Tuesday, December 31, 2013

Selamat tinggal

Beberapa minit lagi, tahun akan berganti dan umur bertambah lagi.Tapi blog makin berkurang isi, boleh kot muhasabah diri.Bukankah ia juga bekal di sana nanti?

“Apabila seorang manusia meninggal maka putuslah amalnya, kecuali tiga hal: 

Sedekah jariyah atau ilmu yang bermanfaat sesudahnya atau anak yang soleh yang mendoakannya”. 

(HR Muslim)

Al-Fatihah buat vokalis Edcoustic yang meninggal dunia semalam.Subhanallah betapa begitu ramai hati-hati yang kembali mencari Tuhan melalui lagu-lagunya.

Dan kita?Apa persiapan kita? T_______T

Moga saja tahun yang baru, menjadikan kita hamba Tuhan dan khalifah yang lebih memaknai erti amanah ini!


Tuesday, December 17, 2013

It's okay not to be okay

Bismillahirahmanirahim.

Minggu lepas kuiz subjek 'killer' semester ini, Advanced Analysis.Dahla subjek memang abstract habis, sekali kuiz tu dalam bentuk objektif, multiple choice question A,B,C,D,E pilih kau nak yang mana haha.

Dr Farrukh bagi soalan macam ni?Forever in your dream.

"I won't even look at your workout at the back" -Dr Farrukh Mukhamedov

Grr kalau tertukar,tersalah,termiss mana-mana step ke salah tanda, sia-sia je.Lima soalan untuk seratus markah.And that quiz carry 10% marks for this subject.

Memutus asa terhadap manusia adalah kemerdekaan; menyambung harap kepada Allah adalah kehidupan.-Salim A. Fillah

Ada dua set soalan, Variant 1 dan Variant 2.

Semalam dapat keputusan kuiz dan nama aku kena panggil first, cool.

She looked up to the sky, worn and defeated. The sky looked back and said, “I know you’ve tried.”-Yasmin Mogahed

Well, I almost burst out crying in the class tengok markah haha.Such a crybaby.

Seorang budak lelaki buka cerita, dia dapat soalan Variant 1 lepas tu dia tiru seorang yang lain yang dia tak tahu jawab Variant 2.Sebijik-sebijik dia tiru dan guess what, dia dapat perfect score 100 haha.Rejeki kata orang Indonesia.

Exam bukan segala-galanya.I acknowledged that.Still, it just *Allah knows*.Ya Allah permudahkanlah untuk aku, untuk Kak Ngah, untuk Farah, kawan-kawan kelas,budak-budak uia, U lain pun, dalam peperiksaan akhir semester ini ya Allah.Usaha usaha usaha,doa dan doa dan serah pada Dia :')

Monday, November 11, 2013

I am blessed

Alhamdulillah thummalhamdulillah. Sudah 22 tahun Allah hadiahkan kehidupan ini kepada aku.

Hari ini aku pejamkan mata dan menyatakan syukurku yang tak terhingga di atas segala-galanya.

Untuk mereka-mereka yang membahagiakan.

Untuk luka dan duka yang mematangkan.

Untuk tarbiyah yang menyedarkan.

Begitu aku bukanlah sesiapa tanpa Tuhan ku.Sesungguhnya rahmat dan nikmat terindah adalah Allah sebagai Tuhan. :')

Moga bahagia dunia akhirat.Buat semua.


Monday, October 7, 2013

So close yet so far

Ketahuilah bila kita terasa jauh dari Allah,
kita lah yang sebenarnya menjauh.

Allah tetap ada,cinta dan setia.

Kita yang tidak berdoa, tidak bertahajud dan tidak merindu Dia.

Bila hati merasa berjauhan dengan Allah, itulah masanya untuk kembali pada-Nya.

Sebelum semakin bertambah dosa, lalu hati menjadi keras, sehingga bertambah jauh dan hanyut, tiada lagi peringatan Allah pada kita. Nauzubillah.


 
 وَنَحۡنُ أَقۡرَبُ إِلَيۡهِ مِنۡ حَبۡلِ ٱلۡوَرِيد

Beberapa hari ni asyik terngiang-ngiang je ayat Surah Qaf ni dan tadi tengok Farah pun update ayat ni,memang Allah sangat-sangat-sangat lah dekat :')

Monday, July 29, 2013

hari-hari terakhir

Kalau betul sayang dan cinta takkan gembira tatkala berpisah.

Hairan betul, orang dah nak pergi tapi kita rasa happy.

Malah meriah bersiap nak menyambut orang baru.

Tak ke kecil hati orang tu, belum pun tiada seakan sudah dilupakan.

Ah bukannya orang pun.Bukan ada perasaan.

