Sunday, June 5, 2011

ujian

Ujian hadir buat meneguhkan iman.

Aku lihat ada orang diuji dengan kelaparan.

Ada juga yang diuji dengan ketakutan.

Kesakitan.

Kesempitan.

Kesedihan.

Kehilangan.

Aku tertanya-tanya.

Mengapa aku tidak diuji?

Sedangkan keimanan aku masih rapuh.

Adakah Tuhan melupakan aku?

Sehinggalah aku tersedar.

Kenikmatan juga ujian.

Aku diuji dengan kesenangan.

Supaya aku lebih banyak bersyukur.

Mungkin saja kerana aku tak mampu bersabar.

1 comment: