Saturday, November 12, 2016

25

Tiada waktu yang lebih tepat untuk menyanyikan lagu What's Up selain pada hari usia kau menjengah suku abad dan kau masih terpinga-pinga akan hala tuju kehidupan.

Twenty-five years and my life is still
Trying to get up that great big hill of hope
For a destination

Aku membayangkan hal-hal yang istimewa sempena ulangtahunku yang ke dua puluh lima. Maka Tuhan memakbulkan permintaan dengan menyedarkan yang aku punya keluarga dan teman yang begitu istimewa. Sederhana.

11 November tahun ini jatuh pada hari Jumaat dan pada penghujung Surah Kahfi petang tadi, Tuhan memberitahu;

Barangsiapa yang mengharap pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal soleh dan janganlah mempersekutukan sesiapapun dalam ibadahnya kepada Tuhannya.
Al-Kahfi : 110

Bukankah kau sangat berharap pertemuan dengan Ar-Rahman? Itulah destinasi yang kau cari selama ini. Maka hiduplah dengan usia yang masih berbaki dengan kesedaran yang kau akan kembali. Moga Allah ampunkan dosa-dosa selama 25 tahun ini.

Saturday, October 15, 2016

Sedih dan letih

Still figuring out kenapa bila kita tengah bersedih, kita harap ada orang bertanya khabar dan tahu tentang kesedihan tersebut.

Tapi sebenarnya taknak pun cerita kenapa rasa sedih pada orang yang bertanya tu.

Sebenarnya taknak pun cerita pada sesiapa.

Sebab kita tahu orang lain takkan faham.

Sebenarnya taknak beritahu pada orang yang sayangkan kita sebab kita taknak dia pun sedih.

Tapi kita tak suka kalau orang yang kita sayang taknak berkongsi kesedihan dia.

Sebab kita tahu betapa sedihnya pendam kesedihan sendirian dan menangis teresak-esak takde orang nak tolong pelukkan.


Kita tak cukup kuatkah sehingga perlu berkongsi kesedihan dengan orang lain? Kita, yang punya Tuhan ini. Atau sememangnya Tuhan ciptakan manusia begini?

Friday, September 30, 2016

Menulis blog

On Blogger since September 2009.

Lama fikir nama apa nak letak untuk url dan nama blog tujuh tahun lepas. Lama pula lepas tu baru mula menulis.

Tak tahu lah apa perasaan Hafizah berusia 18 tahun bila tahu Hafizah dewasa rasa nama blog 'jom jadi baik' dah tak relevan. Mana semangat dakwah kakak ni agaknya dia tertanya-tanya. Kenapa narsistik sangat nama blog nama sendiri?

Hm sebenarnya ingin lebih autentik je dik, haha *bitterlaugh

So young Hafizah fake ke kau nak cakap? Bukan fake lah, cuma masih budak-budak, banyak lagi nak kena belajar. Haha 40 years old Hafizah will laugh at your perspective now pun. Dang them thoughts fight

Bila kau makin dewasa kau sedar yang islah dan dakwah tak mudah. Tak semudah menulis di blog. Haha macam nak menulis itu mudah. Atau mungkin sebab hidup kau lost lalu kau tak menulis ataupun kau kena menulis baru menemukan diri kau

Semua orang dah move on dari blogger. Kebanyakan. Tapi mungkin aku kena kembali menulis di sini. Panjang umur sepuluh tahun lagi kau boleh gelakkan this 25 years old Hafizah pula, ataupun your younger self sebenarnya akan selalu mengingatkan siapa diri kau sebenarnya, at heart.

Doodle pun cute dan innocent je cube imagine tuan dia, dulu-dulu.
What life has done to me uhg

Tuesday, April 5, 2016

Realationship

Kebelakangan ini aku memikirkan persoalan relationship ini dengan serius. Sangat serius memikirkan macam mana untuk akhirnya seseorang itu membuat keputusan untuk, kahwin (baca: komitmen). Sehingga lah aku mengambil pendirian dan ketetapan hati (pergh bahaha) bahawa untuk berkahwin, aku hanya perlu pilih lelaki tersebut, untuk aku cintai sepenuh hati. Ianya adalah tentang pilihan yang aku buat. Kemudian aku terbaca penulisan di bawah ini di Tumblr (source). It hits right in the feels.

