Sunday, July 31, 2011

harapan Ramadhan

"Wahai orang-orang yang beriman!Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,~Surah Al-Baqarah:183~

Inilah harapan Ramadhan kita, iaitu ingin menjadi seorang yang bertakwa.

Aku tak pernah backpacking dan 'masjid-hopping' ke Australia.Namun Alhamdulillah pernah aku merasa hidupnya ruh Ramadhan di  SHASM.Biah ataupun persekitaran sesungguhnya sangat banyak membantu dan itu salah satu kerisauan aku menjelang Ramadhan ini.

Tapi bila difikirkan balik,sebulan Ramadhan kali ini sepatutnya lebih bermakna.Bila lagi nak ber-Ramadhan tanpa kelas dan lecture.*Walaupun kena ganti dengan house chores*.*Ehh tolong ummi banyak pahala daaa.* ^^

Semoga Ramadhan kita semua dimaknai dengan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah.

Apapun Ramadhan kareem everyone^^

Saturday, July 30, 2011

my dearest biha

Selamat ulangtahun ke-20 Sabiha sayang :)

They say besties look alike.

Wednesday, July 27, 2011

Tuesday, July 26, 2011

nilai dunia


p/s: di tag untuk berkongsi hadis oleh farah hanis^^

Sunday, July 24, 2011

princess

Aku ingat lagi kecik-kecik dulu abah aku selalu belikan buku kisah-kisah nabi dan para sahabat untuk bacaan kami adik beradik.Tapi aku pula lebih berminat dengan buku-buku cerita princess.Jadi aku selalu pinjam buku cerita disney princess kawan aku takpun pinjam library.Sampai sekarang pun kisah-kisah dongeng disney princesses aku masih ingat.Duhh.

Sebab aku pernah suka cerita princess ni aku rasa kecenderungan budak perempuan memang tinggi pada karakter-karakter puteri.Mungkin bukan semua budak perempuan.-.-"

Adik aku Huda pun suka baca buku cerita puteri.Tapi Alhamdulillah sekarang ini sudah ada banyak alternatif cerita disney princess versi islamik dan realistik.Salah satunya siri Kisah Si Puteri keluaran PTS.

Kami Puteri Hebat
Bukan apa,InsyaAllah dengan alternatif  kisah-kisah macam ini dapat mencambahkan lagi minat kanak-kanak terhadap agama Islam.Apapun tahniah kepada para penulis kisah si puteri!

Gaun Merah Jambu
Riang Ria Dunia Persahabatan

Tuesday, July 19, 2011

anticipated

Bulan Ramadhan semakin menghampiri kita.InsyaAllah,kita berdoa agar Allah mempertemukan kita lagi dengan Ramadhan kali ini.Aku ada dengar ceramah yang mengatakan jika kita tidak gembira dengan kedatangan Ramadhan menunjukkan kita masih jahil atau tidak mengetahui akan besarnya kelebihan bulan berkat ini.

Sebagaimana yang kita tahu, pada bulan Ramadhan syaitan akan diikat.Jadi inilah peluang terbaik untuk kita melakukan kebaikan sebanyak mungkin sekaligus membiasakan diri dengan kebaikan untuk terus diamalkan pada bulan-bulan lain.

Bulan Ramadhan juga merupakan bulan pengampunan daripada Allah.Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Sesiapa yang mendirikan (Ramadan) dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka akan diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu." (HR Bukhari)

Oleh sebab itu kita nak mengisi setiap saat usia kita dalam bulan ini dengan amalan-amalan yang menguatkan keimanan dan mendekatkan diri kepada Allah.

Solat.Percaya ataupun tak, ada orang yang berpuasa tapi tidak menunaikan kewajipan solat lima waktu.Bulan puasa ini seharusnya menjadikan kita lebih mudah mengerjakan solat-solat sunat seperti solat sunat rawatib dan terawikh,apalagi solat wajib!

Tadarus Al-Quran.Salah satu keberkatan bulan Ramadhan juga adalah dimana kitab Al-Quran diturunkan di dalam bulan ini.Kalau boleh kita cuba khatamkan 30 juzuk Al-Quran sebulan Ramadhan ini dengan tadabbur sekali maknanya.Orang perempuan kena  pandai-pandailah double juzuk supaya dapat juga habiskan satu Al-Quran.Dari sekarang pun mestilah baca Quran selalu!