(Walaupun berkat,rahmat dan keampunan yang disediakan dalam bulan tu yang semua orang nak sangat.Sebenar-benarnyalah.)

وْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي هَذَا الشَّهْرِ مِنَ الْخَيْرَاْتِ لَتَمَنَّوْا أَنْ يَكُوْنَ رَمَضَاْنُ اَلسَّنَةَ كُلَّهَا

“Sekiranya manusia benar-benar menyedari kebaikan-kebaikan yang ada di bulan Ramadhan ini, pastinya mereka akan mengharapkan supaya sepanjang tahun adalah Ramadhan”. (Riwayat Ibnu Abi Dunya)

Kau tau iman kau lemah kalau kau pun ikut sama nyanyi lagu raya kat radio dengan rasa yeay dah nak raya padahal Ramadhan kau tak beriya pun nak beramal dan buat pahala banyak-banyak.

Ramadhan dah penghujung ni, Nabi pesan,

“Carilah lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Saidatina Aisyah r.a.)

Aidilfitri tu untuk merayakan kejayaan kita kembali pada fitrah yang asal, kembali pada Tuhan, bersih dari dosa.Mintalah pengampunan-Nya dalam kesempatan Ramadhan yang penuh rahmat ni, nak tunggu tahun depan entahkan ketemu atau ajal menjemput dulu.


Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan kareem!


Don’t let this Ramadan be just a holiday of rituals. Don’t finish reading the Quran without it transforming you. Don’t feed your body at suhoor, but starve your heart of Qiyam. Don’t reduce this downpour of mercy to just a month of sweets and lavish iftars. Seek Him, you will find. Take a sincere step towards change, transformation, redemption. If you do, you will find Him in front of you. Find Him this month. He’s been there all along. Closer than your jugular vein. Look and you’ll find. Walk and you’ll arrive.
— Yasmin Mogahed 

Thursday, May 23, 2013

Ramadhan countdown

Seorang atlet yang nak menang emas Olimpik semestinya berlatih bersungguh-sungguh lama sebelum pertandingan lagi.Semakin hampir pertandingan, semakin ligat pula latihan yang dibuat.Persediaan dibuat bukan sahaja dari segi fizikal malah persiapan mental juga, sebab target bukan setakat nak masuk bertanding, tapi nak menjadi juara!

Seorang muslim yang nak melalui Ramadhan dengan jayanya pula?Kita nak Ramadhan menjadi bulan tarbiyah membersih jahiliyyah dalam diri, nak dapatkan pahala berganda, nak berpuasa dengan sebenarnya (tanpa mengumpat,mengata,tengok cerita lagha,bazir masa), nak tadarus Quran dan khatam 30 juzuk, nak dapatkan kelebihan lailatulqadar, takkan tak ada persediaan?

Doa salah satunya.
Jom, tingkatkan mutabaah amal seiring menghampiri Ramadhan ni.Kalau sebelum ni mengaji Quran sehelai je sehari tambahkan jadi dua lepas tu tambah lagi sehingga nanti Ramadhan terasa senang je nak baca 1 juzuk sehari.Macam tu juga dengan amalan-amalan lain, up sikit dari kebiasaan.Tak nak ke kita, Ramadhan membentuk kita menjadi seorang yang lebih baik?

Rindunya nak Ramadhan 


Tuesday, May 21, 2013

first love

Too young, too dumb to realize
that I should have loved Allah first


bukan awak.





Friday, May 3, 2013

0505

Bismillahirahmanirahim.

Terasa benar bahangnya pilihanraya kali ini.Sebab dah masuk umur mengundi kot.(?)

Bagi aku best jugak musim berkempen ni, meriah, sebab bendera di sepanjang jalan dan kat mana-mana je.Macam ada pesta besar-besaran seluruh Malaysia.

Tapi yang sangat-sangat tak bestnya bila para jemaah masjid pun dah mula berpecah sekarang.Terus-terang cakap, pakcik-pakcik yang dah senior tapi dekat PRU ni perangai macam budak kecil.

Perkara ni sudah selalu aku dengar dan kebelakangan ini menjadi-jadi.Bila berbeza pandangan politik terus tak nak solat berjemaah bersama, tak nak dengar tazkirah dari pihak lagi satu , dan mengata/mengumpat.

Aku rasa, basicnya cuma berbeza pendapat.Sebab semua pun Islam, dan bersaudara, waktu macam ni lah nak berlapang dada dengan pegangan orang lain yang berbeza dengan kita.Entahlah, lagipun pakcik-makcik semua ni lebih banyak pengalaman, tapi still usia tak menjamin wisdom.

