Hari ini ulangtahun kelahiran yang ke-7 Muhammad Zahidi.Adik aku yang selalu jadi inspirasi untuk aku boikot barangan keluaran Israel-Amerika.
Sejak Zahidi lima tahun lagi,dia selalu tengok video-video kekejaman Israel terhadap Palestin.Lepas tu dia akan tanya aku,pihak mana yang baik dan yang mana satu jahat.Dia juga akan tanya samada kita boleh tolong tak saudara kita yang baik dekat Palestin sana.
Bermula tahun lepas, Zahidi turut sama memboikot produk Amerika-Israel.Perkara paling susah Zahidi nak boikot mulanya adalah minuman Milo.Entahlah,Milo semacam minuman kegemaran semua kanak-kanak.Di rumah, kami cuba ganti minuman coklat Milo dengan Vico.Pertama kali Zahidi minum Vico,dia cakap dekat aku yang air Vico ada bau yang tak best,tak sama dengan Milo.
Aku pun tak sedar sebenarnya sejak bila Vico pula jadi favourite dia sampailah hari ini.Tapi aku ingat waktu dia bersekolah PASTI dulu,dia selalu cerita dekat aku yang ustazah dia dekat sekolah masih buat air Milo untuk dia dan kawan-kawan.Padahal dia sudah bagitahu ustazah yang dia boikot Milo.Akhirnya ustazah buatkan air teh untuk Zahidi sahaja.Haha.
Zahidi berjaya buktikan yang dia tak perlu bergantung kepada produk yang menyokong Yahudi pun walaupun dia membesar dengan minum Milo hari-hari sebelum ini.Lagipun banyak lagi alternatif lain seperti produk dalam negara dan keluaran Muslim khususnya.
Kita pula terlalu beralasan untuk memboikot produk Amerika-Israel.Sedangkan tanpa produk mereka,kita tak akan lapar dan kebulur pun.
Happy birthday my baby boy!
Happy birthday my baby boy!
tabik pada adik zahidi... baguslah, didik lah dia sehngga berjaya..jgn disia2 kan kelebihan dia, dia bakal menjadi org yg berpengaruh...hehe
ReplyDeletesemoga dia terus dengan palestinnya..
ReplyDeletedan membesar bagai johan..
cloverx > hehe.i hope so
ReplyDeleteghost writer > aminnn :)