Sunday, February 27, 2011

kalau berpacaran

Kalau Berpacaran - Sohaimi Mior Hassan feat. Ana Rafali dan Altimet

Kalau berpacaran memang banyak pantang larang
Menjaga susila ibu bapa adik abang
Apabila berdua carilah tempat yang terang
Agar tidak pula mencoba aksi terlarang

Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi saw. bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya.Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.” (HR Muslim)

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu perisai orang beriman

Kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihmu disambar buaya

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Mana-mana lelaki tidak akan berdua-duaan (berkhalwat) dengan perempuan, melainkan pasti syaitan akan menjadi yang ketiga.” (HR Tirmidzi)

Yeah kita sambung cerita
Kalau kamu berdua aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia ucap syahadah

Boleh pandang-pandang
Boleh pegang-pegang
Duduk rapat-rapat
Nanti confirm dapat
Jangan malu-malu
Jangan segan-segan
Hahahaha

Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu,maka anggaplah ia musuh(mu),kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala ~Surah Fathir:6~

Saturday, February 26, 2011

hak sesama muslim

Hari ni dah bercakap dengan my roomate.Alhamdulillah=)

Sebenarnya hari khamis lepas aku kena sound dengan kakak bilik aku ni.Uhhh.Tapi bukan aku je,campur dua orang lagi roomate dan mereka senior aku jugak.Tapi kakak dua orang ni junior kakak yang marah kami.Dan mereka berdua dah tinggalkan aku pergi baktisiswa:'(

Sebabnya kitorang berborak sambil gelak-gelak pukul 1 pagi sampai kakak tu tak boleh tidur jadi kitorang kena marah kaw-kaw lah kan.Aku rasa macam 1 pagi tak la lewat sangat.Biasalah dah bersalah pun nak cari alasan lagi.Tapi aku sangat takut nak cakap dengan kakak tu sampailah hari ni,alhamdulillah dah okay^^

Moral of the story,kita kena tunaikan hak-hak orang sekeliling kita.Kalau tinggal bersama macam aku ni,kenala jaga hak roomate.Jangan nak buat bising malam-malam.Lebih tepat pagi-pagi.o.0

Dari Abu Hurairah RA,beliau berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:Hak seorang muslim terhadap seorang muslim yang lain itu ada 6 perkara.
  1. Apabila kamu menjumpainya, maka hendaklah kamu memberi salam kepadanya.
  2. Apabila dia menjemput kamu, hendaklah kamu menghadiri jemputannya.
  3. Apabila dia meminta kamu memberi nasihat, hendaklah kamu menasihatinya.
  4. Apabila dia bersin lalu dia mengucap Alhamdulillah, hendaklah kamu berdoa kepadanya (dengan ucapan Yarhamkallah).
  5. Apabila dia sakit, hendaklah kamu lawatinya.
  6. Dan apabila dia mati, hendaklah kamu iringi jenazahnya ke kubur.
(HR Muslim)

Friday, February 25, 2011

99

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda:”Sesungguhnya Allah mempunyai sembilan puluh sembilan nama iaitu seratus kurang satu.Siapa menghafalnya masuk syurga.(HR Muslim)

 Masa kecik-kecik dulu rasa susah sangat nak hafal nama-nama Allah.Bila sekolah menengah asmaul husna wajib baca masa perhimpunan dan alhamdulillah aku boleh hafal dan ingat.Dan aku percaya semua orang pun boleh hafal 99 asma Allah ini.Dan cuba menghayati erti dan maksudnya sekali^^


