Wednesday, January 26, 2011

Its rainy day

Semalam hujan.Hari ni pun hujan dekat tempat aku ni.Aku suka time hujan,ada angin sejuk.Lepas tu buka tingkap bilik luas-luas,feel the fresh air.Tapi kalau ada kelas rasa jugak hujan tak best sebab baju,beg,buku akan basah.Small matter je sebenarnya basah-basah sikit.

Hujan kan salah satu rahmat Allah.

“Dan Allah lah yang mengirimkan angin; lalu (angin itu) menggerakkan awan,maka Kami arahkan awan itu ke suatu negeri yang mati (tandus) lalu dengan hujan itu Kami hidupkan bumi setelah mati (kering).Seperti itulah kebangkitan itu.”~Fathir 35:9~

“Tidakkah engkau  melihat bahawa Allah menurunkan air dari langit lalu dengan air itu Kami hasilkan buah-buahan yang beraneka macam jenisnya…..”~Fathir 35:27~

Kadang-kadang hujan jugak boleh bawa musibah macam banjir.Sebab tu daripada merungut dengan hari hujan,mari ikut sunnah Rasulullah,
  
Dikhabarkan dari Aisyah r.a mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w apabila melihat hujan, baginda berkata:”Semoga hujan yang bermanfaat.”

(al-Bukhari)  


Best je tidur time hujan macam ni:)

Tuesday, January 25, 2011

alkisah

Aku nak cerita tentang seorang makcik ni tau.Aku selalu nampak makcik ni sekitar bandar dekat sekolah aku,berjalan seorang diri.Makcik ni pakai elok je,berbaju kurung dan bertudung lagi.Tapi orang cakap makcik ni tak berapa betul.Aku pun pernah nampak makcik ni cakap sorang-sorang masa aku nak pergi kelas tuisyen.

Ada satu hari,aku teman abah aku pergi kedai buku.Masa tengah tunggu abah aku,tiba-tiba makcik tu datang dekat aku.Makcik tu tanya kalau-kalau aku nak bagi dia duit sebab dia nak beli makanan.Lepas tu abah aku bagi la makcik tu apa yang dia nak kan.

Tapi kan,,sebelum aku blah makcik tu hulur tangan nak salam dengan aku.Dalam hati aku dah menjerit"Oh my God,orang g*** nak salam dengan aku.No way,no way,no way!".Tapi takkan aku nak buat bodoh je,jadi dengan berat hati aku salam dengan makcik tu..

And.....kamu tau?Lepas salam makcik tu pun tadah tangan dia dan berdoa semoga aku jadi anak solehah,belajar pandai-pandai dan nanti boleh sambung belajar dekat Mesir!Makcik yang aku anggap g***,aku rasa jijik dan malu nak salam dengan dia,doakan aku!!Haah,insaf aku.

Sapelah aku nak bajet diri sendiri lebih baik atau lebih mulia dari orang lain kan.Sedangkan orang yang kita pandang rendah lebih baik hatinya dari kita.Huhu.Lagipun syaitan kena reject dari syurga sebab bajet lebih baik dari Nabi Adam.Jadi dalam hidup ni be humble selalu ye^^



p/s : Kisah ni terjadi masa aku form 3

Monday, January 24, 2011

bepop

Hari ni aku tengok cermin,dan hati ku menjerit OH NO!!!

Pimple yang sebijik baru naik jugak yang aku nampak sangat.Haishh.Sampai terlepas pandang sepasang mata yang cantik,hidung yang terletak elok,mulut yang comel.

Apalah sangat masalah dengan jerawat kalau dibandingkan dengan nikmat boleh melihat,bernafas dan bercakap dengan baik yang Allah bagi pinjam ni kan.

Nak memiliki kemampuan bersyukur ni jugak,kita kena tengok orang yang lagi kurang dari kita.

 
Meet bepop.

Jadi aku tak boleh la nak merungut,geram dan rasa tak puas hati dengan jerawat kecik ni kan?

“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”
~Ar-Rahman~

p/s:Aku suka lawak kampus.Kecuali part yang macam vanness nose~bleeding tengok majalah playboy.Tak kelakar.




Wednesday, January 19, 2011

kau ada aku

Kata Imam Ghazali,kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari,maka payah melaluinya,panjang jalannya dan banyak rintangannya.Sebab tu la kadang-kadang rasa macam nak rebah tersungkur je.Letih dengan dugaan yang menjenguk.Hilang semangat untuk terus berjuang.

Tapi kita tak keseorangan.Ramai lagi yang diuji dengan lebih hebat.Lagipun kita kan selalu punya tempat untuk berharap.Sebab itu antara kita saling memerlukan.Untuk saling mendoakan. 