"A lot of people ask me what my biggest fear is, or what scares me most. And I know they expect an answer like heights, or closed spaces, or people dressed like animals, but how do I tell them that when I was 17 I took a class called Relationships For Life and I learned that most people fall out of love for the same reasons they fell in it. That their lover’s once endearing stubbornness has now become refusal to compromise and their one track mind is now immaturity and their bad habits that you once adored is now money down the drain. Their spontaneity becomes reckless and irresponsible and their feet up on your dash is no longer sexy, just another distraction in your busy life. Nothing saddens and scares me like the thought that I can become ugly to someone who once thought all the stars were in my eyes.

After my teacher introduced us to this theory, she asked us, “is love a feeling? Or is it a choice?” We were all a bunch of teenagers. Naturally we said it was a feeling. She said that if we clung to that belief, we’d never have a lasting relationship of any sort. She made us interview a dozen adults who were or had been married and we asked them about their marriages and why it lasted or why it failed. At the end, I asked every single person if love was an emotion or a choice.

Everybody said that it was a choice. It was a conscious commitment. It was something you choose to make work every day with a person who has chosen the same thing. They all said that at one point in their marriage, the “feeling of love” had vanished or faded and they weren’t happy. They said feelings are always changing and you cannot build something that will last on such a shaky foundation. The married ones said that when things were bad, they chose to open the communication, chose to identify what broke and how to fix it, and chose to recreate something worth falling in love with. The divorced ones said they chose to walk away.
Ever since that class, since that project, I never looked at relationships the same way. I understood why arranged marriages were successful. I discovered the difference in feelings and commitments. I’ve never gone for the person who makes my heart flutter or my head spin. I’ve chosen the people who were committed to choosing me, dedicated to finding something to adore even on the ugliest days. I no longer fear the day someone who swore I was their universe can no longer see the stars in my eyes as long as they still choose to look until they find them again."
Anis, aku dedicate this for you. *Go listen to Andy Grammer song, I Choose You after this :3

Monday, June 29, 2015

Letting you go

"This is not a goodbye, my darling, this is a thank you. Thank you for coming into my life and giving me joy, thank you for loving me and receiving my love in return. Thank you for the memories I will cherish forever. But most of all, thank you for showing me that there will come a time when I can eventually let you go."
-Nicholas Sparks, Message in a Bottle




Monday, May 25, 2015

Twisted logic

This ain't interpreting Coldplay song, this is a person trying to reason with her heart.

You know you can't reason with your heart.

By the Soul, and the proportion and order given to it;
And its enlightenment as to its wrong and its right;
Truly he succeeds that purifies it,
And he fails that corrupts it!
(Surah As- Sham 91: 7-9)

Wednesday, November 12, 2014

23

Usia bertambah lagi. Setiap kali merenung ke dalam diri, setiap kali itu lah memikirkan fungsi eksistensi.

Falsafah sangat.

Terlalu banyak pemikiran, idea, manusia, dunia dan semesta yang bermain seputar kepala. Hampir pecah dibuatnya. 

Sukar untuk diluahkan pada suatu bentuk yang boleh difahami sejagat.

Aku cuba tuliskan, pada setiap huruf aku tidak temukan perkataan. Aku cuba lukiskan, pada setiap titik aku tidak temukan lakaran.

Aku tidak mampu untuk menguraikan kekusutan yang melanda.

"Menangis lah jika sedih", pujuk diri sendiri. Aku cuba merembeskan emosi.

"Dia faham kau." Insaf. Ya, kau punya Tuhan yang menjaga dan menyayangi kau selama ini. Dua puluh tiga tahun ini.

Bila kau sangat merindukan Tuhan, ketahuilah Dia lah yang menghantarkan rasa itu.Dia rindukan kau.

