Wednesday, August 29, 2012

tentang rasa

Rasa cinta dan ingin menikah itu fitrah.

Perasaan yang satu ini memang boleh menguasai diri.Bak kata Ustaz Pahrol, cinta itu satu kuasa kerana ia terletak dalam hati, raja yang paling berkuasa dalam kerajaan diri manusia.

Ibnu Qayyim ada menyebut tentang pengaruh cinta dalam hidup kita,
“Cinta itu menyucikan akal, menghilangkan kerisauan, menghadirkan keberanian, mendorong berpenampilan kemas, menaikkan selera makan, menjaga akhlak mulia, membangkitkan semangat, mengenakan wangian, memperhatikan pergaulan yang baik, serta menjaga adab dan keperibadian. Tapi cinta juga merupakan ujian bagi orang-orang soleh dan dugaan bagi ahli ibadah,”

Bercinta tu tak semestinya saling mengucapkan kata cinta.Mungkin dua orang yang saling mencintai itu tak pernah bercakap pun.Tapi ada rasa yang saling berbicara dan tumbuh mekar dalam jiwa.Dan Allah yang menghadirkan rasa cinta tentu akan memudahkan jalan kepada sebuah pernikahan bila tiba masanya.

“Aku tidak melihat (penawar) untuk dua orang yang bercinta seperti nikah” (HR al-Baihaqi dan Ibn Majah, sahih)

Tapi kan sebenarnya kalau ada jodoh barulah orang yang kita cintai tu cintakan kita juga.Dan kalau ada jodoh juga baru cinta itu boleh bersatu.Semuanya percaturan Allah.Mintalah pada Dia.

Semua orang suka cakap pasal cinta dan nikah kahwin ni.Tapi sama macam kek keju sedap yang dimakan setiap hari, soal cinta dan kahwin ini boleh menyebabkan muak bila selalu sangat disebut-sebut.Sebab tu banyak teguran dan nasihat supaya tak dibuai angan-angan indah berkahwin, supaya banyakkan fikir pasal mati, supaya hentikan status dan share berkaitan 'cinta islamik'.

Kita fikir sendirilah apa yang terbaik untuk diri kita, pelajaran, ibu bapa dan dakwah tarbiyah.Tak kisah lah orang lain nak ada anak sekali pun kalau kita belum bersedia buat apa nak cepat-cepat kahwin.Cinta dan perkahwinan kan sebenarnya adalah alat untuk mendapatkan keredhaan daripada Allah. 

Pandai-pandailah kita mengurus perasaan cinta dan ingin berkahwin itu supaya ia tak merampas kebahagiaan kita sekarang ni.Menikah itu mungkin bukan sekarang, mungkin lambat lagi dan mungkin juga bukan di sini.Bukankah semuanya indah, bila kita letakkan sepenuh kepercayaan pada Allah? :)

Saturday, August 25, 2012

5 tahun


Dalam masa lima tahun banyak perkara berlaku.Doa, itu saja yang kita ada.Dan ia sebenarnya lebih baik dari apapun.Sebab kita akan dapat cuma yang terbaik darinya.Tolong, jangan pernah berhenti berdoa.

Because she fall in love too often that's what the matter.

Allah :'(

Saturday, August 18, 2012

terawikh terakhir

Adik-adik aku sudah masuk mood raya.Sudah mula menghitung berapa banyak duit raya yang bakal dapat tahun ni dan excited semacam bila dengar lagu raya.Gembira sangat raya dah dekat.

Anak kecil, bukannya tahu makna sebenar Ramadhan.

"Mula-mula bangun sahur, lepas tu pergi sekolah, tak makan, balik sekolah,pergi bazar Ramadhan.Lepas tu pergi solat terawikh, lepas tu balik, buat homework, kemas buku, tidur."

Kita yang dah besar ni, yang tahu Ramadhan ini bulan pahala digandakan, bulan dosa-dosa diampunkan Allah,dan ada lailatul qadar yang istimewa ni macam mana?

Takkan sama gembira dengan anak kecil menyambut raya?Ya, hari raya perlu diraikan dan ianya merupakan hadiah buat orang-orang yang berjaya dalam puasanya.

Tapi Ramadhan dah nak tinggalkan kita.Tak tau nanti boleh jumpa lagi ke tak.Salafussoleh berdukacita di penghujung Ramadhan sebab sedih nak berpisah dengan Ramadhan.Tapi kita?

The reason it hurts so much to separate is because our souls are connected.  ~Nicholas Sparks, The Notebook

Waktu yang masih ada ini lah peluang untuk kita mendapatkan keampunan Allah, melipatgandakan pahala dan mendekatkan diri dengan Allah.Nabi Muhammad SAW ada cakap kalaulah umat baginda tahu kelebihan bulan Ramadhan ini pastilah mereka akan mengharapkan Ramadhan itu sepanjang tahun.Allahu Rabbi...

Saturday, August 11, 2012

22

Hari ini anniversary pernikahan ummi dan abah aku yang ke-22 :)

Kalau dekat Korea bukan main diorang sambut 22 Day.Ummi dan abah aku pulak sudah 22 tahun hidup bersama, semoga Allah selalu merahmati ummi, abah dan keluarga aku ini :')

Aku berdoa kepada Allah semoga cinta ummi dan abah sampai syurga.

Sungguh terasa malu sendiri kalau berangan nak kahwin bila tengok ummi dan abah.Aku ni langsung belum bersedia.Usahkan nak qiamullail bila bersuami kalau sekarang sorang-sorang pun malas nak bangun.

Teringat abah cakap,"tak payah sembang nak jadi solehah lah kalau tahajud pun tak buat."TT

Dan Ramadhan inilah peluang.Untuk menjadi solehah dalam pandangan Allah.

Sunday, August 5, 2012

bangun sahur

Bila nafsu tidur menguasai nafsu makan.hihi

Rasulullah SAW bersabda“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”.(HR al-Bukhari dan Muslim).Kita kan nak cari berkat Allah dalam hidup ini jadi sahur bukan lagi pilihan tapi kemestian. :)

Kita juga disunnahkan melewatkan sahur iaitu makan sahur ketika menghampiri waktu subuh.Rasulullah SAW melewatkan bersahur sehingga tinggal baki beberapa minit sebelum masuk waktu subuh.Bukannya makan siap-siap sebelum tidur,bukan juga makan beberapa jam sebelum subuh.

Nabi Muhammad SAW juga menggalakkan kita bersahur dengan kurma.“Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar”. (HR Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi, sanadnya sahih)

Selain itu, waktu sahur iaitu sepertiga malam yang akhir merupakan waktu doa dan permintaan dikabulkan dan keampunan diberikan oleh Allah.
“Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Agung turun setiap malam ke langit dunia, ketika hanya tinggal sepertiga malam yang akhir. Lalu berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepadaKu, akan Aku perkenankan untuknya. Sesiapa yang meminta kepadaKu, akan aku berikanNya. Sesiapa yang memohon keampunan kepadaKu, akan Aku ampunkannya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Inilah masanya kita nak melatih diri bangun beribadah kepada Allah pada penghujung malam.Mungkin boleh mulakan dengan solat sunat tahajud dua rakaat dulu ataupun membaca Al-Quran ataupun berzikir ataupun istighfar.Lagipun kita semakin menghampiri 10 hari terakhir Ramadhan, takkan tak nak mendapatkan malam yang bernilai seribu bulan? :)

SUMBER : DR MAZA