Saturday, December 31, 2011

bukan tipah tertipu

"Bila nak buat baik jangan nak fikir banyak kali,terus je buat.Jangan bagi ruang syaitan masuk campur,nanti syaitan akan mempermain-mainkan kita.Last-last tak terbuat pun apa yang kita niatkan."Terngiang-ngiang isi tazkirah subuh tadi.

Balik je bilik,terus basuh baju.Tengok jam,pukul 8.30.Tergerak di hati nak solat Dhuha.Tapi macam awal lagi.Kul 10 pun boleh solat dhuha.(?)Buka laptop kejap.

Tidak berapa lama kemudian.

Pesan dekat kakak bilik sebelah belikan roti canai telur.-.-"Rasa mengantuk pulak.Baring kejap.Sambil baca nota Islam and Science.Takkan tertidur kot sebab kejap lagi nak amik baju dan jemur.Lepas tu nak solat dhuha.Lepas tu boleh makan roti canai.

Tidak berapa lama kemudian.

Jam menunjukkan pukul 12 tengahari.Tersedar dari lena panjang sepenuhnya.Bukan saja terlepas nak solat dhuha,roti canai buat lunch,baju pun ada yang tolong keluarkan dari perut mesin.=,="

Betul lah tak boleh nak fikir-fikir dulu,tangguh-tangguh dulu.Memang akan tertipu dengan syaitan.Terlintas je rasa nak buat baik terus je buat,jangan sampai melepas,diri sendiri yang rugi. :)

Friday, December 30, 2011

asiah

Di dalam Al-Quran,tercatat kisah Asiah yang berdoa kepada Allah,
"Dan Allah membuat perumpamaan bagi orang yang beriman, isteri Firaun, ketika dia berkata, "Ya Tuhanku,bangunkanlah untukku sebuah rumah disisi-Mu dalam syurga dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim,"~Surah At-Tahrim 66:11~

Dia lah Asiah isteri kepada Firaun.Firaun yang kita semua tahu akan kejahatannya,sehingga digelar sejahat-jahat manusia kerana mengaku dirinya sebagai tuhan.Tapi  Asiah sedikit pun tidak menjadikan kekufuran suami sebagai alasan untuk tidak menyembah Allah.Malah keimanan Asiah kepada Allah sangat tinggi.

Asiah tidak memandang pun kekayaan dan kekuasaan dunia yang dimilikinya.Dia lebih memilih rumah disisi Allah walaupun dirinya mempunyai istana di dunia.Kerana dia tahu istana di syurga Allah adalah lebih baik dan kekal abadi.

Asiah mengajar kita bahawa keimanan itu di dalam hati dan diri.Dia mengajar kita untuk terus berpegang teguh pada agama Allah walaupun keadaan sekeliling tak merestui.Walaupun suami sendiri tak mengimani!

Begitulah Asiah yang merupakan antara sebaik-baik wanita penghuni syurga sebagaimana diceritakan dalam hadis Rasulullah SAW, " Sebaik-baik wanita penghuni syurga adalah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah Binti Muhammad, Asiah Binti Muzahim dan Maryam Binti Imran" ( HR Ahmad )


Ini adikku Asiah.Sekarang dah besar pun.Jadikanlah Asiah perempuan solehah,ya Allah^^
Mungkin sekarang kita berada dalam keadaan yang baik,dikelilingi orang-orang baik tapi siapa tahu akan datang.Bila hidup dipenuhi pelbagai godaan duniawi,bagaimana mahu menyelamatkan iman kita?Tak selamanya akan ada orang yang nak mendorong kita berbuat kebaikan.

Kesempatan dikelilingi kebaikan inilah kita ambil untuk memperteguh lagi keimanan supaya tika sendirian pun kita tidak hanyut.Jika keadaan sekeliling tidak membantu sekalipun,ingatlah Allah ingin meningkatkan tahap keimanan kita.Jadikan Asiah sebagai sumber inspirasi,lagipun kita bukan bersuamikan Firaun!

Wednesday, December 28, 2011

putus cinta

Ketika bercinta semuanya terasa indah.Setiap pagi,petang,siang dan malam ada saja sms tanda si dia mengingati.Setiap kali bertemu ada saja hadiah tanda si dia menyayangi.Bahagia sungguh.Segala angan dipasang dari tema perkahwinan sehingga nama anak-anak nanti.Tiba-tiba hubungan terputus di tengah jalan.

Siapalah yang tak sedih?

Lalu dicari sahabat buat meluah rasa,berkongsi duka.Sungguh seorang sahabat akan cuba mendengarkan sepenuh empati.Tapi pedih di hati hanya empunya diri merasai.Tiada yang lebih mengerti melainkan Allah Yang Maha Mengetahui.

