Ibnul Qayyim menyatakan, "Seorang alim (arif billah) ada menyebut, "Bukankah seorang yang sakit itu andai kata dihalang terus daripada mengambil makanan,minuman dan ubat, maka dia akan menemui kematian?"Orang ramai menjawab, "Ya."
Kata orang alim itu lagi,"Demikianlah akibatnya apabila hati terhalang daripada menerima ilmu dan hikmah selama tiga hari,maka akan matilah ia!"
Ibnul Qayyim menyambung lagi. "Benar sekali kata-kata al'arif billah itu.Sesungguhnya ilmu itu makanan hati.(Tanpa ilmu) dia akan mati.Tetapi ramai manusia tidak sedar akan kematiannya..."-Dipetik dari buku Tuhan Itu Dekat,Amaluddin Mohd Napiah.-
Tak sedar.Itulah masalah dengan diri kita.Mungkin kita boleh bertanya pada diri kita sudah berapa lama kita membiarkan jiwa dan rohani kita kelaparan.Apakah sudah mati hati ini?
Sebab kita memang sentiasa perlu kepada nasihat-nasihat,ilmu,hikmah,dan zikrullah kerana hiruk pikuk dunia yang melalaikan.Kita perlu peringatan-peringatan untuk meningkatkan iman yang selalu turun ini.Carilah majlis-majlis ilmu yang disebut Rasulullah SAW sebagai taman-taman syurga yang dipayungi para malaikat untuk berteduh.Sekurang-kurangnya bacalah sebuah buku buat santapan rohani,mengisi kegersangan hati!
No comments:
Post a Comment