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang berdoa bagi saudara Islamnya dengan tidak setahu saudaranya yang tersebut, berkatalah Malaikat yang ditugaskan untuk itu: "Amin,dan engkau pula akan beroleh seperti itu juga."
(Abu ad-Darda' r.a)

Be strong^^

Monday, January 17, 2011

aku sorry

Ali,sorry aku tak bagitau kau
Aku sorry aku marah kau
Tak,aku sorry aku susahkan kau
Aku sorry
Tak,aku sorry
Aku sorry
Aku sorry
Aku sorry
Aku sorry
DIAM!!??
Kenapa Abu mati?Sobsss.Aku suka happy ending story.Tapi Kami The Movie still one of my favourite.

Kita pun tak pernah nak tau bila masa kita pun akan mati kan.Kita jugak tak tau bila orang sekeliling kita pun akan tinggalkan kita.Mungkin aku dulu,ataupun kamu dulu.

Dahla banyak berdosa dengan orang lain.Mengumpat,mengata,menghina,memfitnah,membengangkan orang,mengkecikkan hati orang lagi(?)Takkan nak tunggu nyawa-nyawa ikan baru reti nak sorry atas semua tu?

Tu baru menghitung dosa sesama manusia,dosa dengan Tuhan?Tak terhitung banyaknya.
Astaghfirullah.
Sebab tu bila buat salah dengan manusia kena mintak maaf cepat-cepat,berdosa dengan Allah kena repent dengan istighfar selalu.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.”
  (Riwayat Abu Daud)

p/s:Aku minta maaf for every single mistake yang aku dah buat dengan semua orang.

Saturday, January 15, 2011

lets get married

Dont judge a blogger by its entry tittle.Sebab aku belum pun nak kahwin.Memang la ramai yang cadangkan aku kahwin tahun ni tapi tak ada pulak yang ajak aku kahwin.Hehe.Setakat ini.

Sebenarnya aku baru lepas dengar talk on CINTA:Lets Get Married by Ustaz Ridhauddin.Slot ni kata Ustaz Ridha khas untuk orang yang memang dah nak kahwin,sedang merancang dan menuju ke arah perkahwinan.Tapi takkan la aku nak balik pulak kan sebab dah jalan kaki sampai kuliyyah medic,dah sampai main audi,siap duduk dah,depan pulak tu.Jadi dengar dan digest.

Kelebihan kahwin masa belajar menurut senior yang sudah berkahwin:
1.Reti nak manage time dengan duit.
2.Boleh pergi kuliyyah sama-sama.
3.Kalau sama kelas,boleh study dan buat assignment sama-sama.
4.Belajar lagi bersungguh-sungguh sebab ada tanggungjawab baru.

Halangan nak kahwin  masa belajar menurut senior yang sudah berkahwin:
1.Mak ayah tak berapa nak bagi at first.
2.Kawan-kawan dah macam menjauh sebab rasa kita belong to someone else.

Jadi nak kahwin masa belajar ke tak ni?Apa tujuan kahwin sebenarnya?Apa penghujungnya perkahwinan?

Realitinya man from mars and woman from venus,and man want sex,woman need love.Bila berkahwin hati kita tak bersatu pun.Jadi titik temu sebuah perkahwinan sebenarnya adalah Islam.

Bukan mudah untuk seorang isteri taat pada suami tanpa penghayatan nilai-nilai Islam dalam diri.Macam nak bersabar kalau suami hari-hari suruh masak paprik ayam dan balik lewat malam sebab tugas-tugas dakwah atau kerja.Tak masuk bab-bab jaga akhlak kalau suami tak penuhi permintaan macam nak shopping bag,kasut,baju,habib jewels.

Bukan senang untuk seorang suami berbuat baik pada isteri kalau tak menghayati Islam sebenar-benarnya.Macam nak jadi pemimpin  masyarakat dan pada masa yang sama didik isteri,anak-anak mengikut kehendak Islam.Nak bersabar dan terima fitrah perempuan yang emosional,sensitif lagi.

Sebab tu suami atau isteri pertama kita mestilah Islam.Kita sendiri mestilah sudah berpegang teguh dengan ajaran Islam dan suami atau isteri kita akan jadi yang kedua.Diri kita yang sekarang inilah menentukan diri kita di masa depan.Jangan nak tunggu bila aku kahwin baru aku nak qiamullail degan laki aku,lepas solat subuh sama-sama,baca Quran pulak,begini dan begitu.


Kita kena berubah dan upgrade iman kita sekarang.Sekaligus menjadi seorang yang matang bukan lagi keanak-anakan.Jadi persoalan nak kahwin masa belajar ke,masa dah habis belajar ke,masa dah kerja ke tak timbul.Nak kena tambahkan lagi ilmu psikologi rumahtangga je.Dan tentukan destinasi  perkahwinan kita,bersama suami atau isteri sampai Syurga Firdaus,ending yang kekal selama-lamanya.

