Alhamdulillah aku sudah habis exam dan berakhirlah semester pendek kali ni.Esok aku akan balik rumah^^
La la la la,take me home Darling, i'm comin' home |
La la la la,take me home Darling, i'm comin' home |
Jika kalian sedar, dahulunya rancangan ‘Tanyalah Ustaz’ di TV 9 hanya disiarkan secara langsung pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahjaa. Rancangan ini walau tersiar di awal pagi iaitu dari jam 7-8 pagi, pun begitu ia boleh dijadikan sedikit kayu ukur untuk melihat sejauh minat masyarakat kepada talk show agama atau interaktif agama, ternyata minat itu semakin bercambah. Berdasarkan maklumat yang diberi oleh rakan-rakan penerbit, sambutan semakin meningkat, kalau dahulu hanya sekitar 40-100 ribu orang yang menontonnya, kini sudah mampu mencapai 150-350 ribu secara purata.
Hasil daripada ‘demand’ yang baik, pemilik syarikat televisyen bersetuju menambah lagi slot ini, lalu terhasil siaran rakaman ‘Tanyalah Ustaz’ yang disiarkan setiap hari pada jam 7-8 pagi. Ini satu kejayaan yang sangat positif!
Tidak berhenti disitu, muncul pula rancangan ‘live’ Tanyalah Ustazah. Imam Muda oleh Astro OASIS dan banyak lagi rancangan keagamaan yang menghiasi media televisyen kita. Menambah meriah rancangan kegamaan turun temurun seperti Forum Perdana Ehwal Islam oleh RTM, Bicara Mufti dan pelbagai lagi.
Kalau masyarakat berjaya menunjukkan sokongan kepada rancangan-rancangan baik ini, tentunya pihak syarikat penyiaran akan terus memikirkan cara menambahkannya. Justeru tambahkan sokongan anda.
Radio Islam seperti IKIM fm sudah berjaya menembusi pasaran sengit radio, manakala majalah solusi terbitan Telaga Biru pula sudah mencipta rekod apabila cetakan bulanannya dilaporkan mampu mencecah 150-200 ribu. Alhamdulillah, luar biasa!.
Seorang pengurus besar syarikat penerbitan buku PTS memaklumkan kepada saya betapa jualan buku non-fiction agama yang diterbitkan oleh syarikatnya lebih laku berbanding buku fiction.! Ini suatu keajaiban. Malah, dimaklumkan bahawa jualan buku agama mereka juga sangat memberangsangkan. Maaf saya lupa angka-angka yang diberikan, cuma apa yang saya mampu ingat, hasil jualannya berjaya mencecah jutaan ringgit dalam tempoh yang singkat, selain peratusannya meningkat setiap tahun.[UZAR]
Perempuan pun minat bola sepak. |