Kami bertukar-tukar ucapan sempena final exam semester ini.Semua orang diwajibkan tulis ucapan untuk setiap orang dalam kelas.Penat juga tangan nak siapkan benda ni.Sesekali boleh berbagi doa dan semangat macam ni nak ditulis sepenuh hati.Dengan harapan terkesan di hati yang membaca juga.Semoga ada nilai pahala disisi Allah.
Salah satu ucapan yang aku terima,doa supaya menjadi wanita solehah dan penyejuk mata suami.
Aku ada baca dekat Myilham.Com sebelum ini, Wanita,Bersediakah Anda Menjadi Penyejuk Mata?.Langkah pertama bermula dengan memperbaiki hubungan dengan Allah tentunya.Seterusnya mengubah sikap dan perangai ke arah yang lebih baik dan menjaga aurat.
Senang cerita dengan menjadi wanita solehah barulah menjadi isteri solehah.Untuk menjadi penyejuk mata suami, jadilah penyejuk mata ayah ibu terlebih dahulu.
Ingatlah pesanan Allah mengenai ibubapa kamu.Mereka adalah jalan kamu menuju ke syurga.Maka berbaktilah kepada mereka, taatilah mereka, dekatkan diri dengan mereka, berusahalah untuk menunaikan hajat mereka dan berendah dirilah dengan mereka.Kalaulah tidak adanya mereka, tidak ada lah kamu.(DR Mohamed Badi'e, Mursyidul Am IM ke-8)
InsyaAllah aku akan balik rumah lusa.Kesempatan untuk meluangkan masa bersama ummi dan abah.Semoga menjadi penyejuk mata ummi dan abah.Satu lagi paper esok, Algebra.Doakan aku :)
No comments:
Post a Comment