Jika diberi pilihan samada mati atau hidup lama lagi, pada seorang pakcik yang berumur 90 tahun sekalipun sudah tentu jawapannya nak hidup lagi.Umur sudah tua pun tak nak mati lagi, apalagi yang lebih muda.Tapi kita semua tahu, nak atau tak, ianya pasti.
Setiap yang bernyawa pasti akan mati...~Surah Ali-Imran:185,Surah Al-Anbiya':35~
Tanpa mengira usia.Setiap hari kot orang mati.Cuti semester lepas ada 3 kematian terdekat dengan aku.Dua orang kampung yang meninggal pada hari yang sama dan seorang kawan abah aku.Aku balik cuti CNY hari tu, ada lagi dua kematian.Anak ustaz dekat rumah aku dan ayah kawan adik aku.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka semua.
Bila kematian berlaku di sekeliling kita, kita sepatutnya berfikir akan hakikat yang akan berlaku pada kita juga nanti.Ia bukan mengenai kesedihan orang yang masih tinggal dan hidup di atas dunia ini tapi keadaan kita yang berada di dalam kubur sana, keseorangan, apakah membawa cukup bekal amalan?
Alam kubur, bukannya sama dengan fantasi Alice yang jatuh ke dalam lubang.Realiti liang yang sempit dan gelap hanya mampu diterangi dengan iman dan amal soleh.Kubur boleh menjadi satu dari taman-taman syurga, atau sebaliknya salah satu dari lubang-lubang neraka, nauzubillah.
Syaikh Muhammad bin Hussain Ya'qub dalam buku Malam Pertama di Alam Kubur, berkata; Mari kita mengamati perkara ghaib yang menakutkan ini.Mari ubati kerasnya hati kita.Berimanlah kepada hari kiamat sebelum kedatangannya.Bersusah payahlah mempersiapkannya, sebelum menyesal.Ingatlah kematian sebelum terlambat.Rasulullah SAW telah mengingatkan kita.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda;
"Perbanyakkanlah mengingati penghancur kenikmatan (maut) " -HR Tirmidzi-
Ini koleksi ceramah Syaikh Anwar Al-Awlaky mengenai kematian,alam barzakh dan hari akhirat, Subhanallah kita memang perlu nasihat kerana hiruk pikuk dunia kadang melalaikan:'(