Monday, January 24, 2011

bepop

Hari ni aku tengok cermin,dan hati ku menjerit OH NO!!!

Pimple yang sebijik baru naik jugak yang aku nampak sangat.Haishh.Sampai terlepas pandang sepasang mata yang cantik,hidung yang terletak elok,mulut yang comel.

Apalah sangat masalah dengan jerawat kalau dibandingkan dengan nikmat boleh melihat,bernafas dan bercakap dengan baik yang Allah bagi pinjam ni kan.

Nak memiliki kemampuan bersyukur ni jugak,kita kena tengok orang yang lagi kurang dari kita.

 
Meet bepop.

Jadi aku tak boleh la nak merungut,geram dan rasa tak puas hati dengan jerawat kecik ni kan?

“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”
~Ar-Rahman~

p/s:Aku suka lawak kampus.Kecuali part yang macam vanness nose~bleeding tengok majalah playboy.Tak kelakar.




1 comment:

  1. froggy: si pandai
    si kosong: selalu dpt markah kosong

    ReplyDelete