Thursday, May 23, 2013

Ramadhan countdown

Seorang atlet yang nak menang emas Olimpik semestinya berlatih bersungguh-sungguh lama sebelum pertandingan lagi.Semakin hampir pertandingan, semakin ligat pula latihan yang dibuat.Persediaan dibuat bukan sahaja dari segi fizikal malah persiapan mental juga, sebab target bukan setakat nak masuk bertanding, tapi nak menjadi juara!

Seorang muslim yang nak melalui Ramadhan dengan jayanya pula?Kita nak Ramadhan menjadi bulan tarbiyah membersih jahiliyyah dalam diri, nak dapatkan pahala berganda, nak berpuasa dengan sebenarnya (tanpa mengumpat,mengata,tengok cerita lagha,bazir masa), nak tadarus Quran dan khatam 30 juzuk, nak dapatkan kelebihan lailatulqadar, takkan tak ada persediaan?

Doa salah satunya.
Jom, tingkatkan mutabaah amal seiring menghampiri Ramadhan ni.Kalau sebelum ni mengaji Quran sehelai je sehari tambahkan jadi dua lepas tu tambah lagi sehingga nanti Ramadhan terasa senang je nak baca 1 juzuk sehari.Macam tu juga dengan amalan-amalan lain, up sikit dari kebiasaan.Tak nak ke kita, Ramadhan membentuk kita menjadi seorang yang lebih baik?

Rindunya nak Ramadhan 


Tuesday, May 21, 2013

first love

Too young, too dumb to realize
that I should have loved Allah first


bukan awak.





Friday, May 3, 2013

0505

Bismillahirahmanirahim.

Terasa benar bahangnya pilihanraya kali ini.Sebab dah masuk umur mengundi kot.(?)

Bagi aku best jugak musim berkempen ni, meriah, sebab bendera di sepanjang jalan dan kat mana-mana je.Macam ada pesta besar-besaran seluruh Malaysia.

Tapi yang sangat-sangat tak bestnya bila para jemaah masjid pun dah mula berpecah sekarang.Terus-terang cakap, pakcik-pakcik yang dah senior tapi dekat PRU ni perangai macam budak kecil.

Perkara ni sudah selalu aku dengar dan kebelakangan ini menjadi-jadi.Bila berbeza pandangan politik terus tak nak solat berjemaah bersama, tak nak dengar tazkirah dari pihak lagi satu , dan mengata/mengumpat.

Aku rasa, basicnya cuma berbeza pendapat.Sebab semua pun Islam, dan bersaudara, waktu macam ni lah nak berlapang dada dengan pegangan orang lain yang berbeza dengan kita.Entahlah, lagipun pakcik-makcik semua ni lebih banyak pengalaman, tapi still usia tak menjamin wisdom.

Pilihan raya untuk pilih pemimpin yang akan memimpin negara dan kita semua.Penentu sebenar ketika kita memangkah pada kotak pilihan.Sekarang, tak payah nak kecoh-kecoh sangat lah kan.Kalau tak puas hati, berlapang dada, kalau terasa hati, maafkan, kalau terasa bengang ingat Nabi pesan La Taghdob.

Bukankah ukhuwah persaudaraan tu buah dari keimanan? Menjaga silaturahim itu tandanya kita menjaga iman kita.

Aku berdoa semua orang di Malaysia khususnya, cuba fahami Islam dengan sebenar.Kita bukan beriman dengan parti mana-mana, nauzubillah tapi kita nak Islam tertegak di bumi yang kita cintai ini.Alangkah indahnya kalau pemimpin kita memahami Islam :')



Wednesday, February 20, 2013

the destroyer of desires

Jika diberi pilihan samada mati atau hidup lama lagi, pada seorang pakcik yang berumur 90 tahun sekalipun sudah tentu jawapannya nak hidup lagi.Umur sudah tua pun tak nak mati lagi, apalagi yang lebih muda.Tapi kita semua tahu, nak atau tak, ianya pasti.

Setiap yang bernyawa pasti akan mati...~Surah Ali-Imran:185,Surah Al-Anbiya':35~

Tanpa mengira usia.Setiap hari kot orang mati.Cuti semester lepas ada 3 kematian terdekat dengan aku.Dua orang kampung yang meninggal pada hari yang sama dan seorang kawan abah aku.Aku balik cuti CNY hari tu, ada lagi dua kematian.Anak ustaz dekat rumah aku dan ayah kawan adik aku.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka semua.

Bila kematian berlaku di sekeliling kita, kita sepatutnya berfikir akan hakikat yang akan berlaku pada kita juga nanti.Ia bukan mengenai kesedihan orang yang masih tinggal dan hidup di atas dunia ini tapi keadaan kita yang berada di dalam kubur sana, keseorangan, apakah membawa cukup bekal amalan?

Alam kubur, bukannya sama dengan fantasi Alice yang jatuh ke dalam lubang.Realiti liang yang sempit dan gelap hanya mampu diterangi dengan iman dan amal soleh.Kubur boleh menjadi satu dari taman-taman syurga, atau sebaliknya salah satu dari lubang-lubang neraka, nauzubillah.

Syaikh Muhammad bin Hussain Ya'qub dalam buku Malam Pertama di Alam Kubur, berkata; Mari kita mengamati perkara ghaib yang menakutkan ini.Mari ubati kerasnya hati kita.Berimanlah kepada hari kiamat sebelum kedatangannya.Bersusah payahlah mempersiapkannya, sebelum menyesal.Ingatlah kematian sebelum terlambat.Rasulullah SAW telah mengingatkan kita.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda;

"Perbanyakkanlah mengingati penghancur kenikmatan (maut) " -HR Tirmidzi-

Ini koleksi ceramah Syaikh Anwar Al-Awlaky mengenai kematian,alam barzakh dan hari akhirat, Subhanallah kita memang perlu nasihat kerana hiruk pikuk dunia kadang melalaikan:'(