Saturday, April 30, 2011

the royal wedding


"Aku pun nak kahwin dengan putera raja"-Asiah,adik aku-
 
 The newly-weds smile at each other as they depart the abbey for the palace Prince William, Duke of Cambridge & Catherine Duchess of Cambridge leave Buckingham Palace in a soft-top Aston Martin decoratied in balloons & with a 'Just Wed' registration plate after their wedding
Sumber:The Telegraph
Kate Middleton smiles as she arrives at the abbey
Sumber:The Telegraph
Prince William puts the ring on Kate, Duchess of Cambridge's finger during their wedding ceremony at Westminster Abbey

After all,she'll become a princess. She’ll always have fabulous clothes to wear, an army of stylists on hand to make sure her hair and makeup are flawless, lots of amazing jewels and live in castles and palaces. Oh, and her very own Prince Charming.

But actually, I don’t think I’d want to be in her shoes (oh alright, I was never asked!). I mean, the clothes and jewellery and castles are all very well, but really, the poor woman can’t really organise her own wedding, can she?-Farah Fahmy,The Malaysian Insider-

Aku kena nasihat adik aku ni,haha.

Thursday, April 28, 2011

ini kisah benar

Dalam Kelas 5 Aktif di sebuah sekolah.

Cikgu : Mana kertas soalan awak Ain(bukan nama sebenar)?
Ain : Ada dekat Faten(bukan nama sebenar).
Cikgu : Kenapa bagi Faten kertas soalan awak?Inikan exam,mana boleh macam tu.
Ain : Saya minta Faten tolong tuliskan nama saya cikgu.

Dalam kelas pemulihan di sebuah sekolah.

Cikgu : Faiz(bukan nama sebenar),ikut cikgu eja dan baca ye.S.A=SA,Y.A=YA.SAYA.
Faiz : S.A=SA, Y.A=YA,SAYA.
Cikgu : M.A=MA, K.A.N=KAN.MAKAN.
Faiz : M.A=MA, K.A.N=KAN.MAKAN.
Cikgu : I=I, K.A.N=KAN.IKAN.
Faiz : I=I, K.A.N=KAN.IKAN.

Selepas 4 kali.

Cikgu : Cuba Faiz baca sendiri.
Faiz : *terkebil-kebil*

Kisah ini bukan bertujuan mengaibkan mana-mana pihak.Sekadar renungan betapa banyak perlu kita syukuri sebenarnya.Tak semua orang diberi kemampuan menulis dan membaca seperti kita.

Wednesday, April 27, 2011

top two

Berdasarkan pengamatan aku,lebih ramai perempuan yang berkecimpung dalam dunia blogging ni dibandingkan lelaki.Tapi kebanyakan blog perempuan dah macam album gambar.Lelaki pun ada yang suka tepek gambar.
Aku nak berkongsi dua blog penulis berbakat yang aku suka baca.

Satu,blog Majdi Nadwan.Majdi Nadwan satu universiti dengan aku,tapi aku rasa macam tak pernah pulak jumpa dia masa asasi dulu.Majdi Nadwan ni pelajar bidang kejuruteraan dan selalu jadi watak utama dalam penita,cerita pendek tulisannya=)

Kedua,blog Syed Ahmad Fathi.Syed Ahmad Fathi belajar di Russia.Rasanyalah.Tak tau pulak dalam jurusan apa dan rasanya bukan sastera pun.Tapi menulis macam budak sastera.Nama Syed Ahmad Fathi ni mengingatkan aku  pada seseorang=)

Ada lagi satu blog yang aku selalu  baca juga,tapi sebab tajuk entry aku top two,terpaksalah aku tak tulis disini blog tersebut.Heee.

Monday, April 25, 2011

Perang Uhud

Perang Uhud telah terjadi tanggal 15 Syawal 5 Hijrah bersamaan hari Sabtu diantara kaum Muslimin dan kafir quraisy.Peperangan tersebut berlaku di pergunungan Uhud yang terletak 2 kilometer di sebelah utara Madinah. Pasukan Rasulullah SAW disertai 700 orang  tentera muslimin manakala tentera kaum quraisy seramai 3000 orang.