1.Allah   
2.Ar-Rahman~Maha Pengasih  
3.Ar-Rahim~Maha Penyayang  
4.Al-Malik~Maha Merajai (mempunyai kekuasaan)  
5.Al-Quddus~Maha Suci  
6.As-Salam~Maha Penyelamat  
7.Al-Mu'min~Maha Pengaman  
8.Al-Muhaymin~Maha Pelindung  
9.Al-Aziz~Maha Mulia/Perkasa  
10.Al-Jabbar ~Maha Pemaksa  
11.Al-Mutakabbir~Maha Megah  
12.Al-Khaliq~Maha Pencipta 
13.Al-Bari'~Maha Perancang 
14. Al-Musawwir~Maha Menjadikan Rupa Bentuk 
15. Al-Ghaffar~Maha Pengampun
16. Al-Qahhar~Maha Menundukkan 
17.Al-Wahhab~Maha Pemberi 
18. Ar-Razzaq~Maha Pemberi Rezeki
19. Al-Fattah~Maha Pembuka
20. Al-Alim~MahaMengetahui 
21. Al-Qabid~Maha Penyempit Hidup 
22. Al-Basit~Maha Pelapang Hidup 
23. Al-Khafid~Maha Penghina
24. Ar-Rafi'~Maha Tinggi 
25. Al-Mu'iz~Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan
26. Al-Muthil~Maha Merendahkan
27.As-Sami'~Maha Mendengar 
28. Al-Basir~Maha Melihat 
29. Al-Hakam~Maha Menghukum
30. Al-'Adl~Maha Adil 
31.Al-Latif~Maha Halusi 
32. Al-Khabir~Maha Waspada 
33. Al-Halim~Maha Penyantun 
34. Al-'Azim~Maha Agong 
35. Al-Ghafur~Maha Pengampun
36. Ash-Shakur~Maha Pengampun 
37. Al-'Aliyy~Maha Tinggi Martabat-Nya 
38.Al-Kabir~Maha Besar 
39. Al-Hafiz~Maha Pelindung 
40. Al-Muqit~Maha Pemberi Keperluan 
41. Al-Hasib~Maha Mencukupi 
42.Al-Jalil~Maha Luhur 
43. Al-Karim~Maha Mulia 
44. Ar-Raqib~Maha Pengawas 
45. Al-Mujib~Maha Mengabulkan 
46. Al-Wasi'~Maha Luas Pemberian-Nya 
47. Al-Hakim~Maha Bijaksana 
48. Al-Wadud~Maha Pencinta 
49. Al-Majid~Maha Mulia
50. Al-Ba'ith~Maha Membangkitkan 
51. Ash-Shahid~Maha Menyaksikan 
52. Al-Haqq~Maha Benar 
53. Al-Wakil~Maha Berserah 
54. Al-Qawiyy~Maha Memiliki Kekuatan 
55. Al-Matin~Maha Sempurna Kekuatan-Nya 
56. Al-Waliyy~Maha Melindungi 
57. Al-Hamid~Maha Terpuji 
58. Al-Muhsi~Maha Menghitung 
59. Al-Mubdi'~Maha Memulai/Pemula
60. Al-Mu'id~Maha Mengembalikan 
61. Al-Muhyi~Maha Menghidupkan 
62. Al-Mumit~Maha Mematikan 
63. Al-Hayy~Maha Hidup 
64. Al-Qayyum~Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya 
65. Al-Wajid~Maha Menemukan 
66. Al-Majid~Maha Mulia 
67. Al-Wahid~Maha Esa 
68. As-Samad~Maha Diminta
69. Al-Qadir~Maha Kuasa
70. Al-Muqtadir~Maha Menentukan  
71. Al-Muqaddim~Maha Mendahulukan 
72. Al-Mu'akhkhir~Maha Melambat-lambatkan 
 73. Al-'Awwal~Maha Pemulaan 
74. Al-'Akhir~Maha Penghabisan 
75. Az-Zahir~Maha Menyatakan 
76. Al-Batin~Maha Tersembunyi
77. Al-Wali~Maha Menguasai Urusan 
78. Al-Muta'ali~Maha Suci/Tinggi 
79. Al-Barr~Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan) 
80. At-Tawwab~Maha Penerima Taubat 
81. Al-Muntaqim~Maha Penyiksa
82. Al-'Afuww~Maha Pemaaf
83. Ar-Ra'uf~Maha Mengasihi 
84. Malik Al-Mulk~Maha Pemilik Kekuasaan 
85. Dzul-Jalali wal-Ikram~Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan
86. Al-Muqsit~Maha Mengadili 
87. Aj-Jami'~Maha Mengumpulkan
88. Al-Ghaniyy~Maha Kaya Raya 
89. Al-Mughni~Maha Penberi Kekayaan 
90. Al-Mani'~Maha Membela/Menolak 
91. Ad-Darr~Maha Pembuat Bahaya 
92. An-Nafi'~Maha Pemberi Manfaat 
93. An-Nur~Maha Pemberi Cahaya 
94. Al-Hadi~Maha Pemberi Petunjuk 
95. Al-Badi'~Maha Indah/Tiada Bandingan 
96. Al-Baqi~Maha Kekal 
97. Al-Warith~Maha Membahagi/Mewarisi 
98. Ar-Rashid~Maha Pandai/Bijaksana 
99. As-Sabur~Maha Penyabar

