Tiada waktu yang lebih tepat untuk menyanyikan lagu What's Up selain pada hari usia kau menjengah suku abad dan kau masih terpinga-pinga akan hala tuju kehidupan.
Twenty-five years and my life is still
Trying to get up that great big hill of hope
For a destination
Trying to get up that great big hill of hope
For a destination
Aku membayangkan hal-hal yang istimewa sempena ulangtahunku yang ke dua puluh lima. Maka Tuhan memakbulkan permintaan dengan menyedarkan yang aku punya keluarga dan teman yang begitu istimewa. Sederhana.
11 November tahun ini jatuh pada hari Jumaat dan pada penghujung Surah Kahfi petang tadi, Tuhan memberitahu;
11 November tahun ini jatuh pada hari Jumaat dan pada penghujung Surah Kahfi petang tadi, Tuhan memberitahu;
Barangsiapa yang mengharap pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal soleh dan janganlah mempersekutukan sesiapapun dalam ibadahnya kepada Tuhannya.
Al-Kahfi : 110
Bukankah kau sangat berharap pertemuan dengan Ar-Rahman? Itulah destinasi yang kau cari selama ini. Maka hiduplah dengan usia yang masih berbaki dengan kesedaran yang kau akan kembali. Moga Allah ampunkan dosa-dosa selama 25 tahun ini.