Friday, June 3, 2011

da'ie

Da'ie bermaksud penyeru atau orang yang menyampaikan sesuatu.Secara istilah da'ie adalah orang yang menyebarkan dakwah iaitu mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Allah berfirman dalam Surah Ali Imran ayat 104 yang bermaksud, "Dan hendaklah sentiasa ada di antara kamu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) segala perkara yang baik,dan melarang dari segala yang salah (buruk dan keji).Dan mereka yang bersifat demikian adalah orang-orang yang berjaya."

Tanggungjawab menjadi da'ie bukanlah untuk ustaz dan ustazah sahaja.

Kerana akhirnya kita semua adalah da'ie.[Saifulislam]

Seorang da'ie itu memanfaatkan setiap kesempatan untuk berkongsi kebaikan dengan semua orang.Apalagi kita yang berblog dan menulis di alam maya ini,dengan ruang tanpa batasan untuk menyebarkan kebaikan.

Di alam ini mungkin ada berbilion hati manusia.Untuk menyentuh semuanya mungkin tak tercapai dengan hanya usaha seorang manusia.Tetapi jika dapat memaut satu atau dua hati , itu sudah cukup baik dan berharga.Ketahuilah bahawa hidayah itu milik ALLAH dan milik ALLAH sahaja.[Salam Perjuangan]

Nilai dakwah seorang da'ie adalah pada dirinya sendiri, yang mengamalkan segala tulisan dan kata-kata yang dikongsi bersama.Lalu perkongsian itu turut mengesani hati-hati lain.Dengan izin Allah.

Oleh sebab itu,aku,kamu dan kita semua perlu menjadi da'ie.Kongsikan kebaikan walau hanya dengan tulisan kita yang biasa-biasa tanpa mengharapkan pujian dan sanjungan.

Kerana dakwah bukan jalan glamour.[muharrikdaie]

Jadi, bagaimana dengan anda? Apa keputusan anda? Ingin menyertai gagasan blogger muslim, blogger islamik dan blogger acuan Islam yang sebenar.Keputusan di tangan anda.[BroHamzah]

Di tangan aku dan kau yang menulis.*walaupun tak sehebat penulis lain*

No comments:

Post a Comment