"Lindungilah aku dari kemurkaan-Mu atau apa-apa yang mungkin menimpaku disebabkannya.
Hanya kepada Engkau lah aku pasrahkan diri supaya Engkau redha.
Sesungguhnya tiada daya upaya dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah"
 -Doa indah Nabi Muhammad SAW selepas peristiwa Thaif-


Thursday, June 26, 2014

#AKUdanRamadan

Ramadan checklist

Allahumma ballighna Ramadan.Ya Allah sampaikanlah kami ke bulan Ramadan yang penuh keberkatan.Mari sama-sama kita berazam untuk memaknai Ramadan kali ini dengan penuh keimanan, penuh mengharap agar Allah mengampunkan dosa-dosa dan meredhai kehidupan kita.

Sungguh,

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa yang berpuasa Ramadan kerana iman dan ihtisab (menyerahkan diri kepada Allah), maka akan diampuni dosa-dosanya yang lalu." (HR Bukhari)

Monday, February 17, 2014

Thinking of you

“If I had a flower for every time I thought of you...I could walk through my garden forever.” - Alfred Tennyson

I know that you are busy
I am too
I've got class, you've got work
But we'll work it out
Just wanna know that you want me



Mencintamu dari kejauhan
Dalam setiap doa yang kupanjatkan


Al Furqan 25 : 74


Wednesday, January 22, 2014

Asrama dan kehidupan

Bismillahirahmanirahim.

Fikiranku menerawang ke masa lalu.Sedih berpisah dengan keluarga bila masuk asrama.Tiada kawan pula, dengan suasana baru dan peraturan-peraturan kehidupan baru, berkongsi tandas beramai-ramai, makanan asrama dan ragam manusia yang pelbagai.Segala macam perasaan berkecamuk dalam jiwa dan untuk seorang budak tiga belas tahun cukup untuk dia menangis-nangis nak pulang ke rumah.Rindu yang terlalu pada ibu dan ayah.

Aku faham sangat bila adik aku Huda melalui fasa perit ini.Adik lelaki aku kata Huda cuma manja.Mungkin, kami manja.Lain orang lain lah penerimaan jiwanya terhadap sesuatu *bengang haha*.Ya sudah sepuluh tahun berlalu bagi aku dan aku sudah tahu di akhirnya aku cuma merindukan kenangan hidup di asrama.Peraturan dan denda yang dikenakan itulah mengajar aku yang rules are made to be broken *lulz*(peraturan manusia okay).Manusia-manusia di asrama itu lah yang menjadi teman sedih dan tawa, dan karenah yang pelbagai itu buat aku lebih mengenal dunia.

Kadang-kadang merenung kembali memori lama mengingatkan kita bahawa pengalaman jugalah yang menjadikan siapa kita pada hari ini.Dan memang tak mudah untuk seorang tiga belas tahun Huda menerima pengalaman aku.

Huda tanya aku kenapa kita kena besar, kena belajar dan kena terima semua ni?Sangat innocent.

Aku teringat kata-kata abah, kalaulah kita ni jadi bayi je selama-lamanya kan best, semua orang suka dan sayang di dukung ke sana ke mari.Tapi kehidupan tak begitu kata abah.Rambut abah yang dulunya hitam kini memutih.Kulit yang tegang kini mula berkedut.Badan yang tegap melakukan macam-macam perkara mula sakit-sakit.Kita pun akhirnya sedar yang kita sudah tidak muda lagi, dan tidak akan selamanya di sini.

Rasulullah SAW sudah berpesan dan di dalam hadis ke-40 susunan Imam Nawawi,

Daripada lbnu ‘Umar r.a.beliau berkata: Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda: 
Hiduplah engkau di dunia seolah-olah engkau seorang perantau atau musafir.
Lalu lbnu ‘Umar r.a. berkata: Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu. (Riwayat Bukhari)
Inilah fasa yang lebih perit sebenarnya,bila seorang dewasa sedar dia akan mati.Kehidupan ini hanya sementara.Sekejap sahaja masa berlalu di dunia ini.Dan bila sudah tahu sedang bermusafir perlulah berbekal.Kata abah aku lagi takkan lah bila sudah tiba destinasi baru nak mencari makanan dan penginapan tapi wang pun tak dibawa kenalan pun tiada.Di dunia ini mungkin masih boleh mengharap simpati manusia tapi jika di akhirat baru tersedar dunia cuma tempat kelana, sudahnya apa?


