Saturday, April 30, 2011

the royal wedding


"Aku pun nak kahwin dengan putera raja"-Asiah,adik aku-
 
 The newly-weds smile at each other as they depart the abbey for the palace Prince William, Duke of Cambridge & Catherine Duchess of Cambridge leave Buckingham Palace in a soft-top Aston Martin decoratied in balloons & with a 'Just Wed' registration plate after their wedding
Sumber:The Telegraph
Kate Middleton smiles as she arrives at the abbey
Sumber:The Telegraph
Prince William puts the ring on Kate, Duchess of Cambridge's finger during their wedding ceremony at Westminster Abbey

After all,she'll become a princess. She’ll always have fabulous clothes to wear, an army of stylists on hand to make sure her hair and makeup are flawless, lots of amazing jewels and live in castles and palaces. Oh, and her very own Prince Charming.

But actually, I don’t think I’d want to be in her shoes (oh alright, I was never asked!). I mean, the clothes and jewellery and castles are all very well, but really, the poor woman can’t really organise her own wedding, can she?-Farah Fahmy,The Malaysian Insider-

Aku kena nasihat adik aku ni,haha.

Thursday, April 28, 2011

ini kisah benar

Dalam Kelas 5 Aktif di sebuah sekolah.

Cikgu : Mana kertas soalan awak Ain(bukan nama sebenar)?
Ain : Ada dekat Faten(bukan nama sebenar).
Cikgu : Kenapa bagi Faten kertas soalan awak?Inikan exam,mana boleh macam tu.
Ain : Saya minta Faten tolong tuliskan nama saya cikgu.

Dalam kelas pemulihan di sebuah sekolah.

Cikgu : Faiz(bukan nama sebenar),ikut cikgu eja dan baca ye.S.A=SA,Y.A=YA.SAYA.
Faiz : S.A=SA, Y.A=YA,SAYA.
Cikgu : M.A=MA, K.A.N=KAN.MAKAN.
Faiz : M.A=MA, K.A.N=KAN.MAKAN.
Cikgu : I=I, K.A.N=KAN.IKAN.
Faiz : I=I, K.A.N=KAN.IKAN.

Selepas 4 kali.

Cikgu : Cuba Faiz baca sendiri.
Faiz : *terkebil-kebil*

Kisah ini bukan bertujuan mengaibkan mana-mana pihak.Sekadar renungan betapa banyak perlu kita syukuri sebenarnya.Tak semua orang diberi kemampuan menulis dan membaca seperti kita.

Wednesday, April 27, 2011

top two

Berdasarkan pengamatan aku,lebih ramai perempuan yang berkecimpung dalam dunia blogging ni dibandingkan lelaki.Tapi kebanyakan blog perempuan dah macam album gambar.Lelaki pun ada yang suka tepek gambar.
Aku nak berkongsi dua blog penulis berbakat yang aku suka baca.

Satu,blog Majdi Nadwan.Majdi Nadwan satu universiti dengan aku,tapi aku rasa macam tak pernah pulak jumpa dia masa asasi dulu.Majdi Nadwan ni pelajar bidang kejuruteraan dan selalu jadi watak utama dalam penita,cerita pendek tulisannya=)

Kedua,blog Syed Ahmad Fathi.Syed Ahmad Fathi belajar di Russia.Rasanyalah.Tak tau pulak dalam jurusan apa dan rasanya bukan sastera pun.Tapi menulis macam budak sastera.Nama Syed Ahmad Fathi ni mengingatkan aku  pada seseorang=)

Ada lagi satu blog yang aku selalu  baca juga,tapi sebab tajuk entry aku top two,terpaksalah aku tak tulis disini blog tersebut.Heee.

Monday, April 25, 2011

Perang Uhud

Perang Uhud telah terjadi tanggal 15 Syawal 5 Hijrah bersamaan hari Sabtu diantara kaum Muslimin dan kafir quraisy.Peperangan tersebut berlaku di pergunungan Uhud yang terletak 2 kilometer di sebelah utara Madinah. Pasukan Rasulullah SAW disertai 700 orang  tentera muslimin manakala tentera kaum quraisy seramai 3000 orang.

Sesampainya di pergunungan Uhud,Rasulullah mengatur posisi tentera muslimin dan 50 orang ditempatkan di atas sebuah bukit sebagai penghadang pasukan musuh yang akan menyerang dari belakang.Mereka telah dipesan oleh Rasulullah agar tidak mengosongkan bukit itu sehingga mendapat perintah daripada baginda. 

Sebaik peperangan bermula,tentera Islam berjaya mengatasi pihak musuh.Terdapat musuh yang terbunuh dan yang lainnya cuba melarikan diri.Namun sayangnya tentera Islam mula tergiur dengan harta rampasan musuh yang sangat banyak sehingga 40 orang yang berkawal di atas bukit turut turun untuk mendapatkan harta tersebut.

Di saat peperangan yang belum usai itu,pasukan quraisy segera menyerbu sepuluh tentera yang tinggal di atas bukit dari belakang.Pasukan Islam yang mula kucar-kacir diserang dari setiap sudut dan musuh cuba mendekati Rasulullah SAW.Dalam keadaan porak-peranda itu,tersebar pula khabar angin bahawa Rasulullah telah meninggal.

Pada waktu itu,Rasulullah pengsan akibat terkena lemparan batu.Anak panah musuh menghujani baginda SAW sehingga muka,lutut dan bibir bawah baginda luka-luka.Terdapat beberapa sahabat yang gugur demi mengahalang panah mengenai tubuh Rasulullah.Perang Uhud telah mencatat kehilangan 70 orang syuhada dan sejumlah yang lain cedera.

Begitulah serba sedikit kisah Perang Uhud.Rasulullah yang kita semua sayangi telah luka-luka akibat segelintir kaum muslimin yang  mengejar harta rampasan perang sehingga melupakan pesanan baginda supaya berkawal.Kita hari ini pun,jika terlalu ghairah dengan harta dan hal-hal keduniaan semata mungkin saja di masa Perang Uhud kita termasuk tentera yang terlupa itu.Terlupa pesanan Rasulullah dan menyebabkan baginda terluka.