Tuesday, July 31, 2012

satu per tiga

Hari ini sudah pun 11 Ramadhan.

Ramadhan kali ini aku berpeluang solat terawikh dengan imam dari Gaza yang dibawa ke kampung aku oleh Aman Palestin.Selepas seminggu menjadi imam terawikh di masjid kampung aku,Sheikh Bilal akan ke kampung lain pula lepas ni.

Malam first Sheikh Bilal sampai,beliau terus cakap yang kita kat Malaysia ni sangat perlu bersyukur pada Allah atas segala nikmat yang kita dapat.Kita kat sini solat dalam masjid berair-cond sedangkan mereka di Palestin solat dalam masjid yang hampir roboh.TT

Malam tadi, beliau ada ingatkan tentang doa Jibril yang diaminkan Nabi Muhammad,ketika itu Jibril berdoa,“Celaka seseorang yang masuk Ramadhan, puasa pada siangnya dan solat pada malamnya kemudian meninggal dan tidak diampuni dosanya dan ia dimasukkan ke neraka.”

Nauzubillah semoga kita tidak tergolong dalam mereka yang disebut Jibril sebagai orang yang celaka.Sebaliknya, mari mendapatkan keampunan Allah daripada dosa-dosa yang lalu pada Ramadhan ini.

“Barang siapa yang berpuasa ramadhan kerana didorong oleh iman dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang lalu” (HR Bukhari dan Muslim)

2 comments:

  1. nauzubillah.. mintak jauh dr tergolong dr org2 tu . . semoga Allah memberi keampunan kpd kita semua . . amin.. imam tu g masjid mano plok??

    ReplyDelete
    Replies
    1. masjid lati.rsnya masjid dekat hospital lati tu kaler kuning.

      Delete