Thursday, November 24, 2011

palestina = palestin

Tears of Palestinians' night di UIA,salah satu program sempena minggu Quran and Palestine.Malam tu juga final bola sepak Sukan Sea.

"Malam ni boleh tengok sape lagi sayang bola dari Palestin", kata seseorang.Tapi aku tahu benar tak semestinya yang pilih untuk tengok bola tak sayang dekat Palestin.

Cuma aku kesian dengan sesetengah penyokong bola sepak.Tak matang dan kurang cerdik untuk mengugut bunuh pihak yang menang mahupun mem"boo" yang tak menang.

Sedangkan kebanyakannya muslim.Patutnya lagi faham keutamaan menghubungkan silaturahim.Apalagi nak diharap untuk bersatu membebaskan Palestin.Mungkin ramai yang tak jelas atau tidak tahu.Sebab itu yang tahu kena kasi tahu orang lain.

Isu Palestin sebenarnya dah jadi isu kemanusiaan.Semua orang yang berperikemanusiaan di seluruh dunia cuba membantu menyelamatkan Palestin dari terus menderita walaupun mereka bukan muslim pun.Kita yang muslim ni sepatutnya lebih-lebih lagi sebab mereka di Palestin adalah saudara kita.

"Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara..."~Surah Al-Hujurat,49:10~

Ada tak kita ambil tahu keadaan saudara kita selama ni?Dekat Youtube ada banyak video-video realiti di Palestin untuk kita cuba selami penindasan Yahudi Zionis pada saudara-saudara kita.Yang pasti kita tak dapat tengok dekat tv keadaan sebenar yang berlaku, sebab diklasifikasikan sebagai ngeri sedangkan itulah bukti kekejaman Yahudi Zionis.

Peranan kita.

BOIKOT.Memboikot produk-produk yang menyokong zionisme seperti NESTLE, COCA-COLA, MCDONALD'S dan LOREAL.Perkara yang ramai orang pandang remeh.Kalaulah kita sedar yang duit kita sebenarnya turut menyumbang kepada keganasan zionis,kita tak akan sampai hati untuk membeli produk mereka.

INFAQ.Menyumbangkan wang kita untuk membantu rakyat Palestin.Kita ini dahlah ibadat dan amal kebaikan kurang, takkanlah peluang membantu jihad saudara kita di Palestin ini kita tak nak.

Banyak alasan yang kedengaran.Ada juga yang cuba menjadi sinis dengan memperlekehkan usaha boikot dan misi menghantar bantuan.Cuma aku harap kalian yang begitu jangan pernah lupa untuk BERDOA.Semoga dengan tulusnya doa,Allah akan lembutkan hati.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayang, ramah mesra dan hubungan baik mereka adalah seperti satu jasad, apabila satu anggota padanya sakit akan menyebabkan semua anggota berjaga malam menahan sakit."(HR Muslim)

No comments:

Post a Comment