Sedekah.Puasa menjadikan kita lebih empati dengan golongan fakir dan miskin.Lapar dan haus kita hilang juga bila berbuka.Tetapi orang yang serba kekurangan di luar sana belum tentu dapat mengalas perut dalam seminggu.Jadi Ramadhan juga lah meringankan tangan kita untuk bersedekah mengikut kemampuan.Dan senyum juga sedekah!

Doa.Antara waktu-waktu mustajab doa adalah doa seorang yang berpuasa.Nak berdoa tidak semestinya semasa atas sejadah sahaja.Setiap kali terlintas hajat di hati,kita pohonlah supaya Allah memperkenankannya.Paling penting,gantungkan segala harapan dan kepercaan kita kepada-Nya.Setiap detik hidup kita sebenarnya pun kita memerlukan Allah.

Qiamullail.Bercakap tentang Ramadhan,pasti kita tak lupa akan malam Lailatul Qadar.Malam mulia yang lebih baik dari seribu bulan ini tidak diketahui dengan tepat bila tapi Rasulullah SAW menyuruh kita mencarinya pada sepuluh malam akhir Ramadhan.Untuk itu,kita mestilah mulakan dengan qiamullail dari awal lagi untuk membiasakan diri.

Puasa.Bulan Ramadhan bukan bulan puasa makan minum semata-mata.Kesempatan inilah untuk kita lemahkan nafsu-nafsu lain juga terutamanya nafsu berhibur.Kita cuba untuk berpuasa mata dari menonton drama-drama di tv contohnya.Selain itu,telinga kita juga hentikan dari mendengar muzik dan lagu-lagu di radio sebaliknya dengar bacaan-bacaan Al-Quran.Sekarang ni pun kita boleh mulakan dengan menonton tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa.

Akhlak.Orang yang berakhlak baik bukan saja disukai manusia malah disukai oleh Allah.Seboleh-bolehnya kita elakkan perkara yang merosakkan hubungan silaturrahim seperti mengumpat dan bergaduh dalam bulan Ramadhan.Sebaliknya kita mendidik diri supaya lebih bersabar,menahan marah dan memaafkan kesalahan orang lain.

Akhir sekali kita basahkanlah lidah kita dengan zikrullah dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW setiap hari sepanjang Ramadhan nanti dan mulakan dari hari ini.Semoga Allah sampaikan kita kepada Ramadhan kali ini dan kita diberi kekuatan untuk beramal ibadat demi menggapai rahmat dan maghfirah Allah.

Thursday, July 14, 2011

hati

Banyak betul produk di pasaran untuk mengawal masalah bintik hitam dekat muka.Yalah semua orang pun tak suka kalau ada bintik-bintik hitam dekat muka.Macam-macam jenis krim dan pencuci muka dicuba nak hilangkannya.Kalau boleh tahi lalat pun nak kasi hilang huhu.Kita kan nak wajah yang bersih.

Tapi masalah titik hitam yang menodai hati kita pula selalu kita terlepas pandang.

Hati pun ada masalah ni ke?Macam mana nak tahu hati kita ada titik hitam ke tak?

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya satu titik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.” ( HR Ibn Majah )

Dosa adalah penyebab titik-titik hitam di hati.Kita pula tak terlepas dari melakukan dosa.Dan Rasulullah sudah pun bagitahu kita cara untuk menghilangkan titik hitam di hati iaitu dengan bertaubat.InsyaAllah dengan taubat kita setiap hari, hati kita akan bersih dari noda dan dosa.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya:
”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”(HR Bukhari)

Hati lah yang menentukan baik atau jahat seseorang itu.Hati yang baik lah yang memain peranan menggerakkan anggota badan dan pancaindera lain melakukan kebaikan.


Kalau ada bintik hitam di muka pun kita sudah kalut cari pembersih apalagi kalau titik hitam pada hati,kan.

Saturday, July 9, 2011

keluargaku sayang

Semalam abah aku berkongsi sedikit tazkirah maghrib yang menyentuh perasaan kami sekeluarga.Abah bercerita mengenai kelebihan qiamullail dan mengajak ummi dan kami,anak-anak beliau sama-sama bangun solat malam dan mendekatkan diri kepada Allah.

Seterusnya abah minta kami bayangkan jika ada ahli keluarga yang ditahan di penjara,bagaimana agaknya perasaan di hati.Mengenangkan tidak dapat bersama,makan minum tak seenak di rumah,mungkin disakiti dan pelbagai rasa pilu lain bertamu di hati ahli keluarga.Tapi itu baru hukuman di dunia,apalagi kalau kelak kita tidak dapat bersama-sama keluarga di syurga?Nauzubillah.