Inilah masanya untuk mengadu pada Allah.Kita lebih mengetahui di mana kedudukan Allah dalam hati kita selama bercinta sebelum ini.Mungkin Allah ingin kita mendekatiNya kembali.

Refleksi diri.Putus cinta bukan sebab untuk kita membenci bekas kekasih.Mungkin ada kesilapan kita dalam berhubungan yang boleh diperbaiki.Mungkin juga ia cara untuk kita lebih mengenali lelaki.Mungkin juga buat kita muhasabah balik selama ini kita sibuk bercinta sampai lupa mempersiapkan diri untuk menjadi isteri.Berangan je lebih,belajar dan membaca kurang.

Menghargai diri sendiri.Kadang-kadang orang bercinta asyik nak fikirkan kekasih.Sudahlah sms setiap masa,pantang weekend nak dating,bila nak spend masa untuk diri sendiri pun tak tau.Sebab asyik bercinta sehingga tak kenal diri sendiri.Sekarang dah putus,bolehlah buat perkara-perkara yang disukai,yang bermanfaat,yang buat hidup ni bermakna selain nak bercinta je.

Menghargai orang lain.Ada orang bercinta sampai melupakan mak ayah.Kekasih boleh setiap hari call,tapi mak ayah jarang-jarang nak tanya khabar.Sepatutnya sebelum kahwin inilah kita nak berbakti sebanyak-banyaknya kepada mak ayah.Sekarang lah nak tunjukkan betapa kita mencintai mereka,nanti bila dah kahwin barulah utamakan suami.Samalah hubungan dengan kawan-kawan.Masa single ni lah kita nak menghargai mereka.Bila sudah berkeluarga susah untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan lagi.

Putus cinta sebenarnya mengajar kita lebih memahami erti cinta.Belajar mencintai orang disekeliling kita.Belajar mencintai diri sendiri.Belajar mencintai Allah.Itulah sebenar-benar cinta.Tak perlu lagi bersedih.

Untuk melengkapi sebahagian lagi hidup kita,Allah akan mendatangkan pendamping yang ikhlas mencintai kita bila tepat masanya.Gantungkan harapan itu pada Allah.Sekarang hiduplah dengan bahagia jangan nak sedih-sedih.Aku mendoakan kebahagiaanmu sahabatku.Semoga cinta Allah cukup membahagiakan hati kita :)

Sunday, December 25, 2011

membidadarikan diri

Sekarang ni aku sedang membaca buku Agar Bidadari Cemburu Padamu,karya penulis puitis dan best dari seberang, Salim A.Fillah.Buku yang sangat menginspirasi aku rasa.Membidadarikan diri adalah antara topik dalam Bab 3 buku ni, Bidadari dan Kita; Mahakarya!

Sebut je bidadari kita terbayang wanita yang cantik jelita,suci dan tidak berdosa.Allah menceritakan tentang bidadari di dalam Quran,
Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik dan jelita.~Surah Ar-Rahman 55:70~

Banyak lagi ayat yang mengkisahkan bidadari dan keistimewaan mereka di dalam Al-Quran.Paling memikat hati kita,bidadari adalah penghuni syurga.Itulah yang kita inginkan juga, menjadi penghuni syurga Allah.


Bak kata penulis,buku ini untuk wanita yang ingin menghadirkan atmosfera syurga dalam setiap hirup nafasnya.Kita nak masuk syurga, perlulah belajar dan beramal selayaknya ahli syurga.

Ramai yang bising-bising nak kita jaga solat,jaga aurat,jaga maruah diri semua tu sebab mereka nak kita masuk syurga.Sekurang-kurangnya pun teguran dan nasihat mereka boleh menjadi saham mereka ke syurga.Kita pun tak nak ke jadi wanita solehah,dan masuk syurga?

Syurga,tak cukup menggiurkan kah untuk kita memasukinya?

Suatu ketika,Ummu Salamah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW,"Ya Rasulullah,manakah yang lebih utama,wanita dunia ataukah bidadari?Baginda SAW menjawab,"Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari kerana solat mereka,puasa dan ibadah mereka kepada Allah.(HR At-Thabrani)

Friday, December 23, 2011

LILLAH

Selasa lepas aku berkesempatan pergi dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus dekat masjid Kuantan.Ada satu soalan ni bertanyakan bila kita buat sesuatu lagi baik diniatkan kerana Allah atau niat kita nak dapat pahala.

Dan Ustaz Azhar cakap bila kita buat kebaikan sebab nak pahala,sebab nak masuk syurga dan sebab tak nak masuk neraka itu adalah niat yang baik.Tapi paling baik kita niatkan kerana Allah.Buat sesuatu perkara kerana Allah.

