Sebenarnya aku baru lepas dengar talk on CINTA:Lets Get Married by Ustaz Ridhauddin.Slot ni kata Ustaz Ridha khas untuk orang yang memang dah nak kahwin,sedang merancang dan menuju ke arah perkahwinan.Tapi takkan la aku nak balik pulak kan sebab dah jalan kaki sampai kuliyyah medic,dah sampai main audi,siap duduk dah,depan pulak tu.Jadi dengar dan digest.
Kelebihan kahwin masa belajar menurut senior yang sudah berkahwin:
1.Reti nak manage time dengan duit.
2.Boleh pergi kuliyyah sama-sama.
3.Kalau sama kelas,boleh study dan buat assignment sama-sama.
4.Belajar lagi bersungguh-sungguh sebab ada tanggungjawab baru.
Halangan nak kahwin masa belajar menurut senior yang sudah berkahwin:
1.Mak ayah tak berapa nak bagi at first.
2.Kawan-kawan dah macam menjauh sebab rasa kita belong to someone else.
Jadi nak kahwin masa belajar ke tak ni?Apa tujuan kahwin sebenarnya?Apa penghujungnya perkahwinan?
Realitinya man from mars and woman from venus,and man want sex,woman need love.Bila berkahwin hati kita tak bersatu pun.Jadi titik temu sebuah perkahwinan sebenarnya adalah Islam.
Bukan mudah untuk seorang isteri taat pada suami tanpa penghayatan nilai-nilai Islam dalam diri.Macam nak bersabar kalau suami hari-hari suruh masak paprik ayam dan balik lewat malam sebab tugas-tugas dakwah atau kerja.Tak masuk bab-bab jaga akhlak kalau suami tak penuhi permintaan macam nak shopping bag,kasut,baju,habib jewels.
Bukan senang untuk seorang suami berbuat baik pada isteri kalau tak menghayati Islam sebenar-benarnya.Macam nak jadi pemimpin masyarakat dan pada masa yang sama didik isteri,anak-anak mengikut kehendak Islam.Nak bersabar dan terima fitrah perempuan yang emosional,sensitif lagi.
Sebab tu suami atau isteri pertama kita mestilah Islam.Kita sendiri mestilah sudah berpegang teguh dengan ajaran Islam dan suami atau isteri kita akan jadi yang kedua.Diri kita yang sekarang inilah menentukan diri kita di masa depan.Jangan nak tunggu bila aku kahwin baru aku nak qiamullail degan laki aku,lepas solat subuh sama-sama,baca Quran pulak,begini dan begitu.
Kita kena berubah dan upgrade iman kita sekarang.Sekaligus menjadi seorang yang matang bukan lagi keanak-anakan.Jadi persoalan nak kahwin masa belajar ke,masa dah habis belajar ke,masa dah kerja ke tak timbul.Nak kena tambahkan lagi ilmu psikologi rumahtangga je.Dan tentukan destinasi perkahwinan kita,bersama suami atau isteri sampai Syurga Firdaus,ending yang kekal selama-lamanya.
Kalau tak ada calon lagi jangan risau,dan jangan gelojoh.Percaya dengan janji Allah, "...perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik..." (Surah An-Nur, 24:26)
“Hal terbaik bagi seorang mukmin setelah ketaqwaan pada ALLAH SWT adalah (memiliki) seorang isteri solehah, iaitu yang patuh jika disuruh, menyenangkan bila dipandang, membenarkan jika suami bersumpah atasnya, dan pandai menjaga diri dan harta jika suami tidak ada.”
( Hadis riwayat Thabrani dari Abdullah bin Salam )
hoho teringin ah aha
ReplyDeletejemput aku tu^^
ReplyDelete