Tuesday, June 7, 2011

lelaki dan bola sepak

Abah aku cerita,kawan abah aku terdengar seorang budak lelaki belasan tahun berdoa usai solat asar di sebuah masjid tak lama dulu, "Ya Allah,berilah Kelantan kemenangan 3-1 ke atas Selangor."

Begitu sekali sayangnya dekat bola sepak sampai tak lupa dalam doa.

Perempuan pun minat bola sepak.
My brothers pun semua minat bola sepak.Hampir setiap hari 'berbincang' tentang Apek,Piya dan Mat Yo.Bukan itu sahaja,hobi mereka pun menyepak bola.Pantang ada masa terluang tanpa mengira tempat.Sampaikan 'chandelier' rumah kami bersepai pecah bulan lepas akibat hobi tersebut.-.-"

*Macam mana lah ummi aku nak sokong minat terhadap bola sepak?*

Sewaktu himpunan mahasiswa bersama Tok Guru hari tu pun,ada budak lelaki sarankan kerajaan negeri mensyaratkan pemain bola sepak menutup aurat dengan sempurna.Baguslah kalau boleh dilaksanakan.Taklah minat jadi bercampur dengan dosa.

Aku ingat semua lelaki memang suka ah bola sepak ni walaupun dia kaki bangku sekalipun.

Sampailah seorang budak lelaki bagitahu aku berkait bola sepak ini, "A man's meat is another man's poison." Hoho.Barulah aku sedar bukan semua lelaki atas dunia ini gila bola sebenarnya.Haha.Walaupun mungkin cuma lelaki itu seorang.

Sebenarnya aku cuma nak menyatakan tahniah di atas kemenangan The Red Warriors malam tadi.Dan semoga berjaya merangkul Piala FA.GKG^^

6 comments:

  1. jat layan je bola.mungkin sbab ayah ma plus adik2 jat suma laki.haha

    ReplyDelete
  2. pompuan pulak dengan bola jaring.. boleh?

    ReplyDelete
  3. tapi x sume laki yg minat bola kan? ada setengah tue ikut kawan jew.

    ReplyDelete
  4. Pijahh' de-Arr, zati embong, Cik Jannah > minat setiap orang berbeza. :)

    +akufobia+ > tahniah ganu :)

    ciknabil-a > maybe. :)

    ReplyDelete