Saturday, January 4, 2014

Iqra'

Bismi Rabbika alladhi khalaq.

Kajian menunjukkan suka membaca membantu penguasaan matematik dan bahasa Inggeris.

http://www.bbc.co.uk/indonesia/majalah/2013/09/130912_pendidikan_membaca_anak.shtml

Membaca membantu menguasai matematik?Seriously wow masalahnya musim exam ini lah pulak rajin suka semangat nak membaca.Bila yang nak 'menguasai matematik" nya?-.-"

Reading for pleasure.Membaca untuk kesenangan.#Eh

Bukankah membaca itu makanan akal jadi sepatutnya lah membaca itu menyenangkan kerana memenuhi dan menyeimbangkan kehendak manusiawi.Dan bukankah membaca Quran itu sekaligus melapangkan jiwa?

Hari tu ada seorang ukhti cakap akhawat macam kurang membaca je.Terasa, sebab azam tahun lepas nak jadi 'nila yang pekat' tapi sudah tahun baru tak qowiy-qowiy pun lagi.Dari tahun bila entah nak jadi macam Dr. Hafidzi tapi The Muqaddimah pun tak khatam-khatam lagi.-.-"

Hendak menjadi seorang yang tajam pemikiran, matang dan cerdas emosi perlukan pembacaan yang meluas dan tidak terhad pada buku-buku tarbiyah dan dakwah sahaja tapi buku lain juga.

Sabda Rasululullah SAW:
الحكمة ضالة المؤمن 

Hikmah itu harta mukmin yang hilang, dan di mana pun dia ketemu dia berhak ke atasnya.

Tahun baru, buka akaun goodreads untuk recommendations buku-buku best!

p/s:buanglah sikap tak reti baca,malas bagai. tidakkah kalian beriman dgn titah Tuhan yang pertama?
(Hakim Hood)

Tuesday, December 31, 2013

Selamat tinggal

Beberapa minit lagi, tahun akan berganti dan umur bertambah lagi.Tapi blog makin berkurang isi, boleh kot muhasabah diri.Bukankah ia juga bekal di sana nanti?

“Apabila seorang manusia meninggal maka putuslah amalnya, kecuali tiga hal: 

Sedekah jariyah atau ilmu yang bermanfaat sesudahnya atau anak yang soleh yang mendoakannya”. 

(HR Muslim)

Al-Fatihah buat vokalis Edcoustic yang meninggal dunia semalam.Subhanallah betapa begitu ramai hati-hati yang kembali mencari Tuhan melalui lagu-lagunya.

Dan kita?Apa persiapan kita? T_______T

Moga saja tahun yang baru, menjadikan kita hamba Tuhan dan khalifah yang lebih memaknai erti amanah ini!


Tuesday, December 17, 2013

It's okay not to be okay

Bismillahirahmanirahim.

Minggu lepas kuiz subjek 'killer' semester ini, Advanced Analysis.Dahla subjek memang abstract habis, sekali kuiz tu dalam bentuk objektif, multiple choice question A,B,C,D,E pilih kau nak yang mana haha.

Dr Farrukh bagi soalan macam ni?Forever in your dream.

"I won't even look at your workout at the back" -Dr Farrukh Mukhamedov

Grr kalau tertukar,tersalah,termiss mana-mana step ke salah tanda, sia-sia je.Lima soalan untuk seratus markah.And that quiz carry 10% marks for this subject.

Memutus asa terhadap manusia adalah kemerdekaan; menyambung harap kepada Allah adalah kehidupan.-Salim A. Fillah

Ada dua set soalan, Variant 1 dan Variant 2.

Semalam dapat keputusan kuiz dan nama aku kena panggil first, cool.

She looked up to the sky, worn and defeated. The sky looked back and said, “I know you’ve tried.”-Yasmin Mogahed

Well, I almost burst out crying in the class tengok markah haha.Such a crybaby.

