Wednesday, June 29, 2011

homey

Alhamdulillah aku sudah habis exam dan berakhirlah semester pendek kali ni.Esok aku akan balik rumah^^

La la la la,take me home
Darling, i'm comin' home




Saturday, June 25, 2011

muhasabah diri

p/s: men's aurah from navel to knee.hoho

Thursday, June 23, 2011

back to fitrah

Aku merupakan salah seorang penonton setia siri Juvana dekat TV3.Cerita pasal budak-budak 'sekolah jahat' ini dengar ceritanya mencapai rating 2.4 juta masa first episode ditayangkan.

Aku percaya cerita ini digarap berdasarkan realiti kehidupan.Pelaku-pelaku juvana hakikatnya bukan dilahirkan jahat.Disebalik sisi jahat yang cuba ditonjolkan,mereka sebenarnya sukakan kebaikan.Cerita ini ajar aku supaya lebih husnu dzon *bersangka baik* pada orang lain walaupun dia dicop jahat sekalipun.Ada sebab tertentu orang boleh jadi jahat.

Kadang-kadang orang buat jahat sebab itu sahaja pilihan yang ada bagi dia.Mungkin sebab tekanan yang dihadapi,perasaan memberontak dan pelbagai alasan lain.Bagaimanapun bila tertangkap, peluang untuk sedar akan kesilapan dan berubah akan lebih cerah.

Mereka pun lebih sedar yang mereka bukannya suka pun nak jadi jahat.Fitrah manusia memang suka akan kebaikan! 
Jika kalian sedar, dahulunya rancangan ‘Tanyalah Ustaz’ di TV 9 hanya disiarkan secara langsung pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahjaa. Rancangan ini walau tersiar di awal pagi iaitu dari jam 7-8 pagi, pun begitu ia boleh dijadikan sedikit kayu ukur untuk melihat sejauh minat masyarakat kepada talk show agama atau interaktif agama, ternyata minat itu semakin bercambah. Berdasarkan maklumat yang diberi oleh rakan-rakan penerbit, sambutan semakin meningkat, kalau dahulu hanya sekitar 40-100 ribu orang yang menontonnya, kini sudah mampu mencapai 150-350 ribu secara purata. 
Hasil daripada ‘demand’ yang baik, pemilik syarikat televisyen bersetuju menambah lagi slot ini, lalu terhasil siaran rakaman ‘Tanyalah Ustaz’ yang disiarkan setiap hari pada jam 7-8 pagi. Ini satu kejayaan yang sangat positif!
Tidak berhenti disitu, muncul pula rancangan ‘live’ Tanyalah Ustazah.  Imam Muda oleh Astro OASIS dan banyak lagi rancangan keagamaan yang menghiasi media televisyen kita. Menambah meriah rancangan kegamaan turun temurun seperti Forum Perdana Ehwal Islam oleh RTM, Bicara Mufti dan pelbagai lagi. 
Kalau masyarakat berjaya menunjukkan sokongan kepada rancangan-rancangan baik ini, tentunya pihak syarikat penyiaran akan terus memikirkan cara menambahkannya. Justeru tambahkan sokongan anda. 
Radio Islam seperti IKIM fm sudah berjaya menembusi pasaran sengit radio, manakala majalah solusi terbitan Telaga Biru pula sudah mencipta rekod apabila cetakan bulanannya dilaporkan mampu mencecah 150-200 ribu. Alhamdulillah, luar biasa!. 
Seorang pengurus besar syarikat penerbitan buku PTS memaklumkan kepada saya betapa jualan buku non-fiction agama yang diterbitkan oleh syarikatnya lebih laku berbanding buku fiction.! Ini suatu keajaiban. Malah, dimaklumkan bahawa jualan buku agama mereka juga sangat memberangsangkan. Maaf saya lupa angka-angka yang diberikan, cuma apa yang saya mampu ingat, hasil jualannya berjaya mencecah jutaan ringgit dalam tempoh yang singkat, selain peratusannya meningkat setiap tahun.[UZAR]
Alhamdulillah,tinggal kita je nak petik bunga-bunga kebaikan yang mekar dan mengharum di sekeliling kita ni^^

Tuesday, June 21, 2011

bacalah

"I read the Quran everyday"-Tony Blair.


Tony Blair yang sama juga yang berbincang dengan Benjamin Netanyahu untuk menggagalkan deklarasi negara Palestin pada sidang umum PBB September nanti.Ya,dia seorang musuh Islam tapi dia baca Quran setiap hari.