Kadang-kadang orang cakap,kita berubah lah jadi baik supaya nanti kita dapat suami yang baik juga.Kita berusaha jadi muslimah yang solehah dan bakal suami kita pun tengah mencuba sehabis baik jugak.Itu satu motivasi yang baik tapi laagi baik sebenarnya bila kita nak berubah,nak jadi hamba Allah yang solehah adalah kerana Allah.

Sebab kita terlalu dimotivasikan dengan suami soleh bukan dengan cinta Allah.Soal bersuamikan orang baik,semua orang pun nak.Mungkin itu sebab yang menarik hati ramai pada awalnya tapi semakin kita mengenal Allah,kita betulkan niat hijrah dan mujahadah kita kepada kebaikan adalah kerana Allah.

Lagi manis dan indah bila kita bermujahadah semata-mata kerana Allah dan kelak Dia menghadiahkan suami yang baik buat kita,insyaAllah.

Jodoh dan cinta manusia adalah urusan Allah dan mencintai Dia urusan kita. :)

Wednesday, December 21, 2011

Monday, December 19, 2011

couple yang tak ok

Ramai yang berbangga dengan dosa yang dilakukan agaknya.Tanpa segan silu bergambar berpegangan tangan, berlaga pipi dan berpeluk mesra dengan kekasih lalu dipamer di laman sosial.Nak satu dunia tahu,itulah bukti kasihnya.Tak takut pun ramai gila saksi (orang yang tengok gambar-gambar yang diupload) kepada dosa tersebut.-.-"

Betul lah sudah hilang rasa malunya pada orang lain.Lagipun bersentuhan dengan kekasih yang belum dikahwini menunjukkan betapa tak malunya kita pada Allah.Bila dengan Allah pun tak malu,dengan sesama manusia apatah lagi.Paling tak boleh blah salam cium-cium tangan bajet pakwe tu suami,konon suci lah perbuatan tu.

Boleh pulak berharap hubungan yang dibina dan kasih yang tercipta sambil pegang-pegang ni kekal selamanya?Harapan itu disandarkan pada siapa?Bukankah Allah tempat kita meminta?

Tak malu ke minta dengan Allah keberkatan di samping kita terang-terangan melanggar perintahNya?

SEDARKAN DIRI!Jangan bergelumang dengan maksiat.Lagipun berpegang tangan,bersentuh-sentuhan inilah permulaan kepada zina.Sayang tak perlu ditunjukkan begini.

Allah berpesan jangan mendekati zina dalam Surah Al-Isra' ayat 32.
Dan janganlah kamu menghampiri zina; (zina) itu sungguh satu perbuatan yang keji, dan suatu jalan yang buruk.

Kita elakkan lah daripada buat perkara-perkara maksiat ini.Mungkin sebab ramai orang buat begini,kita pun nak mengikut juga.Tapi bersentuhan dengan lelaki ini berdosa dalam Islam.Tak payahlah buat.Sebab tu Nabi Muhammad SAW larang kita berdua-duaan dengan lelaki atau dating sebab syaitan akan senang menggoda kita.Tapi dating juga.Couple mesti nak dating.Sebab tu orang tak bagi couple.Tapi couple juga.

Pandai-pandailah mencari redha Allah dalam hidup ini.

Sunday, December 18, 2011

tudung dan fesyen

Sekarang ni banyak sungguh jenis tudung dan senang nak dapat.Classmate aku pun ada menjual pashmina secara kecil-kecilan.Dah lah murah,cantik pulak.-.-"

Aku ada membaca komen dan pandangan-pandangan mengenai fesyen tudung yang pelbagai sekarang ni.Ada yang mengutuk dan cakap perempuan ni menyusahkan diri sendiri lah.(Sebab nak kena lilit-lilit, pakai berlapis-lapis,letak pin banyak-banyak)Tapi, suka hati si pemakai lah kan.Susahkan diri dia.Kalau menyusahkan lah.
Bersederhana juga salah satu cara^^
Ada juga yang sampai judge niat sebenar orang pakai tudung dengan gaya sekarang ni.Katanya sebab nak menunjuk-nunjuk semata.Tapi kita sesama manusia tak layak pun untuk menilai niat orang lain.

Tapi perlu untuk menilai diri sendiri.Kita kena jelas dengan sebab kita bertudung.Bertudung kerana Allah.Allah yang suruh.Ini perintah agama.Kita nak jadi hamba yang baik dan patuh sebab tu kita bertudung.

