Thursday, March 31, 2011

la taghdob

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa,
seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW,"Berikan daku wasiat."
Baginda bersabda,"Janganlah engkau marah"
Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali.
Baginda tetap bersabda,"Janganlah engkau marah."
(HR Bukhari)
Jangan marah,nanti cepat tua.
Jangan marah,nanti kena jual.
Jangan marah,sebab Nabi pesan^^

Wednesday, March 30, 2011

belajar mengaji

Abah dan ummi aku yang ajar kami adik-beradik mengaji Al-Quran masa kecik-kecik dulu.Bila dah besar dan masuk asrama,ummi dan abah aku tak lagi membetulkan bacaan Al-Quran aku.Mungkin sebab di sekolah pun belajar lagi Al-Quran.

Tapi tulah,belajar mengaji waktu kecil lebih kepada nak melancarkan bacaan.Belajar di sekolah pula sebab nak dapat A exam.Jadi sekarang ni baru tersedar ada lagi hukum-hukum tajwid yang belum betul sempurna sebenarnya.Sebab diri sendiri tak take note kepentingannya.

Bila kita belajar Al-Quran bertajwid ni boleh elakkan kesalahan dalam bacaan,diganjari pahala dan beri kita keyakinan semasa membacanya.

Sebab tu penting untuk kita membaca Al-Quran secara bertajwid.Kalau tak tahu,kena usahakan untuk belajar.Dekat internet ada banyak je tutorial tajwid tapi belajar mengaji ni memerlukan kita bertalaqi,iaitu berguru dengan orang yang mahir.

Takkan nak tunggu tua baru kalut nak ikut kelas-kelas mengaji.Ada makcik-makcik dekat rumah aku yang belajar iqra' dengan adik aku yang darjah 4.Sebab segan nak belajar dengan anak sendiri.Alhamdulillah semangat nak belajar masih ada,tapi alangkah baiknya kalau kita yang masih muda ni usahakan dari sekarang belajar Al-Quran dengan bertajwid sekali.

Ilmu belajar tajwid Al-Quran ini takkan pernah merugikan kita.Malah sedikit sebanyak boleh kita gunakan untuk ajar adik-adik atau sahabat yang baru nak belajar mengaji.
  
Rasulullah bersabda"Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya".(HR Bukhari)

Tuesday, March 29, 2011

no title

Sekarang ni tengah study week dekat uia,kecuali bagi student medic dan dentistry.Sebenarnya aku dah start exam satu paper,study circle 1.Aku sedikit kecewa dengan sorang makcik pengawas exam tu.Aku tanya dia maksud satu term ni yang aku tak faham tapi boleh pulak dia sound aku kuat-kuat dalam dewan exam.

Dia cakap yang aku patut tahu maksud term tu sebab ada dalam silibus.Dan lagi kalau dia bagitahu aku maksud perkataan tu means that dia dah tolong jawabkan soalan untuk aku.Apa masalah dia sampai nak kena cakap dengan kuat?

Satu dewan pandang muka innocent aku ni.Keluar je dewan,kawan aku tanya pulak "kau ke yang kena marah dalam dewan tadi?".Aku cuma harap dia tak marah tak tentu pasal lagi.Cakap je la tak boleh bagitahu kalau tak nak cakap.Kan aku dah terasa..Huhu,sampai aku cerita pulak kat blog.Abah aku cakap let it go je,bukannya apa sangat.Yelah abah,saya let it go..kat blog..hehe.

Monday, March 28, 2011

goodbye lullaby

Definition of music by wiki; music is an art form whose medium is sound.Common elements of music are pitch, rhythm, dynamics, and the sonic qualities of timbre and texture.Greek philosophers and ancient Indian philosophers defined music as tones ordered horizontally as melodies and vertically as harmonies.

Aku rasa semua orang macam aku juga,suka muzik,melodi yang harmoni kan.Ada juga muzik punk,heavy metal,gothic yang bagi aku tak harmoni pun.Huhu.Tapi bak kata matluthfi,accept music differences.Hemm.

Cumanya kita ni as orang Islam tak patut terlalu mengagung-agungkan muzik.Macam 24 jam nak pakai headphone sampai bergoyang-goyang kepala melayan lagu-lagu faveret.Bila dah selalu dengar,mulut pun mudah je nak bersiul-siul lagu yang dah melekat kat kepala.

Maksud aku,lagu dan muzik ni boleh melalaikan kita.Aku tak nafikan muzik boleh jadi medium dakwah juga macam lagu-lagu Maher Zain dan nasyid tempatan.Tapi berapa kerat je yang layan nasheed ni.Sekarang ni pulak,trend lagu k-pop.Ramai layan walaupun tak faham pun meaning.Kawan aku cakap,bila tak faham lagi best sebab kita boleh bajet lirik kita sendiri,ikut mood katanya.Haha.

Apa pun dari menadah telinga dengar lagu-lagu jiwang baik dengar bacaan al-Quran.Dari menyanyi lagu rock,baik baca ma'thurat.Dari asyik bermuzik,lebih baik larut dalam zikir pada Tuhan.Orang cakap muzik satu terapi,Tuhan cakap hanya dengan mengingatiNya hati boleh menjadi tenang.Aku rasa sekarang masanya untuk menenangkan hati ini..

