Friday, September 24, 2010

ladies dear,

Hari tu aku dengar sebuah lagu ni,dj kata tajuknya Wanita Seluruh Dunia.So khas untuk aku juga la kan sebab aku wanita.

Wahai wanita
Wanita yang berada di seluruh dunia
Tak kira bangsa, umur atau rupa
Oh asalkan kau wanita

Kau buat ku gila
Bila kau menggoda
Bila kau mengada-ngada
Oh lirikan mata senyuman manisnya

Oh kau buat aku tergoda
Wanita seluruh dunia ku ingin kau tahu
Yang aku cinta kamu semua wahai permaisuriku
Dan walaupun ku tak mampu membahagikan diriku

Kepada wanita seluruh dunia
Lagu ini lagu cinta untuk kamu semua
Untuk kamu semua

Wahai wanita
Adakah kau mengerti apa yang aku kata
Kamu semua adalah inspirasiku bila ku berkarya

Ku tuliskan lagu hanyalah untukmu
Untuk buat hari kau ceria
Dan aku tak kisah mana kau berada
Ku ingin kau dengar ku berkata

Projek Pistol - Wanita Seluruh Dunia

SEEEEEEEEE!!!!!Part yang Kau buat ku gila Bila kau menggoda Bila kau mengada-ngada Oh lirikan mata senyuman manisnya Oh kau buat aku tergoda.
Lelaki sendiri mengaku yang diorang boleh jadi gila,ok,maybe tak tapi diorang tergoda dengan
LIRIKAN MATA dan SENYUMAN PEREMPUAN!

Jadi kawan-kawan semua termasuk diri aku kena la jaga diri sendiri,hati-hati bila berurusan dengan lelaki,jangan sampai menggoda.Memang lagu ni tak mewakili lelaki seluruh dunia walaupun ditujukan untuk wanita seluruh dunia.Tapi we never know kan hati dan perasaan dan iman orang sekeliling kita.

Baru-baru ni juga aku ada tengok gambar kawan-kawan kat facebook.Aku tau la itu laman sosial "buku muka" tapi tak perlula nak tayang muka masing-masing kat situ.I mean,gambar sorang-sorang yang rapat ke muka sehingga membolehkan jerawat-yang-cuba-ditutup-dengan-krim boleh dibilang.

Tak pun gambar tengah melirik mata ke kamera,tengah tersenyum paling manis,tengah pose yang entah ape-ape tapi agak menggoda.
Minta maaf kalau ada yang terasa tapi itulah hakikatnya.


yang tertutup lagi cantik^^

Apa tujuan upload gambar-gambar macam tu?Bukankah facebook boleh dilayari oleh sesiapa sahaja kat dunia ni?Nak semua orang tau dan nampak kecantikan diri?

Lagipun kat dunia ni semua orang cantik.Manusia diciptakan oleh Allah dengan sebaik-baik kejadian.Sesetengah orang cantik bila senyum,ada yang cantik masa marah,ada yang cantik masa bercakap,sebab semua manusia cantik.

Aku teringat mesej daripada emi,usah berbangga dengan kecantikanmu kerana akhirnya hanya menjadi santapan cacing tanah...

No comments:

Post a Comment