Sesampainya di pergunungan Uhud,Rasulullah mengatur posisi tentera muslimin dan 50 orang ditempatkan di atas sebuah bukit sebagai penghadang pasukan musuh yang akan menyerang dari belakang.Mereka telah dipesan oleh Rasulullah agar tidak mengosongkan bukit itu sehingga mendapat perintah daripada baginda. 

Sebaik peperangan bermula,tentera Islam berjaya mengatasi pihak musuh.Terdapat musuh yang terbunuh dan yang lainnya cuba melarikan diri.Namun sayangnya tentera Islam mula tergiur dengan harta rampasan musuh yang sangat banyak sehingga 40 orang yang berkawal di atas bukit turut turun untuk mendapatkan harta tersebut.

Di saat peperangan yang belum usai itu,pasukan quraisy segera menyerbu sepuluh tentera yang tinggal di atas bukit dari belakang.Pasukan Islam yang mula kucar-kacir diserang dari setiap sudut dan musuh cuba mendekati Rasulullah SAW.Dalam keadaan porak-peranda itu,tersebar pula khabar angin bahawa Rasulullah telah meninggal.

Pada waktu itu,Rasulullah pengsan akibat terkena lemparan batu.Anak panah musuh menghujani baginda SAW sehingga muka,lutut dan bibir bawah baginda luka-luka.Terdapat beberapa sahabat yang gugur demi mengahalang panah mengenai tubuh Rasulullah.Perang Uhud telah mencatat kehilangan 70 orang syuhada dan sejumlah yang lain cedera.

Begitulah serba sedikit kisah Perang Uhud.Rasulullah yang kita semua sayangi telah luka-luka akibat segelintir kaum muslimin yang  mengejar harta rampasan perang sehingga melupakan pesanan baginda supaya berkawal.Kita hari ini pun,jika terlalu ghairah dengan harta dan hal-hal keduniaan semata mungkin saja di masa Perang Uhud kita termasuk tentera yang terlupa itu.Terlupa pesanan Rasulullah dan menyebabkan baginda terluka.

Sunday, April 24, 2011

musim cinta

Jatuh cinta fitrah manusia.Islam tak mengajar untuk membunuh fitrah itu.Tapi kita diajar untuk menyalurkan fitrah mencintai dan dicintai dengan cara yang betul iaitu melalui perkahwinan.

Masalahnya,ramai yang jatuh cinta sebelum the right time untuk kahwin.Jadinya ramai lah yang masuk mode dalam hati ada taman bunga,time spring pulak tu.Berbunga-bunga.

Setiap saat nak layan lagu perfect two.Berangan si dia jadi Bruno Mars versi Melayu lagi.Padahal lelaki tu tak reti petik guitar pun.Ahaks.

Cinta yang menipu.Cinta itu seharusnya tak dicemari dengan perkara yang melalaikan diri daripada  mendekat kepada Allah.Cinta seharusnya menghadirkan rasa untuk bersatu dalam rahmat Allah,bukan suka-suka.

Ini bukan cinta semusim.
Kalau belum bersedia untuk berumah tangga,kenapa sibuk nak bercinta?Kita boleh usahakan untuk mengawal perasaan dengan bantuan Allah.Berdoa padaNya.Nak berdoa dapat jodoh yang baik tu dari sekarang lah,nak segan apanya.

Saturday, April 23, 2011

meet yaya^^

Aku baru tengok animasi tempatan terbaru,BoBoiBoy dan suka sangat dekat watak superhero comel dalam siri tu,Yaya.Dahla comel,bertudung pulak tu,bertambah-tambah comelnya.

Friday, April 22, 2011

5x sehari

Kajian yang dibuat Dato' Dr Haji Fadzilah Kamsah mendapati 80 peratus daripada responden yang mengikuti program-program beliau tak mengerjakan solat dan tak menyempurnakan 5 waktu solat wajib.Aku pun tak pasti jumlah sebenar responden kajian ini tapi hakikatnya masih ramai lagi kawan-kawan kita yang tidak bersolat.

Seorang sahabat aku dulu pernah tinggal serumah dengan housemate yang tak solat.Bila diajak solat,si teman serumah menolak dan beralasan Allah tak akan terima juga solatnya kerana dia tak ikhlas pun.Persoalannya bagaimana nak menggapai ikhlas jika solat pun tak?

