Bila bercakap tentang cantik biasanya orang akan membayangkan rupa paras yang cantik.Tapi kan bagi aku pakaian lebih memainkan peranan dalam penampilan cantik seseorang.Kadang-kadang orang berwajah cantik sekalipun nampak tak cantik kalau pakaian dia kotor dan serabai je.
Semua orang pun sukakan kecantikan.Islam pula agama yang cantik jadi kita sebagai muslim sepatutnya berpenampilan cantik.Semalam aku tengok Tanyalah Ustaz bertajuk Nak Cantik.Ustaz bercerita kisah seorang sahabat Nabi SAW yang berpakaian cantik dan bagus lalu ditanya Saidina Umar akan hal pakaian tersebut.Lalu sahabat tersebut menjawab supaya orang bukan Islam tidak memandang rendah umat Islam dan Saidina Umar akur akan perkara itu.
Sekarang pun terdapat macam-macam fesyen pakaian dan semua pun cantik-cantik.Tidak salah untuk kita menutup aurat dengan pakaian yang cantik tetapi niat kita semata-mata untuk izzah dengan agama Islam,iaitu supaya non-muslim tidak memperlekeh kita atas sebab pakaian.Bukan pula kita pakai cantik-cantik sebab nak berlagak dan menarik perhatian orang.Tapi sendiri mau ingat lah pakaian macam mana yang tidak menarik perhatian orang.Niat tak menghalalkan cara juga.
Rugilah kita kalau pakai cantik-cantik tapi tidak mendapat keredhaan Allah.
p/s:Banyak betul kain baju kurung yang nipis dan jarang dekat kedai.Ini taktik musuh Islam dekat wanita ke apa?Haish.Janganlah sampai berbaju raya yang tidak mengikut syariat Allah.
*err puasa pun belum..*
ehh dah nk raya =D
ReplyDelete