Pilihan raya untuk pilih pemimpin yang akan memimpin negara dan kita semua.Penentu sebenar ketika kita memangkah pada kotak pilihan.Sekarang, tak payah nak kecoh-kecoh sangat lah kan.Kalau tak puas hati, berlapang dada, kalau terasa hati, maafkan, kalau terasa bengang ingat Nabi pesan La Taghdob.

Bukankah ukhuwah persaudaraan tu buah dari keimanan? Menjaga silaturahim itu tandanya kita menjaga iman kita.

Aku berdoa semua orang di Malaysia khususnya, cuba fahami Islam dengan sebenar.Kita bukan beriman dengan parti mana-mana, nauzubillah tapi kita nak Islam tertegak di bumi yang kita cintai ini.Alangkah indahnya kalau pemimpin kita memahami Islam :')



Wednesday, February 20, 2013

the destroyer of desires

Jika diberi pilihan samada mati atau hidup lama lagi, pada seorang pakcik yang berumur 90 tahun sekalipun sudah tentu jawapannya nak hidup lagi.Umur sudah tua pun tak nak mati lagi, apalagi yang lebih muda.Tapi kita semua tahu, nak atau tak, ianya pasti.

Setiap yang bernyawa pasti akan mati...~Surah Ali-Imran:185,Surah Al-Anbiya':35~

Tanpa mengira usia.Setiap hari kot orang mati.Cuti semester lepas ada 3 kematian terdekat dengan aku.Dua orang kampung yang meninggal pada hari yang sama dan seorang kawan abah aku.Aku balik cuti CNY hari tu, ada lagi dua kematian.Anak ustaz dekat rumah aku dan ayah kawan adik aku.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka semua.

Bila kematian berlaku di sekeliling kita, kita sepatutnya berfikir akan hakikat yang akan berlaku pada kita juga nanti.Ia bukan mengenai kesedihan orang yang masih tinggal dan hidup di atas dunia ini tapi keadaan kita yang berada di dalam kubur sana, keseorangan, apakah membawa cukup bekal amalan?

Alam kubur, bukannya sama dengan fantasi Alice yang jatuh ke dalam lubang.Realiti liang yang sempit dan gelap hanya mampu diterangi dengan iman dan amal soleh.Kubur boleh menjadi satu dari taman-taman syurga, atau sebaliknya salah satu dari lubang-lubang neraka, nauzubillah.

Syaikh Muhammad bin Hussain Ya'qub dalam buku Malam Pertama di Alam Kubur, berkata; Mari kita mengamati perkara ghaib yang menakutkan ini.Mari ubati kerasnya hati kita.Berimanlah kepada hari kiamat sebelum kedatangannya.Bersusah payahlah mempersiapkannya, sebelum menyesal.Ingatlah kematian sebelum terlambat.Rasulullah SAW telah mengingatkan kita.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda;

"Perbanyakkanlah mengingati penghancur kenikmatan (maut) " -HR Tirmidzi-

Ini koleksi ceramah Syaikh Anwar Al-Awlaky mengenai kematian,alam barzakh dan hari akhirat, Subhanallah kita memang perlu nasihat kerana hiruk pikuk dunia kadang melalaikan:'(

Thursday, January 31, 2013

tahajud

 Dalam sibuknya kita bicara tentang Allah, jangan sampai terlupa untuk bicara dengan-Nya
Salim A. Fillah 



Saturday, January 26, 2013

hijab

Meet my little sister :)



And how you define hijab?

Sunday, January 6, 2013

Kak Ana kahwin

Bismillahirahmanirahim.

2013 bermula dalam keadaan tengah exam semester.Tapi itu tak bermakna aku menyambut tahun baru dengan lelah dan stress.Tahun baru kena juga ada perasaan baru, semangat baru, dan azam nak menjadi hamba Tuhan yang lebih baik!

Umur semakin bertambah, takkan masih nak berada di tahap sama?

Murobbi aku, Kak Ana sudah pun naik satu anak tangga, mendirikan baitul muslim semalam.Barakallahulakuma wa baraka ‘alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair Kak Ana dan suami :)

Orang letak la gambar Kak Ana dengan suami =,='

Walaupun kahwin tak masuk dalam target aku untuk 2013, aku macam sudah ubah sikit pegangan aku terhadap kahwin ni.Ya, kahwin dah jadi lame tapi sudah tiba masa untuk bersedia.Bila aku tengok Kak Ana kahwin baru aku rasa kahwin ni real, i mean bukan sekadar lagu nasyid cinta dan its part of maratib amal!

Tapi Kak Ana tak apa lah, nila sudah pekat.That's what I mean bila aku kata nak bersedia.Nak menjadi seorang individu muslim yang betul-betul rabbani.Dan tujuannya cuma Allah.Cuma nanti ada yang menemani, bak kata Kak Ana, perjalanan menuju Ilahi kini tak lagi sendiri.Tahniah akak!