Picture by Salehuddin Lokman. |
Bukan bermaksud terpaut hati pada masjid-masjid yang cantik dan nak bergambar kenang-kenangan tapi lebih dari itu.Hatinya selalu rindu dan ingin menunaikan solat berjemaah di masjid, membaca Al-Quran di dalamnya dan nak selalu beriktikaf di masjid.
Seorang ukhti, Kak Sarah Firdausa pernah berpesan pada kami supaya cari calon suami yang menyempurnakan solatnya di masjid.Solat perlu jadi ukuran utama untuk bakal suami kerana bila dia menjaga solat, itu tanda dia menjaga hubungannya dengan Allah.Kalau boleh biarlah dia cuba solat sesempurna mungkin.
1-Solat atau tak?
2-Solat penuh semua waktu atau ikut mood?
3-Solat awal waktu atau dalam waktu atau dalam waktu kecederaan?
4-Solat berjemaah ke tak?
5-Solat berjemaah di masjid atau tak?
Orang lelaki mesti macam tak puas hati kalau tengok perempuan demand nak yang macam ni.Sebab tu lah aku rasa kriteria yang Kak Sarah bagi ni untuk aku muhasabah diri aku sendiri jugak.Macam mana solat aku selama ini.
Yalah,lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.InsyaAllah 'masjid' yang bakal dibina sentiasa berada dalam rahmat Allah. :)
No comments:
Post a Comment