Saturday, October 29, 2011
Friday, October 28, 2011
hijrah menuju Allah
:) |
Hari tu,Catriona Ross datang UIA.Catriona berkongsi kisah U-turn beliau yang sangat-sangat-sangat menyentuh perasaan dan memotivasi aku rasa.Perasan kan sekarang macam gelombang penghijrahan artis-artis di Malaysia ni yang buat kita semua pun tumpang bersyukur dan gembira.
Tapi still ada suara-suara sumbang yang bercakap mengenai hijrah artis ni yang kita tak suka nak dengar.Pedulikan kata orang.Kita bukan nak puaskan hati mereka pun.Kita mencari redha Allah.
Bulat nian tekadmu
Dalam hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
Tempuh jalan yang diredhai
Hijrahmu menuju Allah
Ia sunnah para nabi
Para salihin dan muttaqin
Kembara hati menuju Ilahi
Andai rasa diri lemah
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tanpa mampu
Mohonlah pada Tuhanmu
Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya hasanah
Dalam hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
Tempuh jalan yang diredhai
Hijrahmu menuju Allah
Ia sunnah para nabi
Para salihin dan muttaqin
Kembara hati menuju Ilahi
Andai rasa diri lemah
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tanpa mampu
Mohonlah pada Tuhanmu
Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya hasanah
-Hijrah Menuju Allah
-Devotees
Kamu bila lagi?
Thursday, October 27, 2011
my tumblr
Tumblr is a blogging platform that allows users to post text, images, videos, links, quotes and audio to their tumblelog, a short-form blog.
"If it's too big to tweet and too short for a substantial blog post, I'll post it to my Tumblr blog."
Just,nak promote my Tumblr.Feel free to drop by.^^
"If it's too big to tweet and too short for a substantial blog post, I'll post it to my Tumblr blog."
Just,nak promote my Tumblr.Feel free to drop by.^^
Wednesday, October 26, 2011
sang perhiasan
Wanita...hiasan dunia...
Seindah hiasan adalah wanita solehah...
Siapa lah yang tak nak jadi wanita solehah kan.
Gambar Hiasan |
Seindah hiasan adalah wanita solehah...
Siapa lah yang tak nak jadi wanita solehah kan.
“wanita solehah itu tak suka mengenali dan dikenali,
tak suka memandang dan dipandang,
serta dibibirnya tak meniti nama-nama lelaki,
dan di bibir-bibir lelaki tak meniti namanya”
tak suka memandang dan dipandang,
serta dibibirnya tak meniti nama-nama lelaki,
dan di bibir-bibir lelaki tak meniti namanya”
-Saidatina Fatimah.-(found this on tumblr,tak pasti sumber yang sahih ke tak,but somehow boleh buat muhasabah diri sendiri)
Tapi berapa ramai yang boleh bertahan dengan keinginan untuk dipuja puji.
Berapa ramai yang menolak untuk berbangga dengan kecantikan diri.
Dan tanpa sedar menjadi fitnah bagi lelaki.
Biarlah tak femes di kalangan penduduk bumi.
Asal penduduk langit mendoakan keampunan buat kami.
Monday, October 24, 2011
student...
Every New Semester:After First Week:After Second Week:Before the Mid-Term Test:During the Mid-Term Test:After the Mid-Term Test:
Before the Final Exams:
Once Get to Know the Final Exam Schedule:
7 Days Before the Final Exam:
6 Days Before the Final Exam:5 Days Before the Final Exam:
4 Days Before the Final Exam:
3 Days Before the Final Exam:
2 Days Before the Final Exam:
1 Day Before the Final Exam:
The Night Before the Final Exam:
1 Hour Before the Final Exam:
During the Final Exam:
Once Walk Out From the Examination Hall:
After the Final Exam, During the Holiday:
Sila insaf!Huhuu.
Sunday, October 23, 2011
Friday, October 21, 2011
jom HIMPUN
Apa yang kita mahu capai dalam Himpunan Sejuta Umat ini ?
- Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.
- Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.
- Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.
- Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.
- Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.
- Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.
Thursday, October 20, 2011
denial syndrome?
Tuesday, October 18, 2011
backbiting
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari prasangka (kecurigaan), sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu dosa. Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah mengumpat antara satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. ~Surah Al-Hujurat:12~
Sunday, October 16, 2011
he's smiling and i'm melting
Islam menuntut kita supaya selalu senyum dan maniskan wajah kita di hadapan orang lain.Itulah yang kita semua cuba amalkan.Supaya mudah-mudahan kita dapat berkasih sayang sesama muslim bermula dengan sebuah senyuman.
Let us always meet each other with smile, for the smile is the beginning of love.-Mother Teresa-
Tapi macam mana pulak dengan senyum pada berlainan jantina?Perempuan senyum pada lelaki dan sebaliknya?
Mari kita tanya diri sendiri,apa perasaan kita bila orang lelaki senyum pada kita?Dan lelaki tu orang yang kita suka pulak?Ada tak lepas tu rasa macam terbayang-bayang senyuman dia dan terbuai dalam angan-angan kosong mengenai dia?Mula lah nak syok sendiri dan perasan macam-macam.
Itulah fitnah senyuman.
Senyum pun boleh jadi fitnah bila tak kena pada tempatnya.