Bukan sebab sekarang ni trend pakai tudung berfesyen.Bukan kita sekadar bertudung ikut-ikutan.Bukan sebab kita nak nampak cantik semata-mata.Sebab stail tudung sekarang kononnya cantik.Padahal banyak je aku tengok orang pakai tudung fesyen sekarang nampak buruk.I mean tak cantik,tak sesuai,macam pelik sangat,tak sanggup nak tengok.-.-"

Tapi still boleh je nak berfesyen dalam memakai tudung.Kata sesetengah orang tu,lagi baik dari freehair.Lagi baik dari segi bertudung atau tak.Bukan siapa lebih baik daripada siapa.Tapi penuhilah suruhan Allah supaya bertudung sesempurna mungkin.

Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya(daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka(aurat)..~Surah An-Nur 24:31~

Covering the chest is the best!

Friday, December 16, 2011

cinta konon!

Hang tau x
Aku tangkap bom untuk hang
Aku kerat tangan potong potong potong semua ni untuk hang
Aku terjun atas landasan keretapi
Keretapi lenyek aku
Aku buat semua tu semata-mata untuk hang
-Grenade versi Matluthfi,rant on lagu cinta-

Aku ingat lagu-lagu cinta sekadar lagu je.Sekadar buat halwa telinga.Tak sangka pulak aku orang boleh betul-betul depressed macam lirik lagu.Aku rasa lagu macam tu salah jugak dalam hal ni.Tapi orang yang bercinta,putus cinta,kena dump,cinta tiga segi,gila cintakan orang lain lagi bersalah.Bersalah dengan diri sendiri.

Kenapa nak memenjarakan diri dalam rasa yang menipu?Kenapa nak menjadi hamba kepada perasaan?

Aku cakap ni sebab aku sayang, terutamanya adik-adik yang masih dekat sekolah.SPM pun tak lepas lagi sibuk nak bercinta,lepas tu patah hati.Sedih,menangis berhari-hari tapi seminggu lepas tu bercinta dengan orang lain pulak.Cakap pulak sayang gila dekat kekasih hati baru.Macam mana aku nak percaya macam tu boleh kata sayang dan cinta?

Ada jugak yang putus cinta tapi tak boleh terima.Salahkan orang ketiga lah,diri sendiri lah.Bertahun-tahun pun still nak minta baik balik.Kalau orang tak ingin dengan kita tak payah nak terhegeh-hegeh sangatlah.Tak tahu malu ke?

Yang aku geramkan sangat,bukan perempuan je yang jiwang karat ni tapi lelaki pun sama.(Besi atau logam yang berkarat bersifat rapuh, mudah larut, serta bersifat racun. Hal ini tentu berbahaya dan merugikan.Kalau jiwa berkarat?)Rugi modal insan untuk ISLAM!

Sudah semestinya bukan semua lelaki dan perempuan.Karang kalau aku lepaskan rasa menyampah aku,ada je yang sentap.Aku bertambah kesal sebab bukan budak-budak sekolah je sebenarnya macam ni,tapi yang dah layak jadi mak bapak pun sama.Tolonglah semua orang,sedarkan diri daripada rasa 'cinta' yang ntahapehapentah tu.

Macam mana cinta  ntahapehapentah?

Rasa cinta yang tak didasari cinta pada Allah.Tak mengenal Pencipta rasa cinta pun tapi nak mengaku cinta sejati dan tulus(?)Tak fikir pun macam mana nak masuk syurga,nak beramal amalan ahli syurga tapi cakap dekat kekasih nak tunggu di pintu syurga(?)

Kenali Allah,kenali diri sendiri,lepas tu sendiri mau rasa ada ke lagi sayang cinta dekat orang yang tak halal untuk kita tu.Bila kita menjaga hubungan dengan Allah,insyaAllah Dia akan memelihara hati kita daripada perasaan yang sia-sia.

Wednesday, December 7, 2011

love yourself

Banyakkan berdoa, banyakkan berbicara yang positif, banyakkan memberi motivasi.

Bukan untuk sesiapa, lebih kepada diri sendiri.(Ustaz Hasrizal)



Perbuatan-perbuatan baik itu menghapus kesalahan-kesalahan.~Surah Hud 11: 114~

Kita sedar sering berdosa,
Kenapa masih tak nak buat baik banyak-banyak?

Monday, December 5, 2011

bayu dari syurga

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud,

"Bau kanak-kanak itu adalah daripada bau syurga" (HR Al-Tabrani)


Mood : Nak peluk cium baby ♥ ♥ 

Saturday, December 3, 2011

the scientist

Dia sangat sibuk dalam dunianya.Bukan sekadar sibuk dengan kelas dan lablablab tapi juga kerja-kerja dakwah.Bukan aku seorang yang perasan perkara itu.Lalu dia menjadi bualan ramai.

Baik.Bijak.Berkarisma.Sedap mata memandang.*Nampak sangat tidak menjaga pandangan.GRRR*

Aku pun mengiyakan dalam hati.Sebab mereka tak tahu berapa banyak rama-rama dalam perut aku bila bertemu dia.Tapi aku tetap berharap selalu bertemu.Bertemu dalam definisi aku.Tidak perlu bertemu mata.Sekadar aku menemukan dia dari kejauhan pandangan.

