah je nak tinggal katil sebenarnya dan takla seram sangat nak g toilet sorang-sorang kul 4 pagi.Macam yang ramai orang cakap,Ramadhan satu kem,untuk bentuk diri kita dan teruskan amalan bulan ni pada 11 bulan lain.Jadi hamba Rabbani,bukan hamba Ramadhani.

Oleh sebab sekarang menghampiri 10 malam terakhir Ramadhan,aku yakin semua orang tau hadis daripada Saidatina Aisyah r.a.,that Rasulullah SAW bersabda:
“Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir di bulan Ramadhan."
(Hadis riwayat Al-Bukhari)

Sebab Allah dah bagitau dalam Al-Quran,
“Sesungguhnya Kami telah Menurunkannya(Al-Quran) pada malam qadar.Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan."
(Al-Qadr:1-3)


1 malam=1000 bulan=83 tahun!!!!!!!!!

Daripada Saidatina Aisyah r.a bahawa pada 10 malam terakhir Ramadhan,Rasulullah SAW bangun malam untuk solat dan mendekatkan diri kepada Allah dan kejutkan ahli keluarga baginda sekali.(HR Al-Bukhari dan Muslim)

Tapi tu laa,nak qiamullail 10 malam terakhir ni orang kata untuk mereka yang terpilih sahaja.Of cos la nak jadi yang terpilih tu dan mestila kena biasakan diri qiam dari sekarang.

And ada satu doa yang Rasulullah ajarkan dekat Saidatina Aisyah untuk dibaca pada lailatul qadar,
"Allahumma innaka `afuwwun,tuhibbul-`afwa,fa`fu`anni"
(Ya Allah,Engkau Maha Pengampun,suka mengampunkan,maka ampunilah aku)
(HR At-Tirmizi)

Jom sama-sama mencari keampunan Allah di bulan penuh keberkatan ini~

Sunday, August 1, 2010

homesick

Genap 2 bulan aku tak menjejak kaki ke rumah.2 bulan jugakla aku tak jumpa ngan cinta-cinta hati aku.Tak salam ngan ummi,cium tangan dan dahi ummi,peluk ummi kemas-kemas.Tak salam ngan abah,cium tangan abah,peluk abah.Tak jumpa ngan kak ngah,peluk kak ngah.Tak jumpa abang.Tak jumpa asiah,peluk asiah.Tak jumpa fiey.Tak jumpa huda,peluk huda.Tak jumpa diey,peluk diey.Rindu sangat-sangat-sangat.

Lama tak breakfast ngan ummi,makan together semua orang.Sungguh rindu.Tapi takpe lah.

Sebenarnya aku macam tak percaya aku boleh pecah rekod tak balik rumah sampai 2 bulan.Dahulukala hari rabu je dah pack barang nak balik rumah.Every weekend sure balik rumah,tak kisahla warden bagi ke tak.It just sekarang aku dah makin matured kot(?)

Aku teringat kata-kata kak laili that anak yang baik itu bukanlah yang selalu bersama ibu bapanya but dia selalu mendoakan kedua mereka dan menambah ilmu untuk menjadi anak yang baik.Aku cuba jadi begitu dan semoga mampu jadi anak dan kakak yang baik.Amin~


Eh-eh,termengalir air mata pulak.Rinduuu~