Kalau tak ada calon lagi jangan risau,dan jangan gelojoh.Percaya dengan janji Allah, "...perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik..." (Surah An-Nur, 24:26)


Hal terbaik bagi seorang mukmin setelah ketaqwaan pada ALLAH SWT adalah (memiliki) seorang isteri solehah, iaitu yang patuh jika disuruh, menyenangkan bila dipandang, membenarkan jika suami bersumpah atasnya, dan pandai menjaga diri dan harta jika suami tidak ada.
 ( Hadis riwayat Thabrani dari Abdullah bin Salam )

Thursday, January 13, 2011

run devil run

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

(al-Bukhari) 

Syaitan berada di mana-mana.Oleh kerana itu pohonlah perlindungan kepada Allah dengan berzikir atau membaca ayat-ayat al-Qur’an.

Dalam menghadapi keadaan-keadaan yang membahayakan, mencemaskan atau menakutkan, malah dalam keadaan biasa sekalipun pun, eloklah kita mengamalkan amalan-amalan yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.

Contohnya, dalam waktu kecemasan seperti kebakaran, azan dan takbir amat sesuai dilaungkan di samping ayat-ayat atau zikir-zikir pendek.Selain itu untuk berlindung daripada syaitan juga kita dikehendaki melaungkan azan dan iqamah ke telinga bayi yang baru lahir.

Sesungguhnya syaitan itu tidak lain melainkan sentiasa ingin menggoda manusia dengan apa cara sekalipun hatta di dalam solat supaya manusia lalai daripada mengingati Allah dan melakukan perkara-perkara yang mendatangkan kebinasaan pada dirinya.

Sebab itulah Rasulullah menyuruh kita mengamalkan berbagai bacaan doa sama ada ketika makan, ingin memasuki tandas, keluar tandas, memasuki rumah,memakai pakaian, tidur, membawa kenderaan dan sebagainya.

 
Maka apabila manusia terlindung dengan doa yang dibacanya itu akan terlepaslah peluang syaitan untuk merosakkan manusia.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Monday, January 10, 2011

senyum

Lollipop : Kita ni manis sungguh kan?

Coklat : Awak ingat kita dah cukup manis ke?Awak tengok orang yang tengah baca blog ni,lagi manis.Tengok tuu,dia senyum.Manisnya,,

Hehe,dah lapuk eh?Tapi senyuman kamu tak pernah lapuk tau.Tetap je sweet.Jadi senyum dan ceria-cerialah selalu.

Kalau saya senyum
awak mesti senyum sekali
kalau kita senyum
semua orang berjangkit
bila semua orang senyum
dunia tiada penyakit

Senyum-Malique ft Najwa

Jangan kamu perkecilkan sesuatu yang ma’ruf walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang ceria” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi di dalam Syi’ab al-Iman)

Saturday, January 8, 2011

saya maafkan awak

Pernah tak kamu kecewakan orang yang kamu sayang dan harap dia dapat maafkan kamu dan keadaan boleh jadi macam biasa?Atau kamu rasa dunia sangat tak adil sebab satu kesilapan kecil yang kamu buat,things changed?

Mungkin kamu belum pernah rasa,tapi kamu tak akan terlepas.Sebab people make mistakes.Jadi berlapang dada dan maafkanlah kesilapan orang lain terlebih dahulu.Maafkan orang yang menyakiti kamu,maafkan orang yang mengata kamu,maafkan orang yang menipu kamu,maafkan orang yang dah buat kamu sedih.

Mungkin mereka ada sebab dan penjelasan sendiri.Dan kita juga akan mengharapkan kemaafan orang lain satu ketika.Lagipun memaafkan orang lain adalah untuk diri kita sendiri,to get well and move on.Kalaupun mereka sengaja menyakiti kamu,bukankah memberi maaf cara terbaik untuk balas dendam?

"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa,(iaitu) orang yang berinfak,baik di waktu lapang mahupun sempit,dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain.Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan,"
~Al-Imran:133&134~

Friday, January 7, 2011

jom jadi baik

Tahun 2011 dah menjejak seminggu.Tahun ni agak istimewa bagi aku,kalau umur panjang aku akan genap 20 tahun pada 11.11.11.Jangan jeles:p

Sebenarnya aku baru perasan dah masuk tahun lain.Sebab sem baru mula dan kalut dengan macam-macam sampai terlupa dah berakhirnya zaman belasan tahun aku:(

Apapun masih belum terlambat nak pasang azam untuk tahun 2011 ni.Semoga kita semua berubah jadi lebih baik.Kalau jahat jadi baik,kalau dah baik,jadi lebih baik lagi.

Ni aku petik dari gentarasa,Kata orang arif, jadilah orang yang baik,nanti kebaikan akan datang kepada kita.Jadilah orang baik dan berilah kebaikan.InsyaAllah kita akan mendapat kebaikan.Allah itu Maha Baik,Dia tak akan mengecewakan hambaNya yang baik.

Jom jadi baik^^