Seorang budak lelaki buka cerita, dia dapat soalan Variant 1 lepas tu dia tiru seorang yang lain yang dia tak tahu jawab Variant 2.Sebijik-sebijik dia tiru dan guess what, dia dapat perfect score 100 haha.Rejeki kata orang Indonesia.

Exam bukan segala-galanya.I acknowledged that.Still, it just *Allah knows*.Ya Allah permudahkanlah untuk aku, untuk Kak Ngah, untuk Farah, kawan-kawan kelas,budak-budak uia, U lain pun, dalam peperiksaan akhir semester ini ya Allah.Usaha usaha usaha,doa dan doa dan serah pada Dia :')

Monday, November 11, 2013

I am blessed

Alhamdulillah thummalhamdulillah. Sudah 22 tahun Allah hadiahkan kehidupan ini kepada aku.

Hari ini aku pejamkan mata dan menyatakan syukurku yang tak terhingga di atas segala-galanya.

Untuk mereka-mereka yang membahagiakan.

Untuk luka dan duka yang mematangkan.

Untuk tarbiyah yang menyedarkan.

Begitu aku bukanlah sesiapa tanpa Tuhan ku.Sesungguhnya rahmat dan nikmat terindah adalah Allah sebagai Tuhan. :')

Moga bahagia dunia akhirat.Buat semua.


Monday, October 7, 2013

So close yet so far

Ketahuilah bila kita terasa jauh dari Allah,
kita lah yang sebenarnya menjauh.

Allah tetap ada,cinta dan setia.

Kita yang tidak berdoa, tidak bertahajud dan tidak merindu Dia.

Bila hati merasa berjauhan dengan Allah, itulah masanya untuk kembali pada-Nya.

Sebelum semakin bertambah dosa, lalu hati menjadi keras, sehingga bertambah jauh dan hanyut, tiada lagi peringatan Allah pada kita. Nauzubillah.


 
 وَنَحۡنُ أَقۡرَبُ إِلَيۡهِ مِنۡ حَبۡلِ ٱلۡوَرِيد

Beberapa hari ni asyik terngiang-ngiang je ayat Surah Qaf ni dan tadi tengok Farah pun update ayat ni,memang Allah sangat-sangat-sangat lah dekat :')

Monday, July 29, 2013

hari-hari terakhir

Kalau betul sayang dan cinta takkan gembira tatkala berpisah.

Hairan betul, orang dah nak pergi tapi kita rasa happy.

Malah meriah bersiap nak menyambut orang baru.

Tak ke kecil hati orang tu, belum pun tiada seakan sudah dilupakan.

Ah bukannya orang pun.Bukan ada perasaan.

(Walaupun berkat,rahmat dan keampunan yang disediakan dalam bulan tu yang semua orang nak sangat.Sebenar-benarnyalah.)

وْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي هَذَا الشَّهْرِ مِنَ الْخَيْرَاْتِ لَتَمَنَّوْا أَنْ يَكُوْنَ رَمَضَاْنُ اَلسَّنَةَ كُلَّهَا

“Sekiranya manusia benar-benar menyedari kebaikan-kebaikan yang ada di bulan Ramadhan ini, pastinya mereka akan mengharapkan supaya sepanjang tahun adalah Ramadhan”. (Riwayat Ibnu Abi Dunya)

Kau tau iman kau lemah kalau kau pun ikut sama nyanyi lagu raya kat radio dengan rasa yeay dah nak raya padahal Ramadhan kau tak beriya pun nak beramal dan buat pahala banyak-banyak.

Ramadhan dah penghujung ni, Nabi pesan,

“Carilah lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Saidatina Aisyah r.a.)

Aidilfitri tu untuk merayakan kejayaan kita kembali pada fitrah yang asal, kembali pada Tuhan, bersih dari dosa.Mintalah pengampunan-Nya dalam kesempatan Ramadhan yang penuh rahmat ni, nak tunggu tahun depan entahkan ketemu atau ajal menjemput dulu.


Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan kareem!