Aku meneliti rasa ini.Sebab apa ya?Sebab segala kebaikan dan kelebihan dia yang semakin terserlah?Sebab ramai yang memuji?Sebab aku belum kahwin lagi?Atau sebab aku tak menjaga hubungan dengan Tuhan?Jadi aku mengisi kekosongan rasa dengan dia?

Tahu ke?Macam tak je. -.-"

Aku memang tak cuba menipu tentang rasa sendiri.Aku juga tak ingin menipu diri sendiri yang kononya dia juga merasa perkara sama.Aku cuma mahu jelas dengan diri sendiri.Or this thingy doesn't work like that?

Apalah kekuatan aku tanpa Tuhan.Kepada-Nya jua aku bercerita dan meminta.Kerana cuma Dia yang paling memahami dan paling tahu yang terbaik.

Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya,sungguh beruntung orang yang menyucikannya(jiwa itu),dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.~Surah Al-Lail 92:8-10~

p/s: Doakan aku.Supaya kuat menjaga mata dan hati!

Wednesday, November 30, 2011

dua patah terima kasih

Buat lah apa-apa pun,kita diajar untuk ikhlas.Dalam kehidupan seharian berhubungan sesama manusia dan dalam beribadat pada Tuhan, ikhlaskan walaupun terasa malas, penat, dan menyusahkan.

"Katakanlah; Sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah,Tuhan sekalian alam,"~Surah Al-An'am 6:162~

Ikhlaskan juga daripada keinginan mendapat penghargaan.

Act with kindness, but do not expect gratitude. -Confucius-

Hidup dengan mengharap penghargaan orang,hati tak akan tenang malah boleh jadi sakit.Terlalu sedikit manusia yang bersyukur pada Allah,apalagi yang menghargai sesama manusia.

Segala kebaikan,yang kita buat dan yang datang pada kita adalah kehendak Allah.Biar reti sikit untuk bersyukur.Bersyukur dengan Allah,berbuat mengikut perintahNya.Bersyukur dengan manusia,ucapkan terima kasih.


Gratitude helps you to grow and expand; gratitude brings joy and laughter into your life and into the lives of all those around you.”-Eileen Caddy-

Nak bahagiakan hidup dan hati sendiri,jangan mengharap terima kasih dan bahagiakanlah orang lain dengan berterima kasih!

Bila orang lain bahagia,bertambah-tambahlah kebahagiaan kita,InsyaAllah.

Thursday, November 24, 2011

palestina = palestin

Tears of Palestinians' night di UIA,salah satu program sempena minggu Quran and Palestine.Malam tu juga final bola sepak Sukan Sea.

"Malam ni boleh tengok sape lagi sayang bola dari Palestin", kata seseorang.Tapi aku tahu benar tak semestinya yang pilih untuk tengok bola tak sayang dekat Palestin.

Cuma aku kesian dengan sesetengah penyokong bola sepak.Tak matang dan kurang cerdik untuk mengugut bunuh pihak yang menang mahupun mem"boo" yang tak menang.

Sedangkan kebanyakannya muslim.Patutnya lagi faham keutamaan menghubungkan silaturahim.Apalagi nak diharap untuk bersatu membebaskan Palestin.Mungkin ramai yang tak jelas atau tidak tahu.Sebab itu yang tahu kena kasi tahu orang lain.

Isu Palestin sebenarnya dah jadi isu kemanusiaan.Semua orang yang berperikemanusiaan di seluruh dunia cuba membantu menyelamatkan Palestin dari terus menderita walaupun mereka bukan muslim pun.Kita yang muslim ni sepatutnya lebih-lebih lagi sebab mereka di Palestin adalah saudara kita.

"Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara..."~Surah Al-Hujurat,49:10~

Ada tak kita ambil tahu keadaan saudara kita selama ni?Dekat Youtube ada banyak video-video realiti di Palestin untuk kita cuba selami penindasan Yahudi Zionis pada saudara-saudara kita.Yang pasti kita tak dapat tengok dekat tv keadaan sebenar yang berlaku, sebab diklasifikasikan sebagai ngeri sedangkan itulah bukti kekejaman Yahudi Zionis.

Peranan kita.

BOIKOT.Memboikot produk-produk yang menyokong zionisme seperti NESTLE, COCA-COLA, MCDONALD'S dan LOREAL.Perkara yang ramai orang pandang remeh.Kalaulah kita sedar yang duit kita sebenarnya turut menyumbang kepada keganasan zionis,kita tak akan sampai hati untuk membeli produk mereka.

