Bulan Ramadhan semakin menghampiri kita.InsyaAllah,kita berdoa agar Allah mempertemukan kita lagi dengan Ramadhan kali ini.Aku ada dengar ceramah yang mengatakan jika kita tidak gembira dengan kedatangan Ramadhan menunjukkan kita masih jahil atau tidak mengetahui akan besarnya kelebihan bulan berkat ini.
Sebagaimana yang kita tahu, pada bulan Ramadhan syaitan akan diikat.Jadi inilah peluang terbaik untuk kita melakukan kebaikan sebanyak mungkin sekaligus membiasakan diri dengan kebaikan untuk terus diamalkan pada bulan-bulan lain.
Bulan Ramadhan juga merupakan bulan pengampunan daripada Allah.Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Sesiapa yang mendirikan (Ramadan) dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka akan diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu." (HR Bukhari)
Oleh sebab itu kita nak mengisi setiap saat usia kita dalam bulan ini dengan amalan-amalan yang menguatkan keimanan dan mendekatkan diri kepada Allah.
Solat.Percaya ataupun tak, ada orang yang berpuasa tapi tidak menunaikan kewajipan solat lima waktu.Bulan puasa ini seharusnya menjadikan kita lebih mudah mengerjakan solat-solat sunat seperti solat sunat rawatib dan terawikh,apalagi solat wajib!
Tadarus Al-Quran.Salah satu keberkatan bulan Ramadhan juga adalah dimana kitab Al-Quran diturunkan di dalam bulan ini.Kalau boleh kita cuba khatamkan 30 juzuk Al-Quran sebulan Ramadhan ini dengan tadabbur sekali maknanya.Orang perempuan kena pandai-pandailah double juzuk supaya dapat juga habiskan satu Al-Quran.Dari sekarang pun mestilah baca Quran selalu!
Sedekah.Puasa menjadikan kita lebih empati dengan golongan fakir dan miskin.Lapar dan haus kita hilang juga bila berbuka.Tetapi orang yang serba kekurangan di luar sana belum tentu dapat mengalas perut dalam seminggu.Jadi Ramadhan juga lah meringankan tangan kita untuk bersedekah mengikut kemampuan.Dan senyum juga sedekah!
Doa.Antara waktu-waktu mustajab doa adalah doa seorang yang berpuasa.Nak berdoa tidak semestinya semasa atas sejadah sahaja.Setiap kali terlintas hajat di hati,kita pohonlah supaya Allah memperkenankannya.Paling penting,gantungkan segala harapan dan kepercaan kita kepada-Nya.Setiap detik hidup kita sebenarnya pun kita memerlukan Allah.
Qiamullail.Bercakap tentang Ramadhan,pasti kita tak lupa akan malam Lailatul Qadar.Malam mulia yang lebih baik dari seribu bulan ini tidak diketahui dengan tepat bila tapi Rasulullah SAW menyuruh kita mencarinya pada sepuluh malam akhir Ramadhan.Untuk itu,kita mestilah mulakan dengan qiamullail dari awal lagi untuk membiasakan diri.
Puasa.Bulan Ramadhan bukan bulan puasa makan minum semata-mata.Kesempatan inilah untuk kita lemahkan nafsu-nafsu lain juga terutamanya nafsu berhibur.Kita cuba untuk berpuasa mata dari menonton drama-drama di tv contohnya.Selain itu,telinga kita juga hentikan dari mendengar muzik dan lagu-lagu di radio sebaliknya dengar bacaan-bacaan Al-Quran.Sekarang ni pun kita boleh mulakan dengan menonton tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa.
Akhlak.Orang yang berakhlak baik bukan saja disukai manusia malah disukai oleh Allah.Seboleh-bolehnya kita elakkan perkara yang merosakkan hubungan silaturrahim seperti mengumpat dan bergaduh dalam bulan Ramadhan.Sebaliknya kita mendidik diri supaya lebih bersabar,menahan marah dan memaafkan kesalahan orang lain.
Akhir sekali kita basahkanlah lidah kita dengan zikrullah dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW setiap hari sepanjang Ramadhan nanti dan mulakan dari hari ini.Semoga Allah sampaikan kita kepada Ramadhan kali ini dan kita diberi kekuatan untuk beramal ibadat demi menggapai rahmat dan maghfirah Allah.
Moga ALLAH beri lagi kepada kita 1 Ramadhan untuk kita top up amalan kita. Semoga kita dapat mengikuti Madrasah Ramadhan ini dengan cemerlang dan mendapat ijazah TAQWA.Ameen.
ReplyDeleteameen.
ReplyDelete