"Dan Allah memiliki Asmaul Husna(nama-nama terbaik),maka berdoalah kepadaNya dengan menyebut Asmaul Husna..."~Al-A'raf:180~

Monday, February 21, 2011

crush crash

When I was 13,I had my first love.Eh ni bukan statement aku la,cedok lyric lagu baby yang part luda.Aku punya first love masa belum 13 pun.Ha.ha.ha.Tipu.

Ada satu cerita tentang seorang budak perempuan yang boleh tahan comel.Budak perempuan ni sekolah dekat sekolah perempuan masa lower form.Dia pindah sekolah campur lelaki bila dia tingkatan 4.Sebab dah lama tak bercampur dengan lelaki,budak perempuan ni crush dekat seorang sunbae a.k.a senior form5.Nak dijadikan cerita,dia dapat number lelaki tu and she start sms him.

Satu hari,budak perempuan ni mesej "oppa,saya suka awak".Dia pergi mengaku suka lelaki tu.Nasib baik tak hantar loveletter macam Oh Ha Ni.So naive.

Lepas tu kalau mereka jumpa dekat sekolah,lelaki tu dengan kawan-kawan dia make fun of her.Too bad untuk budak perempuan tu bila dia tau lelaki tu dah ada makwe.Lagi worse makwe lelaki tu satu sekolah dengan mereka merangkap kakak form5.Budak perempuan ni pun selalu dimalukan geng kakak tu juga.Poor her:'(

Aku pun ambil pengajaran dari kisah budak perempuan tersebut,jangan confess dekat kau punya crush.My bestie once bagitau kalau kita diamkan orang yang kita suka salah satu jihad juga sebenarnya.Ohh.Lagipun bila confess akan lead kepada dua keadaan je: 
(1)rejected=pathetic
(2)bercouple=pathetic kuasa dua
Aku tulis macam ni bukanlah sebagai alasan aku tak ada mr.boyfie.It just aku rasa kita patut betul-betul kenal Pencipta cinta terlebih dahulu,daripada entertain perasaan crush dekat anyone buat masa ni.Aku percaya bila tepat masa,keadaan,ketika dan siapa,cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingnya.*pinjam ayat ust pahrol*

A woman's heart should be so lost in God that a man needs to seek Him in order to find her.

Saturday, February 19, 2011

addeen nasehah

Bila main game,mesti nak capai higher score dari sebelumnya.Sama macam study,kita akan target cgpa better dari semester lepas.Begitu juga dalam setiap aspek hidup kita,selalu berharap hari ini lebih baik dari semalam.

Kita nak jadi hamba Allah yang baik,anak yang baik,kakak yang baik,kawan yang baik,pelajar yang baik dan seorang insan yang baik.Semuanya berkisar diri kita sendiri.

"Demi masa.Sungguh,manusia berada dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kebenaran"~Surah Al-Asr~

Dalam surah ini Allah menyatakan jalan hidup sebenar seorang manusia.Itulah keimanan,amalan yang soleh,saling berpesan menjunjung ajaran yang benar dan saling berpesan supaya bersikap sabar.Selain berbuat baik,kita perlu saling berpesan dan nasihat-menasihati terhadap satu sama lain.

Kita pun cari alasan,macam mana nak nasihat orang lain kalau diri sendiri pun tak betul lagi?Diri sendiri pun belum cukup baik?Tapi bila kita boleh jamin diri kita akan baik sepenuhnya?Sedangkan kita cuma insan biasa yang tak akan terlepas melakukan dosa.

Sekurang-kurangnya bila kita bertekad untuk berubah dan buat suatu kebaikan,kita ajak sama orang-orang terdekat dengan kita.Keluarga dan kawan-kawan yang kita sayang.Contohnya ajak pergi majlis ilmu atau berpakat untuk tutup aurat dengan sempurna.

Sesuatu kebaikan yang kita tahu,sampaikan kepada orang lain juga.Dengan secebis ilmu yang ada,kita kongsi bersama.Insya Allah kita sendiri akan mudah untuk ingat dan mengamalkan ilmu tersebut kerana apa yang kita cakap akan masuk ke dalam hati kita.

