Tuesday, September 13, 2011

puteriku sayang

Aku bukan nak buka aib sesiapa,cukuplah perkara ini memberi pengajaran kepada kita semua.Perempuan terutamanya.

Mungkin ada yang terbaca dalam akhbar Ramadhan lepas,mengenai seorang pelajar sekolah agama yang melahirkan bayi dalam tandas asrama sekolah.Seorang diri tentunya bergelut dengan segala kesulitan melahirkan.

Rasa sangat sedih bila dapat tahu perkara ini,lebih pedih lagi pelajar tersebut merupakan seorang yang aku kenali.

Setiap orang memberikan pelbagai reaksi dan kebanyakannya tahu nak mencemuh pelajar tersebut.Tak kurang juga mempersoalkan status sebagai seorang pelajar sekolah agama malah menyalahkan sekolah agama.

Sedangkan hal ini bukan salah sekolah ataupun guru,bukan juga salah ibu bapa.Baik buruk perbuatan seseorang itu bergantung pada iman dan takwanya pada Allah.

Kita pula tak berhak untuk menghukum sesiapa.Seorang pendakwah bukan seorang penghukum.Apalagi aku kenal pelajar tersebut dan masih tak percaya perkara ini berlaku.Dan perkara ini benar-benar membuka mata hati aku mengingatkan firman Allah; 
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya (zina) itu adalah suatu perbuatan yang keji, dan suatu jalan yang buruk.” ~Surah Al-Isra’: 32~

Zina pula berlaku bila lelaki dan perempuan berdua-duaan kerana peneman yang ketiga adalah syaitan.Itulah hikmahnya ramai yang menasihati supaya tidak couple kerana bermula dengan sms,dating dan sebagainya boleh menjerumuskan diri kepada zina.

Mungkin kita yakin mengatakan kita tak akan melakukannya,tapi siapa tahu bila kita berada dalam situasi yang 'mengizinkan' dan bersama pasangan pula?Nauzubillah.

Zina,hamil luar nikah,beranak dalam tandas,oleh pelajar sekolah agama pula sudah tentu menjadi aib besar.Tapi cacian dan cemuhan tak memberi kebaikan kepada sesiapa.Terutamanya kepada pelajar tersebut yang memerlukan sokongan penuh kasih sayang untuk kembali ke pangkal jalan.

Dan rahmat Allah terlalu besar nak dibandingkan dengan dosa yang telah dilakukan.Doakanlah jua kebaikan buat saudara kita ini.Semoga kita semua tetap berada dalam rahmat Allah dan diberi petunjuk-Nya sentiasa.

Aduhai puteriku sayang Aduhai puteriku sayang Puteriku sayang 
Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasanmu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya


By:Hijjaz

No comments:

Post a Comment