Sama lah juga bila kita senyum pada lelaki.Mungkin senyuman kita itu menjadi fitnah yang mengganggu iman lelaki pula.
Jarir bin ‘Athiyyah al-Khathafi bersenandung:
Sesungguhnya indahnya mata-mata hitam wanita jelita
Telah membunuh kita dan tiada lagi menghidupkannya
Mereka pun taklukkan si cerdas hingga tiada berdaya
Sedang mereka manusia paling lemah dari ciptaan-Nya
Telah membunuh kita dan tiada lagi menghidupkannya
Mereka pun taklukkan si cerdas hingga tiada berdaya
Sedang mereka manusia paling lemah dari ciptaan-Nya
Dan kita sepatutnya tak nak perkara itu terjadi.BUKAN malahan gembira menjadi pencair hati lelaki!
Tapi tak bermaksud kita perlu masam dengan muncung panjang dan buat muka tak puas hati dekat lelaki.Sekadar berpada-pada lah bila sesekali perlu berurusan.Tidak perlu menghadiahkan senyuman cantik manis kita buat mereka dan tidak juga bermasam muka.
Duhai muslimah,jagalah hati,diri dan agama kita.Dalam masa yang sama,kita menjaga diri kita dari menjadi fitnah kepada lelaki.Sebab itulah kunci utamanya,sila tundukkan pandangan.Senang dan praktikal,tak perlu tengok senyuman lelaki dan tak payah nak senyum dekat mereka.

Wednesday, October 12, 2011
Tuesday, October 11, 2011
assalamualaikum^^
Sepanjang minggu ini,tugasan usrah adalah supaya kami menyapa setiap orang dengan senyuman dan salam.Tak kisahlah berjumpa dekat cafe ke,mahallah ke,dekat kuliah ke dekat kiosk ke.
Bukan dalam kawasan UIA je,kalau keluar pergi East Coast Mall ke,Kuantan Parade atau Teluk Cempedak sekalipun kena bagi setiap muslim satu senyuman dan doa (Kepada perempuan sahaja tentunya).Salam sejahtera ke atas kamu :) Sebagai latihan supaya dapat berterusan menjadi amalan.
Rasulullah menyatakan dalam hadisnya yang bermaksud, “Seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah perkara yang terbaik di dalam Islam?” Beliau menjawab: “Memberi makanan dan memberi salam kepada orang yang kau kenal atau tidak kau kenal”(HR Bukhari dan Muslim)
Jangan kamu perkecilkan sesuatu yang ma’ruf walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang ceria” (HR al-Hakim)
Sunday, October 9, 2011
banyak cakap banyak salah
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu berkata yang baik-baik atau diam sahaja. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia itu memuliakan jirannya. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu memuliakan tetamunya” (HR Bukhari dan Muslim)
Fenomena kini.Semua benda nak cerita. Jauhi berkata hal yang sia-sia,mempromosi dosa dan mengundang perbalahan. |
“Learn to be quiet just as you learn to talk, because if talking guides you, being quiet protects you. By being quiet, you attain two characteristics: you are able to take knowledge from those more knowledgeable than you, and you are able to repel the ignorance of those more ignorant than you.”-Abu adh-Dhiyal-
Friday, October 7, 2011
kabar iman
Iman yaziid wa yanqus.Begitulah iman itu,bertambah dan berkurang,mengalami naik turun.Iman akan naik dan menguat dengan amal kita dan turun disebabkan maksiat yang dilakukan.
Renung renungkan dan selamat beramal^^
Thursday, October 6, 2011
Monday, October 3, 2011
cerita kedai kopi
Bukan bercerita tentang dia atau dia.
Ini realiti kita!
5 Realiti Umat Islam Zaman Sekarang :
1.Hiburan yang sia-sia
2.Mangsa Fesyen
3.Zina berleluasa
4.Ramai pemuda Islam yang 'lemah'
5.Tak peduli realiti 1,2,3 dan 4!
Credit to : purpletiger9090
Sunday, October 2, 2011
sudah dua oktober
3 daripada 6 remaja terbabit seks bebas
PUTRAJAYA: Setiap tiga daripada enam remaja berumur antara 15 hingga 28 tahun di negara ini, kebanyakannya lulusan universiti didapati melakukan hubungan seks luar nikah bersama pasangan masing-masing kerana didorong perasaan ingin mencuba akibat menonton video lucah, sekali gus dikhuatiri menyumbang kepada kes pembuangan bayi.-Berita Harian Online,2011/10/01.
Bukan sebarang cerita kontroversi.Tapi realiti kini.
Sangat frust sebab kena Dapatkan naskhah Berita Harian hari ini untuk berita lanjut.
Jelaslah aku terlepas nak tahu dengan lebih lanjut.
Tapi statistik itu cukup untuk aku tahu banyak yang perlu dilakukan.Berubah dan Mengubah!

Subscribe to:
Posts (Atom)