Monday, May 2, 2011

mahu dan malu

Mahu dan malu dibezakan huruf ketiga dalam ejaan perkataan.

Malam semalam aku mimpikan lelaki yang aku crush masa sekolah.Crush yang buat jantung aku dup-dap-dup-dap lelaju.Hahaa.Dulu lah,zaman hingusan.

Dan petang semalam jantung aku jadi macam zaman hingusan balik sekejap,sebab aku ternampak dia.Rumah aku dengan rumah lelaki tu tak jauh sangat.*aku tak tau pun mana satu rumah dia.*

Sebenarnya kan aku pun tak pasti lelaki yang aku nampak tu betul dia ataupun tak.We see what we want to see,huh?Mungkin sebab aku baru termimpi dia.*mimpi cuma permainan tidur* -,-

Nasib baik aku dah delete nombor dia.Sebab aku rasa nak mesej dia.Dan tanya, "awak cuti ke?".Dan bagitahu, "saya macam nampak awak tadi".Dan cerita, "semalam saya mimpikan awak".Lepas tu cakap, "jodoh kita kuat kan".Arghh.

Tingkatan satu dulu,aku belajar hadis dengan Ustazah Shamsiah Hayat.Satu hadis yang aku selalu ingat ustazah sebut dengan comelnya,Alhaya' u minal iman.Malu itu sebahagian daripada cabang-cabang iman.*ustazah memang comel*.Antara sifat orang beriman itu haruslah ada perasaan malu.

Oh yes,malu lah nak jual murah dengan lelaki.Tapi setakat nak malukan diri depan orang yang kita suka,apalah sangat kan.Biarlah nampak kita tak tahu malu pun?EHHH?

Aku jadi malu dengan Allah.Malu sebab hafal hadis berkait malu.Malu kalau aku jadi tak tahu malu.

p/s:Lagu Dina tak menjadi inspirasi aku.

2 comments:

  1. dan itu juga menjadi penyelamat untuk kau dari terus mendapat malu lebih angker...hihi

    ReplyDelete
  2. Hari ini 20/4/22 terima jemputan sahabat saya akan berkahwin dengan Ustazah Shamsiah Hayat

    ReplyDelete