Fake it till you make it.Pada pendapat aku,setiap amal soleh itu memerlukan sedikit paksaan pada awalnya demi menjadikan ia sebati dalam kehidupan,sama juga solat.Bukankah sejak kecil kita selalu dididik bersolat?Bila dah besar panjang dan tidak dikawal mak ayah,tugas kita lah untuk paksa diri menunaikan solat.

InsyaAllah,di sebalik kepayahan dan mujahadah kita melawan rasa malas itu
terdapat kasih Allah pada kita seterusnya membuahkan rasa ikhlas untuk melaksanakan solat.


Thursday, April 21, 2011

holding hands?

Aku rasa sudah banyak sangat teguran dan nasihat buat pasangan bercinta yang belum berkahwin lagi,samada di internet dan dalam tv.Tapi still ramai yang buat-buat tak tahu dan terus bercouple.Berdating tanpa rasa segan silu pula tu.

Ya,memang susah nak putuskan hubungan bila dah terjebak dalam percintaan-yang-kononnya-akan-ke-jinjang-pelamin-akhirnya ini.Lebih susah bila hubungan yang dibina sudah mengambil masa bertahun-tahun.

Bila dah degil sangat nak couple tu,harapnya sama-sama cuba untuk menghindari berdua-duaan di tempat gelap dan sunyi dan membataskan waktu berjumpa.Kadang-kadang rasa kasihan tengok betapa tak-tahu-malu nya couple-couple hingusan ni dating lepas tu berjalan sambil berpegangan tangan pula.


Sedangkan Nabi Muhammad berpesan yang bermaksud “Lebih baik dicucuk akan jarum besi yang tajam daripada seseorang itu menyentuh kulit perempuan yang bukan muhrimnya.” (Riwayat at-Tabrani).

pegang sikit pun tak boleh!


Tapi tu lah,mungkin sebab ramai couple yang selalu jalan pimpin-pimpin tangan, jadi perkara ini terlihat biasa.Mungkin di sinilah peranan kita untuk bagitahu dekat orang-orang yang tak tahu ini bahawa berpegangan tangan diantara bukan muhrim tidak dibenarkan Islam.

Wednesday, April 20, 2011

suburkan sabar

Nasihat supaya bersabar selalu kita dengar kan.Kita dipesan bersabar bila result teruk,sabar bila laptop kena curi,sabar dengan karenah manusia yang pelbagai dan bersabar dengan kematian orang tersayang.Bila ditimpa musibah dan diduga dengan pelbagai ujian sememangnya kita tak punya banyak pilihan lain,selain bersabar.

Sebenarnya ada dua keadaan lagi yang menuntut kita bersabar menghadapinya iaitu bersabar dalam melakukan ketaatan dan bersabar dalam menjauhi maksiat.Kita selalu hilang sabar dalam dua perkara ini.Kesabaran teruji untuk melakukan yang wajib, harus dan sunat dibuat.Begitu juga kita selalu gagal bersabar dalam menolak untuk mengumpat,memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor.

Ada tiga fasa sabar dalam melakukan ketaatan iaitu sebelum,sedang dan selepas.Sebagai contoh,nak bersabar untuk qiamullail.Sebelum qiam perlu bersabar melawan nafsu tidur untuk bangun.Sewaktu qiam pula nak bersabar menepis godaan syaitan pula satu hal.Dan bersabar selepas qiam adalah dengan tidak ujub dan tidak riak.

Bukan mudah nak praktikkan sabar dalam berbuat baik dan tak buat jahat.Sebab itu kita perlu selalu berdoa kepada Allah agar menjadi seorang hambaNya yang sabar.Dan dengan jalan kesabaran inilah Allah menjanjikan kepada kita pertolongan daripadaNya.

"Wahai orang yang beriman!Pohonlah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat.Sungguh,Allah bersama orang-orang yang sabar."~Surah Al-Baqarah:153~

Tuesday, April 19, 2011

18SX,18PL dan U

Statistik Jabatan Pendaftaran Negara mendedahkankan jumlah kelahiran luar nikah mencecah 234,647 orang dalam tempoh empat tahun(2006-2010).Dan 34.5 peratus dari jumlah itu membabitkan ibu yang beragama Islam.

