Sunday, April 8, 2012

niat cap ayam

Siapa yang tak baca lagi majalah JOM! memang rugi sebab pengisian dalam majalah ni sangatlah best!


Aku nak kongsikan sikit tulisan Ukhti Auni Nur Fatin M. Zainal dalam ruangan tarbiyah pasal niat cap ayam.Ukhti Auni ingatkan kita tentang keikhlasan niat kepada Allah semata-mata dalam berusrah selama ini.

Saya pernah dipersoalkan dengan beberapa pertanyaan yang menusuk jiwa, 

"Apakah sama beriman kerana inginkan cinta dan redha Allah dengan beriman kerana inginkan syurga Allah?"( kisah Rabiatul Adawiyah )

"Apakah sama menikahi seorang lelaki yang soleh kerana Allah semata-mata dengan menikahinya kerana suka akan kesolehan?"

"Apakah sama mengikuti usrah kerana itulah cara hidup yang dipandang terbaik dengan mengikuti usrah kerana inginkan cinta dan redha Allah?"

"Apakah sama menghadiri usrah kerana inginkan pengisian dengan menghadirinya kerana Allah semata-mata?" 

Cap ayam?!//@*#
Benar tak sama.Sememangnya kita sering memandang baik segala apa yang kita lakukan kerana secara teori, itulah yang terbaik dan hati kita lega dengannya,sedangkan kita terlupa apa niat asal kita melaksanakannya.Kita melaju mengikut arus dakwah, sehingga tanpa kita sedari kita telah memandang setiap sesuatu pelaksanaan itu sebagai prosedur yang perlu diikut supaya berjaya.

Contohnya, nak basahkan jiwa, solusinya datang usrah, jumpa akhawat dan baca Al-Quran,sedangkan apa yang patut direnung terlebih dahulu adalah pandangan Allah terhadap diri kita saat itu.

Apabila niat cap ayam yang anda berikan, maka hasil cap ayam jugalah yang usrah berikan kepada anda.Ini kerana walau apa pun amalan yang kita lakukan, ianya bukan tentang kehebatan di jalan dakwah, tapi sejauh mana hubungan kita dengan Allah swt.

Destinasi kita adalah Allah.Bukannya jiwa yang basah.

Mungkin kita sama-sama boleh check dan tajdid balik niat kita.Bukan niat kita dalam dakwah dan tarbiyah sahaja tapi niat kita dalam setiap perkara yang kita buat,ikhlaskan kepada Allah.Btw, jangan lupa dapatkan majalah JOM! dekat pasaran.^^

1 comment: