Rasa cinta dan ingin menikah itu fitrah. |
Perasaan yang satu ini memang boleh menguasai diri.Bak kata Ustaz Pahrol, “cinta itu satu kuasa kerana ia terletak dalam hati, raja yang paling berkuasa dalam kerajaan diri manusia.”
Ibnu Qayyim ada menyebut tentang pengaruh cinta dalam hidup kita,
“Cinta itu menyucikan akal, menghilangkan kerisauan, menghadirkan keberanian, mendorong berpenampilan kemas, menaikkan selera makan, menjaga akhlak mulia, membangkitkan semangat, mengenakan wangian, memperhatikan pergaulan yang baik, serta menjaga adab dan keperibadian. Tapi cinta juga merupakan ujian bagi orang-orang soleh dan dugaan bagi ahli ibadah,”
Bercinta tu tak semestinya saling mengucapkan kata cinta.Mungkin dua orang yang saling mencintai itu tak pernah bercakap pun.Tapi ada rasa yang saling berbicara dan tumbuh mekar dalam jiwa.Dan Allah yang menghadirkan rasa cinta tentu akan memudahkan jalan kepada sebuah pernikahan bila tiba masanya.
“Aku tidak melihat (penawar) untuk dua orang yang bercinta seperti nikah” (HR al-Baihaqi dan Ibn Majah, sahih)
Tapi kan sebenarnya kalau ada jodoh barulah orang yang kita cintai tu cintakan kita juga.Dan kalau ada jodoh juga baru cinta itu boleh bersatu.Semuanya percaturan Allah.Mintalah pada Dia.
Semua orang suka cakap pasal cinta dan nikah kahwin ni.Tapi sama macam kek keju sedap yang dimakan setiap hari, soal cinta dan kahwin ini boleh menyebabkan muak bila selalu sangat disebut-sebut.Sebab tu banyak teguran dan nasihat supaya tak dibuai angan-angan indah berkahwin, supaya banyakkan fikir pasal mati, supaya hentikan status dan share berkaitan 'cinta islamik'.
Kita fikir sendirilah apa yang terbaik untuk diri kita, pelajaran, ibu bapa dan dakwah tarbiyah.Tak kisah lah orang lain nak ada anak sekali pun kalau kita belum bersedia buat apa nak cepat-cepat kahwin.Cinta dan perkahwinan kan sebenarnya adalah alat untuk mendapatkan keredhaan daripada Allah.
Pandai-pandailah kita mengurus perasaan cinta dan ingin berkahwin itu supaya ia tak merampas kebahagiaan kita sekarang ni.Menikah itu mungkin bukan sekarang, mungkin lambat lagi dan mungkin juga bukan di sini.Bukankah semuanya indah, bila kita letakkan sepenuh kepercayaan pada Allah? :)
No comments:
Post a Comment