Kajian yang dibuat Jabatan Kebajikan Malaysia mendapati antara punca remaja terjebak dengan perlakuan tak bermoral itu adalah maklumat berkenaan seks yang mudah didapati dengan melayari internet.-Berita Harian,19April 2011,Rencana Ratinawati Rasidi-

Khutbah Jumaat masjid-masjid di Wilayah Persekutuan pada 8April 2011 menyentuh wabak gejala tayangan filem lucah yang berlaku dalam masyarakat dan negara.Sekalipun ia adalah perkara haram tapi disentuh secara umum dan sambil lalu.Jika tidak kerana filem terkutuk yang memfitnah Anwar Ibrahim itu,mungkin ia tidak menjadi tema khutbah Jumaat.

Filem lucah yang banyak itu tersebar sulit tapi filem lucah Dato' T tersebar luas dan belum ada sesiapa ditahan kerana menonton dan menayangnya.

Khutbah saran jangan tengok filem lucah.Tetapi kumpulan Dato' T ajak orang ke Seri Carcosa tengok filem lucah.Yang dilarang ialah menayang dan menonton.Yang membuat filem lucah tidak ditangani.Ada wakil rakyat mendesak supaya ia ditayangkan di Dewan Rakyat supaya sekalian Yang Berhormat melihatnya seterusnya membahaskannya.Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkara,disisi Islam filem lucah adalah haram maka dia menolak menayangkannya.Tetapi Speaker berkuasa di Parlimen saja.Dia tidak berkuasa di luar Parlimen.

Sayang khutbah menyuruh jangan diedar dan ditayang filem lucah tetapi ada saluran sesawang menyalurkan video lucah paling meletup hingga seramai-ramai dapat melihat dan mendapat dosa kerananya.Ia menjadikan khutbah itu tenggelam selepas solat itu selesai.-Harakah,18-21April 2011,Kolumnis Subky Abdul Latif-

18SX - Ada unsur seks yang tidak keterlaluan.
18PL - Ada unsur politik dan agama.
U - Sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat.

Monday, April 18, 2011

Saturday, April 16, 2011

kaffarah dosa

Aku menderita oral ulcer sekarang.It hurts even untuk senyum!Nak makan dan bercakap apatah lagi.Gaya macam teruk sangat la sakitnya kan.Uhh.Aku cuma berharap sedikit sakit ini dapat menjadi penghapus kepada dosa-dosa aku.

"Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah dosa-dosanya,seperti pohon kayu menggugurkan daunnya." (HR Muslim)

Friday, April 15, 2011

k.a.k.i

Tau tak yang ada lelaki yang suka tengok kaki perempuan dan orang macam ni digelar legman.Nak-nak lagi kalau kaki perempuan  macam snsd,lagi la legman suka pandang.(o.O)

Masa aku dekat cfs,ada seorang senior lelaki cakap dia tak boleh tengok perempuan tak pakai sarung kaki,rasa macam nak potong je kaki perempuan tu.(o.O)

Kaki perempuan adalah aurat.Kaki yang aku maksudkan kat sini termasuklah upper part of leg sampai end part  yang below the ankle tu.Kan aurat perempuan seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan sahaja.

Di negara kita ni,kalau seorang perempuan Melayu Islam memakai skirt atau pants separas paha,memang di cop seksi habis lah.Kalau pakai seluar panjang  tapi ketat tak apa.Kalau kain baju kurung nipis tanpa pakai  pantycoat pun tak apa.

Padahal dua kategori ini sama sahaja dengan si seksi tadi.Tetap menzahirkan bentuk kaki dan tak mengikut macam yang Allah dah gariskan.

Seperkara lagi,tak menutup dua kaki yang ada sepuluh  jari ni.Sebabnya rasa menyusahkan,nak kena pakai sarung kaki pergi mana-mana.Lagipun rasa macam lelaki tak pandang pun dan kalau dipandang tak menarik pun.Suka suki je buat pendapat sendiri.

Mengikut pandangan mazhab syafi’e,mazhab maliki dan mazhab hambali,menutup kaki adalah wajib apabila berhadapan lelaki ajnabi.Bagi mazhab hanafi,dua tapak kaki hingga pergelangannya tidak menjadi aurat.

