Wednesday, November 12, 2014

23

Usia bertambah lagi. Setiap kali merenung ke dalam diri, setiap kali itu lah memikirkan fungsi eksistensi.

Falsafah sangat.

Terlalu banyak pemikiran, idea, manusia, dunia dan semesta yang bermain seputar kepala. Hampir pecah dibuatnya. 

Sukar untuk diluahkan pada suatu bentuk yang boleh difahami sejagat.

Aku cuba tuliskan, pada setiap huruf aku tidak temukan perkataan. Aku cuba lukiskan, pada setiap titik aku tidak temukan lakaran.

Aku tidak mampu untuk menguraikan kekusutan yang melanda.

"Menangis lah jika sedih", pujuk diri sendiri. Aku cuba merembeskan emosi.

"Dia faham kau." Insaf. Ya, kau punya Tuhan yang menjaga dan menyayangi kau selama ini. Dua puluh tiga tahun ini.

Bila kau sangat merindukan Tuhan, ketahuilah Dia lah yang menghantarkan rasa itu.Dia rindukan kau.

"Lindungilah aku dari kemurkaan-Mu atau apa-apa yang mungkin menimpaku disebabkannya.
Hanya kepada Engkau lah aku pasrahkan diri supaya Engkau redha.
Sesungguhnya tiada daya upaya dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah"
 -Doa indah Nabi Muhammad SAW selepas peristiwa Thaif-


Thursday, June 26, 2014

#AKUdanRamadan

Ramadan checklist

Allahumma ballighna Ramadan.Ya Allah sampaikanlah kami ke bulan Ramadan yang penuh keberkatan.Mari sama-sama kita berazam untuk memaknai Ramadan kali ini dengan penuh keimanan, penuh mengharap agar Allah mengampunkan dosa-dosa dan meredhai kehidupan kita.

Sungguh,

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa yang berpuasa Ramadan kerana iman dan ihtisab (menyerahkan diri kepada Allah), maka akan diampuni dosa-dosanya yang lalu." (HR Bukhari)

Monday, February 17, 2014

Thinking of you

“If I had a flower for every time I thought of you...I could walk through my garden forever.” - Alfred Tennyson

I know that you are busy
I am too
I've got class, you've got work
But we'll work it out
Just wanna know that you want me



Mencintamu dari kejauhan
Dalam setiap doa yang kupanjatkan


Al Furqan 25 : 74


Wednesday, January 22, 2014

Asrama dan kehidupan

Bismillahirahmanirahim.

Fikiranku menerawang ke masa lalu.Sedih berpisah dengan keluarga bila masuk asrama.Tiada kawan pula, dengan suasana baru dan peraturan-peraturan kehidupan baru, berkongsi tandas beramai-ramai, makanan asrama dan ragam manusia yang pelbagai.Segala macam perasaan berkecamuk dalam jiwa dan untuk seorang budak tiga belas tahun cukup untuk dia menangis-nangis nak pulang ke rumah.Rindu yang terlalu pada ibu dan ayah.

Aku faham sangat bila adik aku Huda melalui fasa perit ini.Adik lelaki aku kata Huda cuma manja.Mungkin, kami manja.Lain orang lain lah penerimaan jiwanya terhadap sesuatu *bengang haha*.Ya sudah sepuluh tahun berlalu bagi aku dan aku sudah tahu di akhirnya aku cuma merindukan kenangan hidup di asrama.Peraturan dan denda yang dikenakan itulah mengajar aku yang rules are made to be broken *lulz*(peraturan manusia okay).Manusia-manusia di asrama itu lah yang menjadi teman sedih dan tawa, dan karenah yang pelbagai itu buat aku lebih mengenal dunia.

Kadang-kadang merenung kembali memori lama mengingatkan kita bahawa pengalaman jugalah yang menjadikan siapa kita pada hari ini.Dan memang tak mudah untuk seorang tiga belas tahun Huda menerima pengalaman aku.

Huda tanya aku kenapa kita kena besar, kena belajar dan kena terima semua ni?Sangat innocent.

Aku teringat kata-kata abah, kalaulah kita ni jadi bayi je selama-lamanya kan best, semua orang suka dan sayang di dukung ke sana ke mari.Tapi kehidupan tak begitu kata abah.Rambut abah yang dulunya hitam kini memutih.Kulit yang tegang kini mula berkedut.Badan yang tegap melakukan macam-macam perkara mula sakit-sakit.Kita pun akhirnya sedar yang kita sudah tidak muda lagi, dan tidak akan selamanya di sini.

Rasulullah SAW sudah berpesan dan di dalam hadis ke-40 susunan Imam Nawawi,

Daripada lbnu ‘Umar r.a.beliau berkata: Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda: 
Hiduplah engkau di dunia seolah-olah engkau seorang perantau atau musafir.
Lalu lbnu ‘Umar r.a. berkata: Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu. (Riwayat Bukhari)
Inilah fasa yang lebih perit sebenarnya,bila seorang dewasa sedar dia akan mati.Kehidupan ini hanya sementara.Sekejap sahaja masa berlalu di dunia ini.Dan bila sudah tahu sedang bermusafir perlulah berbekal.Kata abah aku lagi takkan lah bila sudah tiba destinasi baru nak mencari makanan dan penginapan tapi wang pun tak dibawa kenalan pun tiada.Di dunia ini mungkin masih boleh mengharap simpati manusia tapi jika di akhirat baru tersedar dunia cuma tempat kelana, sudahnya apa?