Sunday, February 27, 2011

kalau berpacaran

Kalau Berpacaran - Sohaimi Mior Hassan feat. Ana Rafali dan Altimet

Kalau berpacaran memang banyak pantang larang
Menjaga susila ibu bapa adik abang
Apabila berdua carilah tempat yang terang
Agar tidak pula mencoba aksi terlarang

Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi saw. bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya.Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.” (HR Muslim)

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu perisai orang beriman

Kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihmu disambar buaya

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Mana-mana lelaki tidak akan berdua-duaan (berkhalwat) dengan perempuan, melainkan pasti syaitan akan menjadi yang ketiga.” (HR Tirmidzi)

Yeah kita sambung cerita
Kalau kamu berdua aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia ucap syahadah

Boleh pandang-pandang
Boleh pegang-pegang
Duduk rapat-rapat
Nanti confirm dapat
Jangan malu-malu
Jangan segan-segan
Hahahaha

Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu,maka anggaplah ia musuh(mu),kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala ~Surah Fathir:6~

5 comments:

  1. people should lower their gaze to prevent this kinda thing..boleh pandang2? definitely not..cos dari mata turun ke hati..

    Tell the believing men to reduce [some] of their vision and guard their private parts. That is purer for them. Indeed, Allah is Acquainted with what they do.(24:30)

    may Allah bless..

    ReplyDelete
  2. betul nelly,lagu ini layan dan ada nasihat jugak but tak 100%,mcm yang waniehusna cakap.Definitely tak boleh pandang2 pun^^

    ReplyDelete
  3. bismillah,
    Ana tak berapa tertarik dengan lagu ini, cumanya terkejut ada 'something' yang kurang elok dalam bait liriknya.

    Kuasa lagu dalam muhasabah sememangnya wujud. Namun lagu ini ana tidak mengkategorikan lagu yang berupaya menimbulkan 'Kuasa' muhasabah apabila madu' mendengarnya. Bahkan, ramai yang mendengar atas kerana tepat pada jiwa mereka yakni istilah 'couple' dengan rentak yang 'catchy' agak ranggi maka ia terlekat dalam perasaan para madu' namun mesej muhasabah tidak kesampaian.

    _______________________________________________

    MUHAMMAD AFIQ BIN MD NASIR
    -kembara seorang muslim-

    ReplyDelete
  4. Halo salam perkenalan dari saya. Baca pula tulisan saya di website saranwisata

    ReplyDelete