Oleh itu,kita memilih pendapat yang mempunyai hujjah yang kuat dan lebih menenangkan hati kita dalam soal aurat kaki.Kalau tak nak pakai sarung kaki,pakailah bootie ke asal menutup seluruh kaki.Islam agama yang mudah tapi jangan sampai kita nak ambil yang mudah-mudah selari dengan kehendak kita sahaja.

Thursday, April 14, 2011

hlovate

Siapa kenal hlovate angkat tangan?Err tak payah la angkat tangan macam Usop,hehe.Sure ramai kenal hlovate dan baca karya-karya beliau yang super awesome tu kan.Dan tentu juga ramai yang terinspirasi dengan kisah-kisah yang hlovate tulis kan,macam aku^^

Walaupun sampai sekarang aku tak pasti hlovate lelaki atau perempuan,still aku suka sangat-sangat-sangat cerita beliau.Mungkin sebab aku baca hlovate sejak aku sekolah menengah lagi,jadi feel semacam dan terasa dekat dengan hidup aku cerita-cerita beliau.Macam hikayat zaman sekolah,bff,hostel,cikgu,warden,spm dan budak lelaki.Long live the ol’school days![hlovate]

Bagi aku hikayat hlovate sedikit sebanyak berkisar kehidupan kita semua.Kita yang terus membesar dan terus belajar dalam hidup ini.Mungkin juga kita masih termangu-mangu tak tahu hala tuju dalam hidup.Dan memerlukan satu turning point dalam hidup untuk berubah sepenuhnya.

Apa kata jadi Dash,Trisy,Addin ataupun Minn Edina versi kita sendiri?Watak-watak mereka yang sememangnya mengagumkan aku.Sebab everyone has a past dan biarlah ia terus jadi cerita masa lalu.Yang penting hidup kita yang sekarang ini mengikut landasan Tuhan.Tak kisahlah nama kita tak menjadi watak utama cerita hlovate pun.Tapi kita mendapat sesuatu dari apa yang hlovatulis:)

"Berubahlah,walaupun payah.Berubahlah,ke arah hidup lebih indah."[hlovate]

Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman,untuk secara khusyuk mengingati Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka),....~Surah Al-Hadid:16~

Wednesday, April 13, 2011

jangan pernah lupa

Isnin, 11/04/2011 - Puluhan pelajar di Universiti Barthes, Washington hari ini telah memboikot sesi ceramah yang disampaikan oleh mantan Ketua Perisikan Israel Shabak, Avi Dichter.Dichter telah diboikot dan digelar sebagai penjenayah perang.Para pelajar turut melaungkan bahawa mereka akan bertemu Dichter di mahkamah antarabangsa.Dichter merupakan arkitek yang meneruskan kezaliman ke atas rakyat Palestin.-Palestinkini-

Kita di Malaysia ni pun boleh memboikot penjenayah-penjenayah yang telah menzalimi saudara-saudara kita di Palestin,dengan memboikot produk-produk keluaran Amerika dan Israel.

“Ada jihad ekonomi, iaitu kita membuat fatwa, fatwa yang saya keluarkan bersama sejumlah ulama' tentang keharaman jual beli produk-produk Israel dan Amerika. Boikot,boikot semua produk-produk Israel dan Amerika merupakan kewajipan setiap umat. Semua produk Amerika WAJIB diboikot.”[Al-Qardhawi]

Apa yang telah kita lakukan untuk membantu saudara kita?

Tuesday, April 12, 2011

kuantan-kl-kuantan

Habis je exam calculus sabtu lepas aku dan Farah Hanis terus beli tiket bas ke Shah Alam.Dalam pukul 6.30 pm kami sampai Stadium Melawati dengan teksi.Segan sangat masa mula-mula sampai sebab tak nampak muslimat pun dekat luar stadium.Nasib baik Farah Adlina cepat sampai,ramailah sikit nak berjalan masuk bersama.