Don’t let this Ramadan be just a holiday of rituals. Don’t finish reading the Quran without it transforming you. Don’t feed your body at suhoor, but starve your heart of Qiyam. Don’t reduce this downpour of mercy to just a month of sweets and lavish iftars. Seek Him, you will find. Take a sincere step towards change, transformation, redemption. If you do, you will find Him in front of you. Find Him this month. He’s been there all along. Closer than your jugular vein. Look and you’ll find. Walk and you’ll arrive.
— Yasmin Mogahed 

Thursday, May 23, 2013

Ramadhan countdown

Seorang atlet yang nak menang emas Olimpik semestinya berlatih bersungguh-sungguh lama sebelum pertandingan lagi.Semakin hampir pertandingan, semakin ligat pula latihan yang dibuat.Persediaan dibuat bukan sahaja dari segi fizikal malah persiapan mental juga, sebab target bukan setakat nak masuk bertanding, tapi nak menjadi juara!

Seorang muslim yang nak melalui Ramadhan dengan jayanya pula?Kita nak Ramadhan menjadi bulan tarbiyah membersih jahiliyyah dalam diri, nak dapatkan pahala berganda, nak berpuasa dengan sebenarnya (tanpa mengumpat,mengata,tengok cerita lagha,bazir masa), nak tadarus Quran dan khatam 30 juzuk, nak dapatkan kelebihan lailatulqadar, takkan tak ada persediaan?

Doa salah satunya.
Jom, tingkatkan mutabaah amal seiring menghampiri Ramadhan ni.Kalau sebelum ni mengaji Quran sehelai je sehari tambahkan jadi dua lepas tu tambah lagi sehingga nanti Ramadhan terasa senang je nak baca 1 juzuk sehari.Macam tu juga dengan amalan-amalan lain, up sikit dari kebiasaan.Tak nak ke kita, Ramadhan membentuk kita menjadi seorang yang lebih baik?

Rindunya nak Ramadhan 


Tuesday, May 21, 2013

first love

Too young, too dumb to realize
that I should have loved Allah first


bukan awak.





Friday, May 3, 2013

0505

Bismillahirahmanirahim.

Terasa benar bahangnya pilihanraya kali ini.Sebab dah masuk umur mengundi kot.(?)

Bagi aku best jugak musim berkempen ni, meriah, sebab bendera di sepanjang jalan dan kat mana-mana je.Macam ada pesta besar-besaran seluruh Malaysia.

Tapi yang sangat-sangat tak bestnya bila para jemaah masjid pun dah mula berpecah sekarang.Terus-terang cakap, pakcik-pakcik yang dah senior tapi dekat PRU ni perangai macam budak kecil.

Perkara ni sudah selalu aku dengar dan kebelakangan ini menjadi-jadi.Bila berbeza pandangan politik terus tak nak solat berjemaah bersama, tak nak dengar tazkirah dari pihak lagi satu , dan mengata/mengumpat.

Aku rasa, basicnya cuma berbeza pendapat.Sebab semua pun Islam, dan bersaudara, waktu macam ni lah nak berlapang dada dengan pegangan orang lain yang berbeza dengan kita.Entahlah, lagipun pakcik-makcik semua ni lebih banyak pengalaman, tapi still usia tak menjamin wisdom.

Pilihan raya untuk pilih pemimpin yang akan memimpin negara dan kita semua.Penentu sebenar ketika kita memangkah pada kotak pilihan.Sekarang, tak payah nak kecoh-kecoh sangat lah kan.Kalau tak puas hati, berlapang dada, kalau terasa hati, maafkan, kalau terasa bengang ingat Nabi pesan La Taghdob.

Bukankah ukhuwah persaudaraan tu buah dari keimanan? Menjaga silaturahim itu tandanya kita menjaga iman kita.

Aku berdoa semua orang di Malaysia khususnya, cuba fahami Islam dengan sebenar.Kita bukan beriman dengan parti mana-mana, nauzubillah tapi kita nak Islam tertegak di bumi yang kita cintai ini.Alangkah indahnya kalau pemimpin kita memahami Islam :')