INFAQ.Menyumbangkan wang kita untuk membantu rakyat Palestin.Kita ini dahlah ibadat dan amal kebaikan kurang, takkanlah peluang membantu jihad saudara kita di Palestin ini kita tak nak.

Banyak alasan yang kedengaran.Ada juga yang cuba menjadi sinis dengan memperlekehkan usaha boikot dan misi menghantar bantuan.Cuma aku harap kalian yang begitu jangan pernah lupa untuk BERDOA.Semoga dengan tulusnya doa,Allah akan lembutkan hati.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayang, ramah mesra dan hubungan baik mereka adalah seperti satu jasad, apabila satu anggota padanya sakit akan menyebabkan semua anggota berjaga malam menahan sakit."(HR Muslim)

Friday, November 11, 2011

11/11/11

Growing old is mandatory,huh?

Kepada 19,178,081 orang yang menyambut ulangtahun kelahiran hari ini, selamat hari lahir.
Fakta : Kita berkongsi birthday dengan lebih 19 juta manusia lain di seluruh dunia.


Semakin banyak nombor,
Semakin pendek umur.

Semakin bertambah hari,
Semakin menuju mati.

20 years and my life is still
Trying to get up that great big hill of hope
For a destination~

Saturday, October 29, 2011

Friday, October 28, 2011

hijrah menuju Allah

:)
Hari tu,Catriona Ross datang UIA.Catriona berkongsi kisah U-turn beliau yang sangat-sangat-sangat menyentuh perasaan dan memotivasi aku rasa.Perasan kan sekarang macam gelombang penghijrahan artis-artis di Malaysia ni yang buat kita semua pun tumpang bersyukur dan gembira.

Tapi still ada suara-suara sumbang yang bercakap mengenai hijrah artis ni yang kita tak suka nak dengar.Pedulikan kata orang.Kita bukan nak puaskan hati mereka pun.Kita mencari redha Allah.

Bulat nian tekadmu
Dalam hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
Tempuh jalan yang diredhai

Hijrahmu menuju Allah
Ia sunnah para nabi
Para salihin dan muttaqin
Kembara hati menuju Ilahi

Andai rasa diri lemah
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tanpa mampu
Mohonlah pada Tuhanmu

Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya hasanah

-Hijrah Menuju Allah
-Devotees

Kamu bila lagi?

Thursday, October 27, 2011

my tumblr

Tumblr is a blogging platform that allows users to post text, images, videos, links, quotes and audio to their tumblelog, a short-form blog.



"If it's too big to tweet and too short for a substantial blog post, I'll post it to my Tumblr blog."

Just,nak promote my Tumblr.Feel free to drop by.^^

Wednesday, October 26, 2011

sang perhiasan

Wanita...hiasan dunia...

Gambar Hiasan

Seindah hiasan adalah wanita solehah...

Siapa lah yang tak nak jadi wanita solehah kan.


wanita solehah itu tak suka mengenali dan dikenali,
tak suka memandang dan dipandang,
serta dibibirnya tak meniti nama-nama lelaki,
dan di bibir-bibir lelaki tak meniti namanya
-Saidatina Fatimah.-(found this on tumblr,tak pasti sumber yang sahih ke tak,but somehow boleh buat muhasabah diri sendiri)

Tapi berapa ramai yang boleh bertahan dengan keinginan untuk dipuja puji.
Berapa ramai yang menolak untuk berbangga dengan kecantikan diri.
Dan tanpa sedar menjadi fitnah bagi lelaki.

Biarlah tak femes di kalangan penduduk bumi.
Asal penduduk langit mendoakan keampunan buat kami.

Monday, October 24, 2011

student...


Every New Semester:
After First Week:
After Second Week:
Before the Mid-Term Test:
During the Mid-Term Test:
After the Mid-Term Test:
Before the Final Exams:
Once Get to Know the Final Exam Schedule:
7 Days Before the Final Exam:
6 Days Before the Final Exam:
5 Days Before the Final Exam: image
4 Days Before the Final Exam: image
3 Days Before the Final Exam: image
2 Days Before the Final Exam: image
1 Day Before the Final Exam: image
The Night Before the Final Exam: image
1 Hour Before the Final Exam: image
During the Final Exam: image
Once Walk Out From the Examination Hall: image
After the Final Exam, During the Holiday: image

Sila insaf!Huhuu.

Sunday, October 23, 2011

actions>words


Well done is better than well said.

Friday, October 21, 2011

jom HIMPUN


Apa yang kita mahu capai dalam Himpunan Sejuta Umat ini ?


  • Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.
     
  • Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.
     
  • Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.
     
  • Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.
     
  • Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.
     
  • Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.
Jom HIMPUN!

Thursday, October 20, 2011

denial syndrome?

