Thursday, March 29, 2012

BFF

Best Friend Forever.Err selama-lamanya sampai bila?Sampai mati?

Bukankah ada tempat yang kekal selama-lamanya?

Sampai Syurga^^

Ada hati jugak nak doodle.Ahah.
Hold me
To a promise that I'll be the kind of the friend that in the end
Will always keep you company
Because when the world gets tough
And times get hard
I will always love you, I'll be your bodyguard 
Cause you're my bestie, and if you test me
I'll prove it time and time again, I got your back until the end 
-Bromance,Chester See-

Hehe,bromance sangat cute.Tapi ukhuwwah fillah cuter,dan lagi handsome,kool,smart +_+

Saturday, March 24, 2012

doa malaikat

Beriman kepada malaikat merupakan rukun kedua dalam rukun iman.Malaikat diciptakan Allah daripada nur (cahaya) dan sangat taat beribadah kepada Allah.Alangkah inginnya kita tergolong dalam golongan yang didoakan oleh makhluk Allah yang sentiasa bertasbih kepada-Nya siang dan malam tanpa hentinya ini~

(Malaikat-malaikat) yang memikul Arasy dan (malaikat) yang berada di sekelilingnya bertasbih dengan memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memohonkan keampunan untuk orang-orang yang beriman (seraya berkata) "Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu yang ada pada-Mu meliputi segala sesuatu, maka berilah keampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan agama-Mu dan peliharalah mereka dari azab neraka.~Surah Ghafir 40:7~

Ya Tuhan kami,masukkanlah mereka ke dalam syurga Adn yang telah engkau janjikan kepada mereka ,dan orang yang soleh di antara nenek moyang mereka,isteri-isteri dan keturunan  mereka.Sungguh Engkau lah Yang Maha Perkasa,Maha Bijaksana.~Surah Ghafir 40:8~

Dan peliharalah mereka dari (bencana) kejahatan.Dan orang-orang yang Engkau pelihara dari kejahatan pada hari itu,maka sungguh Engkau telah menganugerahkan rahmat kepadanya dan itulah kemenangan yang agung.~Surah Ghafir 40:9~ 

Saturday, March 17, 2012

Boycott Israel Campaign 2012



Tanganmu mampu dan berkuasa,
Memboikot barangan mereka,
Sebagai tanda perjuanganmu,
Seiring jihad saudaramu,
Meninggikan kalam Allah dan Rasul,
Ayuh,boikot Yahudi!
-Dr Farhan Hadi Mohd Taib

Monday, March 5, 2012

chicken soup for the soul

Ibnul Qayyim menyatakan, "Seorang alim (arif billah) ada menyebut, "Bukankah seorang yang sakit itu andai kata dihalang terus daripada mengambil makanan,minuman dan ubat, maka dia akan menemui kematian?"Orang ramai menjawab, "Ya."

Kata orang alim itu lagi,"Demikianlah akibatnya apabila hati terhalang daripada menerima ilmu dan hikmah selama tiga hari,maka akan matilah ia!"

Ibnul Qayyim menyambung lagi. "Benar sekali kata-kata al'arif billah itu.Sesungguhnya ilmu itu makanan hati.(Tanpa ilmu) dia akan mati.Tetapi ramai manusia tidak sedar akan kematiannya..."-Dipetik dari buku Tuhan Itu Dekat,Amaluddin Mohd Napiah.-


Tak sedar.Itulah masalah dengan diri kita.Mungkin kita boleh bertanya pada diri kita sudah berapa lama kita membiarkan jiwa dan rohani kita kelaparan.Apakah sudah mati hati ini?

Sebab kita memang sentiasa perlu kepada nasihat-nasihat,ilmu,hikmah,dan zikrullah kerana hiruk pikuk dunia yang melalaikan.Kita perlu peringatan-peringatan untuk meningkatkan iman yang selalu turun ini.Carilah majlis-majlis ilmu yang disebut Rasulullah SAW sebagai taman-taman syurga yang dipayungi para malaikat untuk berteduh.Sekurang-kurangnya bacalah sebuah buku buat santapan rohani,mengisi kegersangan hati!