"Hari Jumaat nanti kita pergi ziarah kubur,"ajak ummi.InsyaAllah kalau takde apa-apa bolehlah pergi menziarahi kubur arwah datuk dan nenek sementara masih bercuti ini.Tak sempat nak pergi ziarah sepanjang-panjang cuti ni.-.-"
Btw,hari Jumaat bukanlah hari khusus untuk menziarahi kubur,begitu juga dengan hari raya.Rujuk:DR Maza.Sebab setiap hari adalah sunat untuk ziarah kubur.
Mereka pergi dulu |
Sabda Nabi Muhammad SAW, “Aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur,namun ziarahi sekarang kerana ia boleh mengingatkan kamu pada hari akhirat” (HR Muslim).
Kita pun akan menyusul |
1.Ketika sampai di kawasan kubur adalah sunat memberi salam.
2.Menghadiahkan bacaan ayat suci al-Quran, terdapat dalam hadith Nabi menganjur supaya membaca :
i. Surah Yaasin
2.Menghadiahkan bacaan ayat suci al-Quran, terdapat dalam hadith Nabi menganjur supaya membaca :
i. Surah Yaasin
ii. Surah al-Ikhlas
iii. Surah al-Falaq
iv. Surah an-Nas
iii. Surah al-Falaq
iv. Surah an-Nas
v. Surah al-Fatihah
3.Berdoa kepada arwah.Tersebut dalam kitab al-Azkar, kata Imam Nawawi telah menjadi Ijmak Ulama' (Assyafieyah) bahawa berdoa dan menghadiahkan pahalanya kepada orang-orang islam yang telah meniggal dunia berfaedah dan sampai pahalanya. Dalam kitab al-Irsyad wa syarhih Ibnu Hajar menambah samada doa itu dari warisnya atau orang lain.
Dalilnya firman Allah s.w.t. surah al-Hasyr ayat 10 yang bermaksud:
"Dan orang-orang Islam yang datang kemudian daripada mereka berdoa dengan katanya, wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang telah mendahului kami." (Sumber:Jakim)
"Dan orang-orang Islam yang datang kemudian daripada mereka berdoa dengan katanya, wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang telah mendahului kami." (Sumber:Jakim)
No comments:
Post a Comment