Orang selalu cakap jatuh cinta itu fitrah.Aku percaya.Cuma aku belum sedia.Dan rasa itu sangat menyesakkan dada.


Ini satu artikel yang sangat menarik kena batang hidung sendiri mengenai panduan ketika jatuh cinta.Credits to beliau dan blog yang sangat bermanfaat. :)

Tuesday, October 18, 2011

backbiting

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari prasangka (kecurigaan), sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu dosa. Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah mengumpat antara satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. ~Surah Al-Hujurat:12~




Sunday, October 16, 2011

he's smiling and i'm melting

Islam menuntut kita supaya selalu senyum dan maniskan wajah kita di hadapan orang lain.Itulah yang kita semua cuba amalkan.Supaya mudah-mudahan kita dapat berkasih sayang sesama muslim bermula dengan sebuah senyuman.

Let us always meet each other with smile, for the smile is the beginning of love.-Mother Teresa-

Tapi macam mana pulak dengan senyum pada berlainan jantina?Perempuan senyum pada lelaki dan sebaliknya?

Mari kita tanya diri sendiri,apa perasaan kita bila orang lelaki senyum pada kita?Dan lelaki tu orang yang kita suka pulak?Ada tak lepas tu rasa macam terbayang-bayang senyuman dia dan terbuai dalam angan-angan kosong mengenai dia?Mula lah nak syok sendiri dan perasan macam-macam.


Itulah fitnah senyuman.

Senyum pun boleh jadi fitnah bila tak kena pada tempatnya.

Sama lah juga bila kita senyum pada lelaki.Mungkin senyuman kita itu menjadi fitnah yang mengganggu iman lelaki pula.

Jarir bin ‘Athiyyah al-Khathafi bersenandung:
Sesungguhnya indahnya mata-mata hitam wanita jelita
Telah membunuh kita dan tiada lagi menghidupkannya
Mereka pun taklukkan si cerdas hingga tiada berdaya
Sedang mereka manusia paling lemah dari ciptaan-Nya

Dan kita sepatutnya tak nak perkara itu terjadi.BUKAN malahan gembira menjadi pencair hati lelaki!

Tapi tak bermaksud kita perlu masam dengan muncung panjang dan buat muka tak puas hati dekat lelaki.Sekadar berpada-pada lah bila sesekali perlu berurusan.Tidak perlu menghadiahkan senyuman cantik manis kita buat mereka dan tidak juga bermasam muka.

Duhai muslimah,jagalah hati,diri dan agama kita.Dalam masa yang sama,kita menjaga diri kita dari menjadi fitnah kepada lelaki.Sebab itulah kunci utamanya,sila tundukkan pandangan.Senang dan praktikal,tak perlu tengok senyuman lelaki dan tak payah nak senyum dekat mereka.

Wednesday, October 12, 2011

Tuesday, October 11, 2011

assalamualaikum^^

Sepanjang minggu ini,tugasan usrah adalah supaya kami menyapa setiap orang dengan senyuman dan salam.Tak kisahlah berjumpa dekat cafe ke,mahallah ke,dekat kuliah ke dekat kiosk ke.

Bukan dalam kawasan UIA je,kalau keluar pergi East Coast Mall ke,Kuantan Parade atau Teluk Cempedak sekalipun kena bagi setiap muslim satu senyuman dan doa (Kepada perempuan sahaja tentunya).Salam sejahtera ke atas kamu :) Sebagai latihan supaya dapat berterusan menjadi amalan.


Rasulullah menyatakan dalam hadisnya yang bermaksud, “Seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah perkara yang terbaik di dalam Islam?” Beliau menjawab: “Memberi makanan dan memberi salam kepada orang yang kau kenal atau tidak kau kenal”(HR Bukhari dan Muslim)


Jangan kamu perkecilkan sesuatu yang ma’ruf walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang ceria” (HR al-Hakim)

Sunday, October 9, 2011

banyak cakap banyak salah

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu berkata yang baik-baik atau diam sahaja. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia itu memuliakan jirannya. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu memuliakan tetamunya” (HR Bukhari dan Muslim)

Fenomena kini.Semua benda nak cerita.
Jauhi berkata hal yang sia-sia,mempromosi dosa dan mengundang perbalahan.

“Learn to be quiet just as you learn to talk, because if talking guides you, being quiet protects you. By being quiet, you attain two characteristics: you are able to take knowledge from those more knowledgeable than you, and you are able to repel the ignorance of those more ignorant than you.”-Abu adh-Dhiyal-

Friday, October 7, 2011

kabar iman


Iman yaziid wa yanqus.Begitulah iman itu,bertambah dan berkurang,mengalami naik turun.Iman akan naik dan menguat dengan amal kita dan turun disebabkan maksiat yang dilakukan.

