Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah ialah seorang tokoh ilmuan Islam yang terkenal dan merupakan anak murid kepada Shaykhul Islam Ibn Taymiyyah.Al-Hafiz Ibn Kathir memuji Ibn Qayyim sebagaimana disebut oleh Ibn Hajar al’Asqalani dalam al-Durar al-Kaminah :
“Ibn Qayyim itu banyak bersolat, membaca al-Quran, baik akhlaknya, sangat penyayang, tidak hasad dan dengki. Aku tidak tahu sesiapa di zamannya yang lebih kuat ibadah daripadanya. Beliau bersolat sangat lama, memanjangkan rukuk dan sujudnya.. apabila selepas Solat Subuh beliau akan duduk ditempatnya dan berzikir sehingga matahari terbit lalu berkata: “inilah pagiku, jika aku tidak duduk maka hilanglah kekuatanku” (Ibn Hajar al-‘Asqalani, al-Durar al-Kaminah 4/401).
No comments:
Post a Comment