Sebenarnya hari khamis lepas aku kena sound dengan kakak bilik aku ni.Uhhh.Tapi bukan aku je,campur dua orang lagi roomate dan mereka senior aku jugak.Tapi kakak dua orang ni junior kakak yang marah kami.Dan mereka berdua dah tinggalkan aku pergi baktisiswa:'(
Sebabnya kitorang berborak sambil gelak-gelak pukul 1 pagi sampai kakak tu tak boleh tidur jadi kitorang kena marah kaw-kaw lah kan.Aku rasa macam 1 pagi tak la lewat sangat.Biasalah dah bersalah pun nak cari alasan lagi.Tapi aku sangat takut nak cakap dengan kakak tu sampailah hari ni,alhamdulillah dah okay^^
Moral of the story,kita kena tunaikan hak-hak orang sekeliling kita.Kalau tinggal bersama macam aku ni,kenala jaga hak roomate.Jangan nak buat bising malam-malam.Lebih tepat pagi-pagi.o.0
Dari Abu Hurairah RA,beliau berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:Hak seorang muslim terhadap seorang muslim yang lain itu ada 6 perkara.
(HR Muslim)
- Apabila kamu menjumpainya, maka hendaklah kamu memberi salam kepadanya.
- Apabila dia menjemput kamu, hendaklah kamu menghadiri jemputannya.
- Apabila dia meminta kamu memberi nasihat, hendaklah kamu menasihatinya.
- Apabila dia bersin lalu dia mengucap Alhamdulillah, hendaklah kamu berdoa kepadanya (dengan ucapan Yarhamkallah).
- Apabila dia sakit, hendaklah kamu lawatinya.
- Dan apabila dia mati, hendaklah kamu iringi jenazahnya ke kubur.
No comments:
Post a Comment