Friday, January 6, 2012

fastabiqul khairat


"...maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebaikan..."~Surah Al-Baqarah 2:148~
"...maka berlumba-lumbalah berbuat kebaikan..."~Surah Al-Maidah 5:48~

Dalam Surah Al-Mu'minun, Allah turut menyebut di antara ciri-ciri orang yang takut akan azab Allah adalah orang yang bersegera berbuat baik.
"mereka itu bersegera dalam kebaikan-kebaikan, dan merekalah orang yang terlebih dahulu memperolehnya."~Surah Al-Mu'minun 23:61~

Kita macam mana?Terasa sangat bila membaca quote di tumblr tadi ; The Sahabah رضي الله عنهم would cling fast to the Sunnah because it was Sunnah, while we discard the Sunnah, because it is 'just' Sunnah.

Sepatutnya kita nak banyak-banyak buat baik.Manfaatkan semua peluang untuk kebaikan dengan umur masih muda, kesihatan yang baik, dan masa yang ada.

Buat baik bukan untuk diri sendiri sahaja.Allah juga menuntut kita berdakwah, mengajak orang lain sama berbuat kebaikan.Alangkah baiknya bila semakin ramai orang kembali mengenal dan mendalami agama melalui kita.Caranya dengan kita pun memainkan peranan berdakwah. :)

Bukan dengan menjatuhkan pendakwah dan ustaz-ustazah yang memang lebih banyak ilmu dari kita.=.="

Wednesday, January 4, 2012

v for victory

Ada orang bagi petua kalau nak lupakan bekas kekasih, buang semua kenangan tentang dia.Hadiah-hadiah yang dia bagi, bagi balik dekat dia ataupun buang terus.Apalagi mesej-mesej lama, kalau boleh delete terus nombor dia.Er tapi mesti dah hafal.Lagi satu jangan lupa block fb dia atau unfriend ke.

Lagi petua, cari lain.Lepas tu jangan lupa menunjuk depan dia.Haha.

Tapi apa guna semua tu kalau malam-malam masih menangis rindu dekat ex.Lepas tu, stalk pulak fb dia.

I stalk your profile when i miss u, tengok semua gambar u tanpa jemu (by Jazz Hayat)

Cari pengganti tapi ex tetap di hati.=.='

Macam mana nak lupa kalau dalam hati tak delete lagi lelaki tu.Baby, get over him. He's not even worth it.Don't waste your tears on him.


Dan petua cari lain tu memang tak boleh pakai.Tak payah nak jadi player sangatlah kan.Apa kata tekad betul-betul untuk buang lelaki tu dari hati dengan bersihkan hati kita.Bertaubat pada Allah, belajar bercinta dengan-Nya.Cinta manusia memang akan melukakan hati,cinta Allah sahaja yang tak pernah mengecewakan.InsyaAllah hati akan merasa manisnya keimanan pada Allah. :)

Lantak ah ex nak menyemak depan mata pun sebab dia langsung takde makna.Screw him MUAHAAHHAAHAAHAAH.*evil laugh* Err mungkin ini tak perlu kot. :)

Tuesday, January 3, 2012

pelembut hati

Alhamdulillah, sekarang banyak pendakwah bebas yang inspiring, yang bersemangat macam Nouman Ali Khan, yang puitis macam Boonaa Mohammed dan speaker perempuan yang sangat aku suka, Yasmin Mogahed.Dalam Malaysia sendiri pun sangat ramai pendakwah bebas yang best-best.Antaranya Ustaz Hasrizal, Ustaz Pahrol, Fatimah Syarha dan ramai lagi.

Bila dengar ceramah dan baca tulisan-tulisan mereka,terkesan di hati kita teguran dan nasihat yang disampaikan dengan izin Allah.Video di bawah ini satu peringatan yang baik daripada Shaykh Salih Al Maghamsi, imam Masjid Al-Quba di Madinah untuk kita semua.


Tiada kata yang lebih baik dari kalamullah, kata-kata Allah.Jangan lupa untuk baca Quran dan mentadabbur ayat-Nya setiap hari^^ 

Credit to mohammadzafar.

Sunday, January 1, 2012

permulaan yang baik

Cepat betul masa berlalu.Setahun lalu berazam untuk jadi lebih baik.Untuk 2012 ini azamnya untuk menjadi lebih baik lagi.Perbuatan, perangai dan apa-apa yang tak baik lagi berdosa tahun sudah nak ditinggalkan.Azam di tahun yang baru ini nak tambahkan perkara-perkara yang baik dan positif.

Dengan harapan kebaikan-kebaikan akan mewarnai hidup.Diri sendiri nak menjadi baik.Jadi pula agen kebaikan,sebarkan kebaikan-kebaikan.Mudah-mudahan semua orang pun berbuat perkara sama.Maka kebaikan akan melingkungi kita semua,hidup pun jadi bahagia insyaAllah.



"Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin, setiap urusan mukmin adalah baik baginya, hal itu tidak dimiliki oleh siapapun, kecuali oleh seorang mukmin.Apabila mendapat kesenangan dia bersyukur, dan itu baik untuknya. Apabila mendapat kesusahan dia bersabar, dan itu baik untuknya" (HR Muslim)

Nak dapat kebaikan hanya dengan menjadi mukmin.Beriman dengan Allah sebenar-benarnya.
Sebab tu nak kena selalu belajar.Belajar semua perkara.Terutamanya hal-hal yang lagi menambahkan keimanan kepada Allah.Sebab dengan tambahkan ilmulah kita sedar yang kita sebenarnya sangat kurang ilmu.Lagi belajar lagi banyak yang tak tahu rupanya.Kalau langsung tak belajar tak tahu langsung yang dia banyak tak tahu.Huhuu.

Sudah tahu nak beramal.Mana yang kurang lagi sebelum ni nak kena disempurnakan.Dari segi aurat contohnya.Barulah betul bagai dikata seorang yang beriman kepada Allah,buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang oleh Allah.Bukan itu saja malah ajak lagi orang buat apa yang disuruh Allah dan mencegah kemungkaran dan perkara-perkara yang Allah larang.Indahnya hidup macam ni. :)

Tak nak lah tahun ini pun masa dan sisa usia kita rugi macam tu je,kan?

"Demi masa.Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan serta saling nasihat-menasihati untuk kebenaran dan untuk kesabaran"~Surah Al-Asr 103:1-3~