Kita sebagai orang Islam bagaimana?Jika Blair cuba memahami Quran setiap hari, kenapa tidak kita? 

Monday, June 20, 2011

tarbiyyah

Apa itu tarbiyah?Tarbiyah berasal dari perkataan bahasa arab yang bermaksud pendidikan.Tarbiyah Islamiyah adalah proses mendidik dan membentuk manusia menjadi lebih baik,atau lebih tepat menjadi hamba Tuhan yang soleh.

Proses tarbiyah ini melalui penyampaian ilmu,tunjuk ajar dan bimbingan dengan kasih sayang dan kelembutan hati.Tarbiyah juga proses bertahap dan berterusan supaya kita semua dapat membentuk diri menjadi individu muslim yang sebenar-benarnya.

Wasilah bagi proses tarbiyah ini termasuklah halaqah dan majlis-majlis ilmu.Selain itu,doa dan perhatian daripada murobbi atau pendidik membantu proses tarbiyah dalam kehidupan seharian.

Betapa sayangnya insan-insan disekelilingku terhadap diri ini.Sentiasa mentarbiyah,menasihati dan mengajak aku kepada kebaikan.Namun sebenarnya sayang Allah jualah yang menghadirkan insan-insan ini dalam hidup.Bila Allah sudah melorongkan jalan-Nya,kenapa masih tak nak melaluinya?Tepuk dada tanya iman.

Friday, June 17, 2011

penjahat kecil

Dari Amir bin Saad dari bapanya (Saad bin Abi Waqas) r.a katanya:"Sesungguhnya Nabi s.a.w telah memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya ‘si penjahat kecil’".(HR Muslim)

Aku bukannya pernah vows not to harm any living creatures like White Queen tapi cicak susah sikit.Aku geli.Geli sampai tak boleh nak bunuh.Macam mana lah Kasyah boleh dapat idea letak cicak dalam coke?-.-"

Thursday, June 16, 2011

total lunar eclipse

"Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri,duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Tuhan kami,tidaklah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka." ~Surah Ali Imran:190-191~


A composite of the eclipse as seen from the east of Beirut, Lebanon
The eclipse was clearly visible in Islamabad, Pakistan
The moon in various stages of eclipse as seen from Mexico city


Say Subhanallah.

Monday, June 13, 2011

only hope

There's a song that's inside of my soul
It's the one that I've tried to write over and over again
I'm awake in the infinite cold
But you sing to me over and over and over again

So I lay my head back down
And I lift my hands
And pray to be only yours
I pray to be only yours
I know now you're my only hope

Sing to me the song of the stars
Of your galaxy dancing and laughing
And laughing again
When it feels like my dreams are so far
Sing to me of the plans that you have for me over again

So I lay my head back down
And I lift my hands and pray
To be only yours
I pray to be only yours
I know now you're my only hope

I give you my destiny
I'm giving you all of me
I want your symphony
Singing in all that I am
At the top of my lungs I'm giving it back

So I lay my head back down
And I lift my hands and pray
To be only yours
I pray to be only yours
I pray to be only yours
I know now you're my only hope

Only Hope by Mandy Moore

Tuesday, June 7, 2011

lelaki dan bola sepak

Abah aku cerita,kawan abah aku terdengar seorang budak lelaki belasan tahun berdoa usai solat asar di sebuah masjid tak lama dulu, "Ya Allah,berilah Kelantan kemenangan 3-1 ke atas Selangor."

Begitu sekali sayangnya dekat bola sepak sampai tak lupa dalam doa.

Perempuan pun minat bola sepak.
My brothers pun semua minat bola sepak.Hampir setiap hari 'berbincang' tentang Apek,Piya dan Mat Yo.Bukan itu sahaja,hobi mereka pun menyepak bola.Pantang ada masa terluang tanpa mengira tempat.Sampaikan 'chandelier' rumah kami bersepai pecah bulan lepas akibat hobi tersebut.-.-"

*Macam mana lah ummi aku nak sokong minat terhadap bola sepak?*

Sewaktu himpunan mahasiswa bersama Tok Guru hari tu pun,ada budak lelaki sarankan kerajaan negeri mensyaratkan pemain bola sepak menutup aurat dengan sempurna.Baguslah kalau boleh dilaksanakan.Taklah minat jadi bercampur dengan dosa.

