Isu bercouple ni dah jadi perkara biasa kat Malaysia ni.Even budak sekolah rendah pun reti bercouple ape lagi yang sekolah menengah,student matrikulasi,mahasiswa dan remaja yang dah tak belajar.
Aku rasa environment kat Malaysia ni lagi encourage budak-budak hingusan ni couple sebenarnya.Apa taknya, parent,cikgu,jiran-jiran tak ambik kisah pun pasal ni.Malah ada yang support lagi(ish3).Drama,movie,lagu-lagu semuanya berkisah cinta dua orang yang belum kahwin je.Cinta terhalang,cinta monyet,cinta tiga segi,cinta tak terucap,cinta pandang pertama,etc.Sucks.
Tapi sebab utama bercouple ni of course la that person tu sendiri.Kononnya jatuh cinta lepas tu bagitau kat the loved one then tak bertepuk sebelah tangan pulak.Konfem-konfem la jadi couple.Bukannye aku tak pernah jatuh cinta,jatuh suka,jatuh minat semua ni,sudah jatuh ditimpa tangga lagi(?).Aku faham je perasaan diorang ni,Betullll.
Tapi betul ke perasaan cinta yang mendorong untuk couple ni fitrah?Kalau betul la bercouple tu bukan sebab nafsu la.Tak masuk dek akal jugak sebenarnya.Baru je kenal,sms-sms,call-call lps tu dah claim sayang sangat3.Menipu.Sebenarnya ni la yang dipanggil mainan perasaan.Dimain-mainkan oleh syaitan.Haru sungguh,ingatkan jatuh cinta,betul-betul sayang tapi rupanya perangkap syaitan je.
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” ( Surah ar Rum ayat 21 )
Ayat ni jelas menyatakan Allah menganugerahkan kasih sayang dan cinta antara pasangan suami isteri sahaja.Bukan untuk couple yang belum kahwin.Sebab perasaan kan sesuatu yang dipupuk.Orang bercouple ni asyik fikir pasal pasangan je,kebaikan pasangan,perkara yang kononnya sweet pada pasangan tu sebab tu lah rasa sayang je.Padahal ianya haram.Syaitan yang menjadikan semua tu indah.
Sebab tu kalau rasa terjatuh suka kat sesape buat tak tau je.Sememangnya setiap lintasan hati itu daripada Allah tapi kita yang bertanggungjawab untuk handle mengikut cara yang betul.
At first place lagi deny je those feelings.Bila teringat si dia istighfar cepat-cepat.Belum masanya lagi,nak basuh baju sendiri pun malas ada hati nak berangan pasal pasangan hidup.InsyaAllah perasaan ntah ape-ape tu tak akan berpanjangan.
Semua orang kena sama-sama cegah dan rawat masalah ni.Bermanja dan bercerita kat mak ayah,adik-beradik dan kawan-kawan sama gender sahaja.Kena saling memperingati,sayang kawan-kawan,sudi dengar masalah masing-masing.Paling penting jaga hubungan dengan Allah.Carilah cinta Allah,pemilik segala cinta~
No comments:
Post a Comment