Kita pun kena berlapang dada menerima teguran dan nasihat orang lain.Walaupun pada hemat kita orang yang menegur tak lebih baik pun dari kita.Bukan menilai si penegur tapi cermati teguran yang diberi pada kita,itu yang sebetulnya.


عن أبي رقية تميم بن أوس الداري رضي الله عنه, أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: «الدِّيْنُ النَّصِيْحَةُ» قلنا: لمن؟ قال: «لله, ولكتابه, ولرسوله, لأئمة المسلمين وعامتهم». رواه مسلم
Dari Abu Ruqayyah Tamim bin Aus ad-Daary radhiyallahu ‘anhu, bahwasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,“Agama itu nasihat”.Kami pun bertanya,“Hak siapa (nasihat itu)?”.Beliau menjawab,“Nasihat itu adalah hak Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, pemerintah kaum muslimin dan rakyatnya (kaum muslimin)”.(HR Muslim)

Friday, February 18, 2011

halal vs haram

Lecturer kelas management aku ada cerita tentang kawan dia yang sangat risau tentang makanan bila pergi overseas,ye lah takut tak halal.Especially makanan di hotel-hotel.Sebenarnya dekat Malaysia pun bukan semua hotel dapat pengesahan sijil halal Jakim.o.O

Dari Abu Hurairah r.a katanya,:Rasulullah SAW bersabda:”Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik.Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik.Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul. Firman-Nya:”Wahai para rasul,makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh.Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”(al-Mukminun:51)“Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu...”(al-Baqarah:172) Kemudian Nabi SAW menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu.Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa:”Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku!“.Padahal makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan dia diasuh dengan makanan yang haram. Maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya”(HR Muslim)


Perkataan halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak.Hukum Syarak bermakna undang-undang Islam dalam Mazhab Syafi’e atau Mazhab Maliki,Hambali atau Hanafi.

Takrifan halal mengikut hukum syarak yang merangkumi penyediaan, pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan, pengendalian dan pengangkutan bagi makanan, minuman dan barang gunaan orang Islam digariskan pihak Jakim sebagai berikut:

a)bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;

b)tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;

c)tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut Hukum Syarak; dan

d)tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak.

Jadi kita patut bersyukur ada Jakim membantu mengesahkan kehalalan sesuatu produk makanan dan barangan gunaan di negara ini dengan sensitif dan perhatikan logo halal dekat sesuatu produk sebelum beli.Semakan status halal produk dan hotel juga boleh dibuat dekat laman portal rasmi halal malaysia

 "Dan makanlah dari apa yang telah diberikan Allah kepadamu sebagai rezeki yang halal dan baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya"~Al_Maidah:88~

Thursday, February 17, 2011

bedtime story

Sebagai budak-budak besar yang kononnya banyak perkara nak fikir dan nak buat,selalu je rasa penat kan.Bab-bab tidur,tak payah nak dengar lullaby,letak je kepala kat bantal terus tidur mati.

Malam ni aku nak share beberapa amalan Nabi Muhammad s.a.w sebelum baginda tidur.

Berwudhu' dan tidur mengiring ke kanan.
 "Apabila kamu hendak tidur,berwudhu'lah seperti wudhu' untuk solat.Kemudian baringlah di atas lambung sebelah kanan"(HR Bukhari)

Baca doa tidur.Kalau sleepy sangat baca doa paling ringkas,

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ 
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup(jaga) dan mati(tidur).
Dan baca ayat kursi,  
"Sesiapa yang membacanya(ayatul kursi) ketika hendak tidur,dia akan dipelihara oleh Allah dan syaitan tidak menghampirinya sehingga waktu pagi"(HR Bukhari)

Insya Allah dengan beramal,tak lagi terlajak tidur dan tak subuh dinasour lepas ni^^

Wednesday, February 16, 2011

pesanan Rasulullah

Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir,pada 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Bukit Arafah,baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin.Di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini. 

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang. 

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. 

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. 

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. 

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. 

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku. 

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Tuesday, February 15, 2011

belajar mencintai Muhammad

“Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia”(HR Bukhari, Muslim, an-Nasa’ie dan Ibn Majah)
Ya,menjadi kewajipan kita untuk mencintai Nabi kita,Muhammad bin Abdullah.Bukan sekadar untuk mengenang baginda pada hari ini malah untuk belajar mencintai baginda sebagaimana baginda amat mencintai kita semua.