Usai solat maghrib,isyak dan solat hajat beramai-ramai,Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pun menyampaikan amanat beliau pada kami.*Tuan Guru sendiri yang request nak jumpa mahasiswa*.Kagum sungguh aku pada menteri besar kesayanganku ini,walaupun penat,tetap nampak bersemangat.Rupanya Tuan Guru pun baru sampai dari Pahang,kalau aku tahu boleh tumpang sekali,hehe.

Aku balik awal dari himpunan mahasiswa Kelantan malam tu dan tak sempat dengan sesi dialog bersama pimpinan kerajaan negeri.Tapi sekurang-kurangnya dapat juga melihat tuan guru dan mengecas semangat dengan mendengar ucapan beliau.Keluar je stadium Malawati,ramai pula beri salam pada aku dan Farah,"Assalamualaikum ustazah!".(?)Ada perlawanan bola sepak rupanya dekat stadium bersebelahan.Patutlah...

Malam itu,aku menumpang tidur di rumah kakak Farah Hanis.Esoknya kakak Farah hantar kami ke uia pj.Rasa rindu semacam dekat pusat asasi pj ni.Huhu.Bukannya lama sangat pun aku tinggalkan tempat tu.Sebenarnya aku lebih rindukan Anis,Alifah dan Liyana.Tak sempat nak berborak panjang pun kan,tak apalah lain kali kita jumpa lagi,InsyaAllah.Satu malam lagi aku tidur di uia pj ni^^

Nak keluar dari uia pj semalam,pak guard tahu juga kitorang squatting dekat situ.Luckily tak kena saman.Rasa macam dipermudahkan je sampailah aku dan Farah ke Bukit Jalil.Dekat Bukit Jalil hujan lebat mencurah-curah macam tak nak berhenti.Sebab dah agak lewat nak naik bas pukul 5.15 pm kami pun berlari-lari meredah hujan.Memang basah lencun.Paling menggembirakan hati,seorang chinese lady bagi payung dekat kami.*Walaupun dah agak terlambat,-.-"*

10 malam tadi sampai juga aku dan Farah di terminal makmur kuantan ini.Oh kalau ini sebuah karangan upsr,aku nak end dengan walaupun kami rasa penat,tapi sangat seronok.Hehee.Semoga perjalanan aku dan Farah tidak sia-sia di pandangan Allah.Hari ni suara dah serak-serak basah,rasa macam nak demam...Tapi ada satu last paper lagi.Doakan aku kawan-kawan^^

Friday, April 8, 2011

give thanks to Allah

"Alhamdulillah,syukur pada Allah",ucap si penyanyi dengan aurat menjolok mata sebaik menerima anugerah.Meluahkan rasa syukur tak terhingga,selepas penat menari terkinja-kinja atas pentas.

Pemain bola sepak kebangsaan,bersujud tanda syukur selepas memenangi perlawanan.Sujud syukur dengan lutut tak bertutup.

Mereka mengira bila mendapat satu kejayaan yang diimpikan barulah perlu menzahirkan rasa syukur.Sedangkan bersyukur itu perlu dimanifestasi setiap masa sebab nikmat Allah pada kita tidak terkira banyaknya.

Dan jika kamu menghitung nikmat Allah,nescaya kamu tidak akan dapat menghitungnya.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.~An-Nahl:18~ 


Manifestasi syukur dan terima kasih pada Allah adalah dengan mentaati perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.Seharusnya kita membalas pemberian Allah kepada kita dengan lebih mendekatkan diri kepadaNya,bukan semakin menjauh.

Bersyukur yang sebenar itu dalam tiga bentuk,pertama hati yang mengakui segala nikmat berasal dari Allah.Hati yang bersyukur melahirkan rasa syukur melalui lisan iaitu dengan memuji Allah yang memberi nikmat.Syukur disempurnakan dengan anggota badan yang digunakan untuk melaksanakan suruhan Allah,dan tidak bermaksiat padaNya.

Tak rasa malukah kita dengan pelbagai nikmat Allah berikan namun kita tak tahu untuk berterima kasih padaNya?Tidak memanfaatkan kesenangan daripada Allah pada perkara yang Allah redhai?Lihatlah teladan insan mulia,Nabi Muhammad SAW dalam bersyukur pada Allah.Semoga Allah membantu kita semua menjadi hambaNya yang bersyukur.

