Sunday, July 18, 2010

lirik1

Jauh sudah tersasar
Jauh ku lihat oh cahaya
Melimpas waktu-waktu hidup yang kian tua
Alunan suara merdu menyapa ruang sepi
Menggegar gelita memanggilku kembali

Tika masanya ku bertemu denganNya
Tiba saatnya ku serahkan segala
Pastinya ku kan terus melangkah
Menuju cintaNya

Putaran waktu tiada menunggu
Takkan ku sia nafas usiaku
Kerna ku tahu agungnya sinar kasihMu

Tika Masanya~Hujan ft. Mirwana

boikot1


BOIKOT!BOIKOT!BOIKOT!
BOIKOT ISRAEL!

Terngiang-ngiang lagi suara brother yang melaungkan semangat boikot ni.Ye la baru semalam refresh semangat di konsert Demimu Al-Aqsa.Harapnye tak padam lah semangat boikot produk israel ni.Especially bab makanan.Tak kebulurnya tak makan makanan mereka.Betul tak?

Senarai produk perlu diboikot;

Produk Coca-Cola.

McDonalds.

Produk Nestle termasuklah Milo, Kitkat, Nesvita, KokoCrunch, Nespray, Milkybar, Nescafe, icecream Nestle.

Starbucks.

Alternatif lain kan banyak lagi....Lagi sedap pulak tu;

Produk Munchys,Hup Seng,Hwa Tai,Power Root,Van Houten,

Marigold,Cap PingPong,

Vico, Adabi, Boh,Mamee.

bercouple

Isu bercouple ni dah jadi perkara biasa kat Malaysia ni.Even budak sekolah rendah pun reti bercouple ape lagi yang sekolah menengah,student matrikulasi,mahasiswa dan remaja yang dah tak belajar.

Aku rasa environment kat Malaysia ni lagi encourage budak-budak hingusan ni couple sebenarnya.Apa taknya, parent,cikgu,jiran-jiran tak ambik kisah pun pasal ni.Malah ada yang support lagi(ish3).Drama,movie,lagu-lagu semuanya berkisah cinta dua orang yang belum kahwin je.Cinta terhalang,cinta monyet,cinta tiga segi,cinta tak terucap,cinta pandang pertama,etc.Sucks.

Tapi sebab utama bercouple ni of course la that person tu sendiri.Kononnya jatuh cinta lepas tu bagitau kat the loved one then tak bertepuk sebelah tangan pulak.Konfem-konfem la jadi couple.Bukannye aku tak pernah jatuh cinta,jatuh suka,jatuh minat semua ni,sudah jatuh ditimpa tangga lagi(?).Aku faham je perasaan diorang ni,Betullll.

Tapi betul ke perasaan cinta yang mendorong untuk couple ni fitrah?Kalau betul la bercouple tu bukan sebab nafsu la.Tak masuk dek akal jugak sebenarnya.Baru je kenal,sms-sms,call-call lps tu dah claim sayang sangat3.Menipu.Sebenarnya ni la yang dipanggil mainan perasaan.Dimain-mainkan oleh syaitan.Haru sungguh,ingatkan jatuh cinta,betul-betul sayang tapi rupanya perangkap syaitan je.

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” ( Surah ar Rum ayat 21 )

Ayat ni jelas menyatakan Allah menganugerahkan kasih sayang dan cinta antara pasangan suami isteri sahaja.Bukan untuk couple yang belum kahwin.Sebab perasaan kan sesuatu yang dipupuk.Orang bercouple ni asyik fikir pasal pasangan je,kebaikan pasangan,perkara yang kononnya sweet pada pasangan tu sebab tu lah rasa sayang je.Padahal ianya haram.Syaitan yang menjadikan semua tu indah.

Sebab tu kalau rasa terjatuh suka kat sesape buat tak tau je.Sememangnya setiap lintasan hati itu daripada Allah tapi kita yang bertanggungjawab untuk handle mengikut cara yang betul.
At first place lagi deny je those feelings.Bila teringat si dia istighfar cepat-cepat.Belum masanya lagi,nak basuh baju sendiri pun malas ada hati nak berangan pasal pasangan hidup.InsyaAllah perasaan ntah ape-ape tu tak akan berpanjangan.