Rasulullah SAW bersabda: “Aku merindui ikhwanku.” Para sahabat yang mendengar menjawab: “Bukankah kami ini ikhwanmu ya Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Tidak, kalian adalah sahabatku. Ikhwanku adalah mereka yang hidup selepasku, tetapi mereka beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah bertemu denganku.” (HR Bukhari)

Sepatutnya kita mendapatkan buku-buku yang menceritakan sirah Nabi Muhammad dan membaca sejarah hidup baginda,mengenali peribadi baginda dan mengetahui kisah suka duka baginda supaya Islam sampai kepada kita hari ini.Menghayati dan menjiwai pengorbanan baginda dengan sepenuh hati sehingga kita mampu untuk benar-benar mencintai baginda.

Di samping itu,kita hidupkan sunnah-sunnah baginda dengan cuba mengamalkan dalam kehidupan kita.

Semoga Allah menjadikan kita semua termasuk dalam golongan mereka yang mencintai baginda Nabi Muhammad s.a.w.

 Allahummasolli 'ala Muhammad

Nabi s.a.w bersabda: "Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku."

(Ibn Mas'ud r.a)

"Mari berselawat ke atas Nabi^^

 

Friday, February 11, 2011

phd

Aku sedar yang aku belum pun dapat ijazah sarjana muda,jadi aku bukan nak tulis pasal doctorate of philosophy.Cuma nak berkongsi tentang perasaan hasad dengki,perasaan yang mungkin seseorang akan rasa terhadap orang lain.

Definisi hasad ialah merasa tidak suka dengan nikmat atau kebaikan yang telah Allah berikan kepada orang lain.Perasaan hasad dengki akan menyebabkan seseorang berharap keburukan terhadap orang yang didengki dan gembira bila perkara malang menimpa orang tersebut.

Sebab-sebab untuk envy ni antaranya orang yang didengki atau mahsud bijak,baik,cantik,hensem,kaya,berpengaruh dan seseorang yang dihormati atau disayangi ramai.

Orang yang dengki atau hasid ni ada banyak sebab untuk rasa envy dalam hati dia.Mungkin dia memang benci atau bermusuh dengan mahsud.Hasid juga maybe seseorang yang perasan bagus jadi dia tak boleh tahan kalau mahsud dapat sesuatu lebih bagus dari dia.Gila kuasa juga jadi sebab enviness ni.Lagi satu sebab untuk seseorang hasad dengan orang lain adalah sebab dia memang jahat.Dia tak suka orang lain dapat kebaikan dan gembira.

Perasaan hasad dengki ni boleh produces perkara evil yang lain macam hipocrisy,memfitnah,mengumpat,menghina dan mungkin sampai menyeksa mahsud.Hasid sendiri jadi rasa tak tenteram,gloomy dan depressed dalam hati.

Tapi setiap penyakit ada penawarnya.Hasid sepatutnya sedar hasad dengki dia langsung tak menjejaskan mahsud dan takkan menghilangkan kebaikan yang ada.Kena paksa diri sendiri dan cuba buat baik dengan orang yang didengki,puji dan berkawan dengan dia untuk convince hati untuk respect dia.Hasid juga kena belajar menerima kebaikan pada mahsud adalah kehendak dan anugerah Allah pada dia dan dia juga ada kelemahan sendiri yang tidak diketahui.Paling penting bila rasa hasad terhadap orang lain minta bantuan Allah untuk menghilangkan perasaan tersebut sebab ia cuma inspired by satan dan nafsu ammarah sendiri.

Tak salah juga untuk seseorang mengharapkan kebaikan sama dengan orang lain tanpa berharap dia hilang kebaikan tersebut dan tak membenci apa ada padanya.Orang yang beriman mestilah berharap dan berdoa pada Allah dan menerima seadanya kurniaan Tuhan kepada setiap makhluk.