Rasulullah mendirikan solat sampai kedua-dua kaki baginda bengkak.Ada yang menegur baginda,"Mengapakah kamu menyusahkan dirimu sebegitu rupa,padahal Allah sudah mengampunkan dosa kamu yang lalu dan yang akan datang?"Rasulullah menjawab,"Adakah aku tidak boleh menjadi hamba yang bersyukur kepadaNya?(HR Bukhari)

Wednesday, April 6, 2011

believe in Allah's angels

Mari mengenal 10 malaikat
Dicipta Allah daripada cahaya
Ianya juga rukun iman ke dua
Mari bersama kita hafal namanya

Jibril,Mikail,Ridhwan, Malik
Mungkar, Nakir, Raqib, Atid
Izrail, Israfil semuanya
10 malaikat kita hafal namanya

Malaikat Jibril menyampaikan wahyu
Daripada Allah kepada rasulnya
Mikail pula turunkan rezeki
Dapat rezeki ucaplah Alhamdulillah

Malaikat Ridhwan menjaga syurga
Wajahnya manis berseri sinarnya
Malaikat Malik menjaga neraka
Berdoalah kita moga tidak ke sana

Mungkar dan Nakir menyoal di dalam kubur
Roqib dan Atid catit kebaikan dan kejahatan

Izrail pula mencabut nyawa
Moga kita mati dalam Husnul Khotimah
Israfil pula meniup sangkakala
Itulah tanda dunia kiamat akhirnya

Sambil menyanyi kita hafal namanya
10 malaikat mari hafal namanya
Jibrail, Mikail, Ridhwan, Malik
Mungkar, Nakir, Raqib, Atid
Izrail, Israfil semuanya
10 malaikat mari hafal namanya
 
10 Malaikat-Raihan

Tuesday, April 5, 2011

exam note

So,verily with every difficulty there is relief.
Verily,with every difficulty,there is relief.
~Surah As-Sharh:5-6~

Study and give your very best,
And Allah will take care of the rest ~♥

Friday, April 1, 2011

k-pop

Fenomena K-pop ni memang tengah menjadi-jadi kat Malaysia sekarang ni.K-pop stands for Korean popular music,specifically South Korean bagi yang tak tahu.Stesen-stesen radio pun berlumba-lumba putarkan lagu k-pop walaupun banyak yang dah outdated.Penangan k-pop stars terhadap remaja perempuan pulak tak payah nak cerita lah,sampai berangan nak kahwin dengan mereka pun ada.

Sebenarnya bukan music je,tapi drama dan pelakon korea pun jadi kegilaan.Jujurnya aku respect orang yang reject k-pop ni.Dua sebab aku rasa mereka tak suka k-pop.First sebab memang alim,tolak semua jenis hedonisme yang melalaikan ni.Sebab kedua adalah menyampah dengan lelaki yang ala-ala gay,pakai baju ketat,bibir pink.

Mereka patut bersyukur sebab tak jatuh minat dekat artis lelaki korea macam suju,bigbang,kim hyun joong,song seung hun dan lain-lain.Sebab apa,hiburan dari korea ni memang melalaikan!Masa dibazirkan dengan menonton drama dan variety show,membaca latest news idol dekat allkpop,google gambar-gambar mereka,download lagu lagi.

Cuba kira berapa banyak masa dah terbuang.Contohnya nak habiskan drama 20 episodes X 1jam=ambil masa 20 jam.Tak membawa kebaikan satu sen pun kan?Apa kata kpop lovers cuba tinggalkan passion terhadap korea ni.Cakap memang lah senang,tapi kita cubalah.Cuba kurangkan,lepas tu insyaAllah semakin hilang lah rasa addicted tu.Sebab semacam sudah addicted pula.

Aku minta maaf kalau entry ini ada mengguris perasaan sesiapa.Aku tulis ini sebab aku rasa sangat tidak kena sebenarnya,seorang yang mengaku Islam,hamba Tuhan,tapi masanya dipenuhi dengan hiburan yang tak mengenal batasan.Bukannya langsung tak boleh berhibur,tapi kita fikir sendiri lah adakah kita semakin hari,semakin mendekat menuju Allah atau sebaliknya.

p/s:Aku dalam exam mode.Bercuti dari blog.Doakan aku.May Allah bless.