Semua orang kena sama-sama cegah dan rawat masalah ni.Bermanja dan bercerita kat mak ayah,adik-beradik dan kawan-kawan sama gender sahaja.Kena saling memperingati,sayang kawan-kawan,sudi dengar masalah masing-masing.Paling penting jaga hubungan dengan Allah.Carilah cinta Allah,pemilik segala cinta~


Wednesday, July 7, 2010

7golongan

Mafhum hadis Nabi s.a.w. tujuh golongan yang mendapat naungan Allah di akhirat,yang mana tiada naungan lain selain naunganNya;

1.Pemimpin yang adil

2.Orang muda yang membesar dalam ketaatan pada Allah

3.Seseorang yang sentiasa terpaut hatinya pada masjid

4.Dua insan yang berkasih kerana Allah s.w.t

5.Seorang lelaki yang menolak maksiat

6.Seorang lelaki yang ikhlas dalam memberikan sedekah

7.Seseorang yang mengingati Allah s.w.t seorang diri lantas mengalir air matanya.

~Riwayat al-Bukhari dan Muslim~

Monday, July 5, 2010

ukhuwwah

Dalam hidup ni,jumpa dan kenal dengan ramai orang.Tp tak semua jd kawan.Kalo berkawan pun tak semua jd kwn yg rapat.Beberapa org je yg betul-betul rapat dengan aku.

Biasanya dengan kawan-kawan mesti ada at least satu persamaan;kwn satu sekolah,satu kelas,sekampung,satu dorm,sebilik,senegeri,sama umur.Dgn kwn2 rapat a.k.a besfren plk msti byk sama plus lg satu kepala(?),pendapat sama,minat sama,boleh share dn cakap banyak benda bersama,memang rs bertuah dpt best buddy mcm ni.Banyak memori2 yg dikongsi bersama tak kisahla sweet ke sour ke bitter ke.Sbb tu la aku syg sgt kt kwn2 aku<3 Tp betul ke dlm sebuah persahabatan perlukan sebab2 mcm ni?Sbb sbnrny aku baru found something betul2 indah.Ukhuwwah fillah.Kwn2 yg mengajak aku mencari mardhatillah,keredhaan Allah melalui satu perkenalan. Bila bersama,sama2 solat berjemaah.Bila berjumpa,bercakap dn mendengar pasal kebesaran Allah,berbincang usaha yg boleh dilakukan untuk sebarkan Islam.Saling menasihati dan mengingati antara satu sama lain supaya masing2 tak terleka dgn keindahan dunia ni.

Ukhuwwah ini sungguh sangat indah.Meski baru je kenal,tak tau sgt pun pasal famili,tak tau pun rumah kat mana,umur pun berbeza.Tapi bila berjumpa rasa tak nak berpisah,bila lama tak jumpa rasa rindu betul.Perasaan yang tak sama pun dgn kawan2 yg dah lama kenal.Benarlah firman Allah SWT yang bermaksud,

dan Dia (Allah) yang menyatukan hati mereka (orang yang beriman).Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi,nescaya kamu tidak dapat menyatukan hati mereka,tetapi Allah telah menyatukan hati mereka.Sungguh,Dia MahaPerkasa,Maha Bijaksana.”
( Surah Al-Anfal ayat 63 )


InsyaAllah aku harap persahabatan bersama kawan2 aku akan bertambah indah seperti ini.Sama2 koreksi diri,tambah ilmu dunia akhirat,jadi agen sebarkan Islam,jadikan ilmu,masa dan fikiran digunakan di jalan Allah.Sebab aku sayang kawan2 aku dan semoga persahabatan ini menggapai redha dan rahmat Allah.Bersahabat sampai ke syurga~

Ada 7 golongan yang akan dinaungi oleh Allah pada hari tiada naungan selain naunganNya,2 orang yang berkasih sayang kerana Allah,bertemu dan berpisah hanya keranaNya ”
~semoga aku dan kawan2 tergolong.amin~