وَلا تَتَمَنَّوْا مَا فَضَّلَ اللَّهُ بِهِ بَعْضَكُمْ عَلَى بَعْضٍ لِلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِمَّا اكْتَسَبُوا وَلِلنِّسَاءِ نَصِيبٌ مِمَّا اكْتَسَبْنَ وَاسْأَلُوا اللَّهَ مِنْ فَضْلِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا
“Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikaruniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (karena) bagi orang laki-laki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi Para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala sesuatu.” (QS. an Nisa’: 32)

Thursday, February 10, 2011

ukhuwwahfillah

Rasa sangat bahagia bila sahabat-sahabat cakap,
uhibbukifillah.
Aku pun sayang sahabat sekalian.
 Semoga Allah menyayangimu kerana kamu menyayangiku keranaNya.

Tuesday, February 8, 2011

politikus

Aku baru letak link blog dua ikon politik tanah air yang disegani dan disayangi ramai dekat blog aku ni.Blog mursyidul am pas,Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan mantan perdana menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad.

Aku bukanlah student sains politik dan tak berapa reti selok belok politik ni.Tapi nak tak nak politik tetap sebahagian dari hidup kita sebab kita yang pilih pemimpin untuk menerajui negara tercinta ni.Jadi kena betul-betul kenal lah siapa sebenarnya yang kita sokong dan sanjung.

Dengar pendapat dan penjelasan kedua-dua belah pihak kemudian nilai sendiri untuk membezakan di antara yang benar dan yang palsu dalam sesuatu isu.Bukannya percaya bulat-bulat semua yang dicanangkan dalam paper dan berita kat tv sebab media tersebut prokerajaan.Kena jugak tengok harakahdaily barulah adil untuk parti pembangkang.

Btw,warkah kat bawah ini surat pembaca harakahdaily.Untuk Tun Dr Mahathir Mohamad.

Monday, February 7, 2011

cantik,seksi dan scarfelista

Beauty lies in the eyes of beholder.Aku cuma nak tulis pasal busana muslimah di Malaysia ni.Sekarang dah tak ramai perempuan pakai baju kurung.Kebanyakannya prefer blouse,dress,tshirt dipadankan dengan skirts atau pants.Nampak lagi cantik dan comel.Lepas tu boleh mix and match lagi,dengan jacket,bolero,cardi.Dekat Malaysia pulak is okay untuk pakai colourful,bukan only black abaya untuk perempuan.Tambahan pulak empunya badan pandai menggayakannya.Cantik sungguh.

Tapi yang cantik jadi seksi bila tak menutup aurat sempurna.Aurat perempuan kan seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.Jadi pakai tshirt labuh dan lengan panjang tak tutup aurat kalau ketat sendat membalut tubuh.Sama jugak dengan skinny jeans,nak-nak lagi legging.Bukan menutup aurat,membungkus aurat namanya.Menampakkan semua yang berbonjol sampai terjojol biji mata lelaki yang memandang.Pakaian macam tu sama sahaja dengan tak pakai apa-apa,cuma berbeza warna.

Saidatina Aisyah R.A. meriwayatkan bahawa saudara perempuannya Asma' binti Abu Bakar masuk ke rumah Nabi S.A.W memakai pakaian yang nipis dan jarang sehinggakan menampakkan bentuk tubuhnya. Nabi S.A.W lalu memalingkan muka Baginda daripada Asma' dan berkata:"Wahai Asma'! Sesungguhnya apabila seseorang wanita telah mencapai umur baligh, dia tidak boleh mendedahkan badannya kecuali ini dan ini - sambil menunjukkan muka dan kedua tapak tangan (kedua-dua tangan)." (Riwayat Abu Daud)

Fesyen tudung pun macam-macam pilihan untuk digayakan.Tudung bawal,tudung awning,tudung syria dan paling glamour sekarang, shawl.Seorang kawan pernah tanya pendapat aku tentang pakai shawl.Dia rasa segan nak pakai sebab nanti orang tengok pelik sebab dia tak pernah pakai dengan environment universiti kami lagi.Sebab biasanya orang pakai shawl nampak kurang manis sebab tak tutup aurat betul-betul.Tak ikut macam Allah suruh dalam Al-Quran,Surah AnNur:31,iaitu menutup dada.

Sebenarnya tak kisah la pakaian apa sekalipun,fesyen macammana pun,asal menutup aurat.Niat dalam hati paling penting,bukanlah"aku nak nampak gorgeous,biar semua orang jealous",sebaliknyasemata-mata nak ikut tuntutan syarak iaitu menutup aurat.Jom tutup aurat dengan sempurna^^,