Renung renungkan dan selamat beramal^^

Thursday, October 6, 2011

no namja


p/s: Namja perkataan korea yang bermaksud lelaki.semua orang pun tahu lah -.-"

Monday, October 3, 2011

cerita kedai kopi

Bukan bercerita tentang dia atau dia.
Ini realiti kita!


5 Realiti Umat Islam Zaman Sekarang :

1.Hiburan yang sia-sia
2.Mangsa Fesyen
3.Zina berleluasa
4.Ramai pemuda Islam yang 'lemah'
5.Tak peduli realiti 1,2,3 dan 4!

Credit to : purpletiger9090

Sunday, October 2, 2011

sudah dua oktober

3 daripada 6 remaja terbabit seks bebas



PUTRAJAYA: Setiap tiga daripada enam remaja berumur antara 15 hingga 28 tahun di negara ini, kebanyakannya lulusan universiti didapati melakukan hubungan seks luar nikah bersama pasangan masing-masing kerana didorong perasaan ingin mencuba akibat menonton video lucah, sekali gus dikhuatiri menyumbang kepada kes pembuangan bayi.-Berita Harian Online,2011/10/01.

Bukan sebarang cerita kontroversi.Tapi realiti kini.


Sangat frust sebab kena Dapatkan naskhah Berita Harian hari ini untuk berita lanjut.

Jelaslah aku terlepas nak tahu dengan lebih lanjut.

Tapi statistik itu cukup untuk aku tahu banyak yang perlu dilakukan.Berubah dan Mengubah!

Friday, September 30, 2011

kosong



Ibn al-Qayyim said : "In the heart there is an emptiness that cannot be filled except with the love for Allah and by turning to Him and always remembering Him.And if a person were given all of the world and what is in it, it would not fill this emptiness."

Saturday, September 24, 2011

muda sebelum tua

Syabaabaka qabla haramika.

Benarlah nikmat itu tak pandai untuk kita syukuri selagi kita tak kehilangannya.Sebab itu lah titip nasihat mereka yang lebih berusia agar memanfaatkan masa muda jangan dibiar masuk telinga kiri keluar telinga kanan takpun sebaliknya.


Nak manfaatkan macam mana?Kan dah pergi belajar dekat sekolah,pergi dengar lecture dekat kuliah,lepas tu musim exam study bagai nak rak,dah habis bermanfaat dah.Derr.


Memang sudah bermanfaat,tapi sebenarnya banyak lagi yang tersisa sia-sia.Akibat terlalu memanjakan diri sendiri dengan pergi shopping lah,pergi pantai lah takpun mengadap depan laptop tengok running man berjam-jam.Tak salah untuk reward diri sendiri sesekali bukan berkali-kali!


Kita yang masih banyak waktu terluang,punya pula kekuatan minda dan fizikal kenapa tak digunakan buat menambah ilmu-ilmu agama dan membantu menegakkan agama Islam.Bila diselak sirah sahabat-sahabat Nabi SAW terasa malu sendiri,betapa besarnya sumbangan pemuda-pemuda Islam generasi itu terhadap agama.


Mereka yang mengabdikan diri buat agama Allah inilah dipilih Allah buat membantu menyelamatkan umat dan Islam sendiri.Kita tak nak ke?Kalau kita tak nak,tak payah risau,Allah akan sediakan tenteraNya yang lain,yang lebih baik dari kita.Islam tak rugi,kitalah yang rugi.


Beringatlah dengan keluhan pakcik makcik bila umur sudah meningkat nanti banyak yang terbatas.Nak pergi majlis-majlis ilmu dikekang sibuk dan penat dengan urusan rumahtangga dan kerja.Apalagi nak mencuri masa membaca buku-buku agama sendiri,nak dengar pun tak sempat.


Boleh pulak ada yang claim,"muda-muda ni kita enjoy dulu bila dah tua nanti taubat dan beramallah banyak-banyak".Banyaklah kau punya amal bila dah tua,nak baca Quran mata tak nampak,nak dengar ceramah,telinga dah sound trouble,solat pun sambil duduk sebab sakit lutut!


Risau juga tua nanti pun tak reti-reti nak taubat.Yelah selama hari ini belum pernah minta ampun pada Tuhan.Err siapa jamin peruntukan usia kita sampai tua ni?Aduhh.


We are the youth
Let us Bring Islam Back
We did it in the past
So let us do it again!

-Muslim For Life by SOA

Tuesday, September 20, 2011

everlasting journey

Hanya di Syurga.
Kehidupan sementara.

Perjalanan hidup.
Blog ini dah macam tumblr pulak.Tak kisahlah medium apa sekalipun,teruskan berkongsi dengan semua orang.Sharing is caring<3