Aku ingat semua lelaki memang suka ah bola sepak ni walaupun dia kaki bangku sekalipun.

Sampailah seorang budak lelaki bagitahu aku berkait bola sepak ini, "A man's meat is another man's poison." Hoho.Barulah aku sedar bukan semua lelaki atas dunia ini gila bola sebenarnya.Haha.Walaupun mungkin cuma lelaki itu seorang.

Sebenarnya aku cuma nak menyatakan tahniah di atas kemenangan The Red Warriors malam tadi.Dan semoga berjaya merangkul Piala FA.GKG^^

Sunday, June 5, 2011

ujian

Ujian hadir buat meneguhkan iman.

Aku lihat ada orang diuji dengan kelaparan.

Ada juga yang diuji dengan ketakutan.

Kesakitan.

Kesempitan.

Kesedihan.

Kehilangan.

Aku tertanya-tanya.

Mengapa aku tidak diuji?

Sedangkan keimanan aku masih rapuh.

Adakah Tuhan melupakan aku?

Sehinggalah aku tersedar.

Kenikmatan juga ujian.

Aku diuji dengan kesenangan.

Supaya aku lebih banyak bersyukur.

Mungkin saja kerana aku tak mampu bersabar.

Friday, June 3, 2011

da'ie

Da'ie bermaksud penyeru atau orang yang menyampaikan sesuatu.Secara istilah da'ie adalah orang yang menyebarkan dakwah iaitu mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Allah berfirman dalam Surah Ali Imran ayat 104 yang bermaksud, "Dan hendaklah sentiasa ada di antara kamu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) segala perkara yang baik,dan melarang dari segala yang salah (buruk dan keji).Dan mereka yang bersifat demikian adalah orang-orang yang berjaya."

Tanggungjawab menjadi da'ie bukanlah untuk ustaz dan ustazah sahaja.

Kerana akhirnya kita semua adalah da'ie.[Saifulislam]

Seorang da'ie itu memanfaatkan setiap kesempatan untuk berkongsi kebaikan dengan semua orang.Apalagi kita yang berblog dan menulis di alam maya ini,dengan ruang tanpa batasan untuk menyebarkan kebaikan.

Di alam ini mungkin ada berbilion hati manusia.Untuk menyentuh semuanya mungkin tak tercapai dengan hanya usaha seorang manusia.Tetapi jika dapat memaut satu atau dua hati , itu sudah cukup baik dan berharga.Ketahuilah bahawa hidayah itu milik ALLAH dan milik ALLAH sahaja.[Salam Perjuangan]

Nilai dakwah seorang da'ie adalah pada dirinya sendiri, yang mengamalkan segala tulisan dan kata-kata yang dikongsi bersama.Lalu perkongsian itu turut mengesani hati-hati lain.Dengan izin Allah.

Oleh sebab itu,aku,kamu dan kita semua perlu menjadi da'ie.Kongsikan kebaikan walau hanya dengan tulisan kita yang biasa-biasa tanpa mengharapkan pujian dan sanjungan.

Kerana dakwah bukan jalan glamour.[muharrikdaie]

Jadi, bagaimana dengan anda? Apa keputusan anda? Ingin menyertai gagasan blogger muslim, blogger islamik dan blogger acuan Islam yang sebenar.Keputusan di tangan anda.[BroHamzah]

Di tangan aku dan kau yang menulis.*walaupun tak sehebat penulis lain*

Wednesday, June 1, 2011

ketawa

I love people who make me laugh. I honestly think it's the thing I like most, to laugh.[Audrey Hepburn]

Aku pun suka ketawa orangnya.Kadang-kadang bagi orang lain tak kelakar pun,tapi aku rasa sebaliknya.Definisi kelakar setiap orang berbeza.


Kebelakangan ni aku rasa aku macam banyak sangat gelak.Tapi aku perasan yang aku tak berapa gembira walaupun aku banyak ketawa.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati.” (HR Ahmad dan at-Tirmizi)

Dan aku sedar inilah jawapannya.Jangan banyak sangat ketawa! 


Saidina Umar al-Khattab pernah berkata, seseorang yang banyak ketawa nescaya akan kurang rasa takutnya kepada Allah. Apabila rasa takutnya berkurangan, maka akan kuranglah taatnya kepada Allah.*terpukul*


Semestinya Islam tak menegah kita ketawa,tetapi Islam mengajar kita biar bersederhana.Ohhh Islam is the perfect way of life^^