Hukuman neraka jauh lebih dasyat,sebab itulah kita tak nak buat baik sendirian,kita nak seluruh ahli keluarga kita dapat bersama di syurga Allah nanti.Jom saling nasihat-menasihati sesama ahli keluarga!

Wahai orang-orang yang beriman!Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu ; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar,dan keras,yang tidak derhaka kepada Allah dan selalu mengerjakan apa yang diperintakan. ~Surah At-Tahrim:6~

Friday, July 8, 2011

pujian


Kembalikan segala puji-pujian kepada izin dan kuasa Allah jua :)

Wednesday, July 6, 2011

cerita huda

Satu hobi favourite aku semasa bercuti dekat rumah adalah mendengar cerita adik-adik.Cerita diorang dekat sekolah.Hari ini Huda cerita pasal kelas sainsnya.

Huda : Kak long nak dengar cerita kingkong pom pom?
Aku : Kingkong pom pom??
Huda : Heeee..Exam sains hari tu,ada orang jawab katak bernafas melalui kingkong.Rama-rama pulak bernafas dengan pompom.
Aku : Hahaaaa..
Huda : Lepas tu ada classmate Huda jawab unta tinggal dekat padang mahsyar.Tapi cikgu bagi markah kesian sebab cikgu kata cikgu tau maksud budak tu padang pasir.
Aku dan Ummi : HAHAHAHAAAH :D

Tuesday, July 5, 2011

nak cantik

Bila bercakap tentang cantik biasanya orang akan membayangkan rupa paras yang cantik.Tapi kan bagi aku pakaian lebih memainkan peranan dalam penampilan cantik seseorang.Kadang-kadang orang berwajah cantik sekalipun nampak tak cantik kalau pakaian dia kotor dan serabai je.

Semua orang pun sukakan kecantikan.Islam pula agama yang cantik jadi kita sebagai muslim sepatutnya berpenampilan cantik.Semalam aku tengok Tanyalah Ustaz bertajuk Nak Cantik.Ustaz bercerita kisah seorang sahabat Nabi SAW yang berpakaian cantik dan bagus lalu ditanya Saidina Umar akan hal pakaian tersebut.Lalu sahabat tersebut menjawab supaya orang bukan Islam tidak memandang rendah umat Islam dan Saidina Umar akur akan perkara itu.

Sekarang pun terdapat macam-macam fesyen pakaian dan semua pun cantik-cantik.Tidak salah untuk kita menutup aurat dengan pakaian yang cantik tetapi niat kita semata-mata untuk izzah dengan agama Islam,iaitu supaya non-muslim tidak memperlekeh kita atas sebab pakaian.Bukan pula kita pakai cantik-cantik sebab nak berlagak dan menarik perhatian orang.Tapi sendiri mau ingat lah pakaian macam mana yang tidak menarik perhatian orang.Niat tak menghalalkan cara juga.

Rugilah kita kalau pakai cantik-cantik tapi tidak mendapat keredhaan Allah.

p/s:Banyak betul kain baju kurung yang nipis dan jarang dekat kedai.Ini taktik musuh Islam dekat wanita ke apa?Haish.Janganlah sampai berbaju raya yang tidak mengikut syariat Allah.*err puasa pun belum..*

Saturday, July 2, 2011

bintang

Twinkle twinkle little star, 
How I wonder what you are, 
Up above the world so high,
Like a diamond in the sky.
Sirius
Subhanallah cantik sangat bintang-bintang bergemerlapan di dada langit pada waktu malam.

"Dan sungguh,Kami telah menciptakan gugusan bintang di langit dan menjadikannya terasa indah bagi orang yang memandangnya,"~Surah Al-Hijr:16~

Bintang-bintang yang kita boleh nampak dengan mata kita merupakan bintang yang terdapat dalam galaksi Bima Sakti.Sebenarnya jutaan lagi bintang yang tak kelihatan di langit dan berada dalam galaksi lain di angkasa lepas.

Relative sizes of the planets in the solar system and several well known stars.
Saiz bintang-bintang ini berkali-kali ganda lebih besar dari saiz bumi kita.Tapi disebabkan jarak yang sangat jauh dari bumi,bintang-bintang ini kelihatan seperti titik kecil yang berkelip-kelip.Bayangkan lah jarak antara bumi dengan bintang-bintang tersebut pula sehingga bintang kelihatan sangat kecil pada pandangan.Ini menunjukkan betapa besarnya alam semesta ciptaan Allah.Allahu Akbar!