Wednesday, January 22, 2014

Asrama dan kehidupan

Bismillahirahmanirahim.

Fikiranku menerawang ke masa lalu.Sedih berpisah dengan keluarga bila masuk asrama.Tiada kawan pula, dengan suasana baru dan peraturan-peraturan kehidupan baru, berkongsi tandas beramai-ramai, makanan asrama dan ragam manusia yang pelbagai.Segala macam perasaan berkecamuk dalam jiwa dan untuk seorang budak tiga belas tahun cukup untuk dia menangis-nangis nak pulang ke rumah.Rindu yang terlalu pada ibu dan ayah.

Aku faham sangat bila adik aku Huda melalui fasa perit ini.Adik lelaki aku kata Huda cuma manja.Mungkin, kami manja.Lain orang lain lah penerimaan jiwanya terhadap sesuatu *bengang haha*.Ya sudah sepuluh tahun berlalu bagi aku dan aku sudah tahu di akhirnya aku cuma merindukan kenangan hidup di asrama.Peraturan dan denda yang dikenakan itulah mengajar aku yang rules are made to be broken *lulz*(peraturan manusia okay).Manusia-manusia di asrama itu lah yang menjadi teman sedih dan tawa, dan karenah yang pelbagai itu buat aku lebih mengenal dunia.

Kadang-kadang merenung kembali memori lama mengingatkan kita bahawa pengalaman jugalah yang menjadikan siapa kita pada hari ini.Dan memang tak mudah untuk seorang tiga belas tahun Huda menerima pengalaman aku.

Huda tanya aku kenapa kita kena besar, kena belajar dan kena terima semua ni?Sangat innocent.

Aku teringat kata-kata abah, kalaulah kita ni jadi bayi je selama-lamanya kan best, semua orang suka dan sayang di dukung ke sana ke mari.Tapi kehidupan tak begitu kata abah.Rambut abah yang dulunya hitam kini memutih.Kulit yang tegang kini mula berkedut.Badan yang tegap melakukan macam-macam perkara mula sakit-sakit.Kita pun akhirnya sedar yang kita sudah tidak muda lagi, dan tidak akan selamanya di sini.

Rasulullah SAW sudah berpesan dan di dalam hadis ke-40 susunan Imam Nawawi,

Daripada lbnu ‘Umar r.a.beliau berkata: Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda: 
Hiduplah engkau di dunia seolah-olah engkau seorang perantau atau musafir.
Lalu lbnu ‘Umar r.a. berkata: Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu. (Riwayat Bukhari)
Inilah fasa yang lebih perit sebenarnya,bila seorang dewasa sedar dia akan mati.Kehidupan ini hanya sementara.Sekejap sahaja masa berlalu di dunia ini.Dan bila sudah tahu sedang bermusafir perlulah berbekal.Kata abah aku lagi takkan lah bila sudah tiba destinasi baru nak mencari makanan dan penginapan tapi wang pun tak dibawa kenalan pun tiada.Di dunia ini mungkin masih boleh mengharap simpati manusia tapi jika di akhirat baru tersedar dunia cuma tempat kelana, sudahnya apa?


Saturday, January 4, 2014

Iqra'

Bismi Rabbika alladhi khalaq.

Kajian menunjukkan suka membaca membantu penguasaan matematik dan bahasa Inggeris.

http://www.bbc.co.uk/indonesia/majalah/2013/09/130912_pendidikan_membaca_anak.shtml

Membaca membantu menguasai matematik?Seriously wow masalahnya musim exam ini lah pulak rajin suka semangat nak membaca.Bila yang nak 'menguasai matematik" nya?-.-"

Reading for pleasure.Membaca untuk kesenangan.#Eh

Bukankah membaca itu makanan akal jadi sepatutnya lah membaca itu menyenangkan kerana memenuhi dan menyeimbangkan kehendak manusiawi.Dan bukankah membaca Quran itu sekaligus melapangkan jiwa?

Hari tu ada seorang ukhti cakap akhawat macam kurang membaca je.Terasa, sebab azam tahun lepas nak jadi 'nila yang pekat' tapi sudah tahun baru tak qowiy-qowiy pun lagi.Dari tahun bila entah nak jadi macam Dr. Hafidzi tapi The Muqaddimah pun tak khatam-khatam lagi.-.-"

Hendak menjadi seorang yang tajam pemikiran, matang dan cerdas emosi perlukan pembacaan yang meluas dan tidak terhad pada buku-buku tarbiyah dan dakwah sahaja tapi buku lain juga.

Sabda Rasululullah SAW:
الحكمة ضالة المؤمن 

Hikmah itu harta mukmin yang hilang, dan di mana pun dia ketemu dia berhak ke atasnya.

Tahun baru, buka akaun goodreads untuk recommendations buku-buku best!

p/s:buanglah sikap tak reti baca,malas bagai. tidakkah kalian beriman dgn titah Tuhan yang pertama?
(Hakim Hood)