Sunday, March 27, 2011

padaMu ku bersujud

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud waktu seorang hamba paling hampir dengan Allah adalah ketika bersujud dan baginda berpesan supaya kita memperbanyakkan doa sewaktu sujud(HR Muslim).

Oleh itu,kita mestilah perbanyakkan doa dalam setiap sujud terutamanya dalam solat fardhu dan bukan dalam sujud terakhir sahaja.Video ini tahun lepas,tapi mungkin ada lagi yang belum tengok,tentang seorang lelaki yang meninggal sewaktu sujudnya.

Friday, March 25, 2011

kenapa freehair?

Her hair, her hair
falls perfectly without her trying
She's so beautiful
And I tell her everyday

Bruno Mars cakap perempuan nampak cantik dengan rambutnya kan.Memang cantik pun,sebab tu Allah suruh tutup,jaga kecantikan tu.Tak kasi basi.Yela,apa-apa pun yang dibungkus atau ditutup rapi tentu lebih cantik daripada yang terbuka dan terdedah dengan macam-macam noda.

Kawan-kawan  yang masih tak bertudung sepenuhnya tentu pernah pakai tudung masa function tertentu,pergi kelas mengaji ke,kelas fardhu ain ke pergi kubur ke.Kalau tak pun,bila solat sudah tentu pakai telekung.Jadi bertudung bukannya alien sangat sebenarnya.

Cuma mungkin belum kuat kesedaran dan keinginan untuk bertudung tapi aku percaya tentu cita-cita untuk menutup aurat dengan sempurna itu ada.Ada seorang kakak dekat sini yang sangat cantik bagi aku dan alim orangnya.Dan dia bercerita dekat aku yang dia baru beberapa tahun bertudung sebenarnya.

Aku rasa kagum,dan macam nak menumpang kekuatan yang dia ada untuk betul-betul berhijrah ke arah lebih baik.Aku tau bukan mudah untuk dia berubah,mungkin background family,kawan-kawan,persekitaran dan cabaran paling besar sekali adalah perasaan sendiri.

Sebenarnya tak perlu nak beralasan dengan muslimah bertudung tapi serabai,pengotor,berbau etc.Sebab Islam itu indah dan kenapa tak tonjolkan Islam yang sebenar dengan diri sendiri daripada mencari-cari salah orang lain.Lagipun soal aurat dia dah lepas.

Ada juga yang mempersoalkan muslimah bertudung tapi perangai buruk.Kita kan sama-sama orang Islam,sama-sama berubah lah.Kalau saling menuding kesalahan dekat sesama muslim,macam mana non-muslim nak terpaut hati pada Islam.

Aku rasa sedih sebab kawan yang aku kenali di kelas manis bertudung,tapi dekat facebook kontra sama sekali.Berubahlah,meskipun payah.Semoga Allah selalu berikan kita petunjuk dan hidayahNya.

Thursday, March 24, 2011

lebih baik dari dunia dan segala isinya

Family
BFF
Food
Girl's bestfriend                             
Car
Home
Tak terlist keindahan dalam dunia ni.Tak masuk pantainya,sunset,paris dan perkara-perkara yang menarik hati lainnya.Tapi ada yang lebih baik dari semua tu,


عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا، عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنْ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا رواه مسلم والترمذي والنسائي وأحمد
Dari Aisyah ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda,“Dua rakaat solat sunat sebelum subuh,lebih baik daripada dunia dan segala isinya.”(HR. Muslim, Turmudzi, Nasa'i &Ahmad)

Wednesday, March 23, 2011

spm

Tahniah buat semua yang mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia hari ini.Tahniah sebab susah payah belajar selama ini akhirnya terbayar dengan sekeping slip keputusan yang cemerlang.Kalau keputusan tak menggembirakan pun,berlapang dada lah.Mungkin setakat itu saja yang kita mampu.

Kalau rasa dah belajar sungguh-sungguh dan buat yang terbaik masa spm,tapi keputusan teruk juga,jangan lupa yang semua tu bukan di bawah kekuasaan kita.Bukankah rezeki masing-masing sudah Allah tentukan?

SPM bukan segala-galanya,walaupun cikgu dekat sekolah selalu cakap sebaliknya.Statement macam tu sebagai pemberi semangat sebelum SPM je.Teringat hari aku ambil keputusan di sekolah dulu,ramai orang menangis,aku pun.Sebab orang cuma pandang keputusan straight A's.Sekarang A+'s.Sedihlah bila tak dapat.

Makcik-makcik,pakcik-pakcik akan sibuk nak bertanya keputusan sampai hp kena off.Bukan apa,tak sempat nak tenangkan hati sendiri orang lain nak tumpang serabutkan lagi.Tolonglah aku penat nak melayan pandangan orang yang nak menilai keputusan aku padahal mereka tak pernah ambil SPM pun!

Melepas perasaan 2 tahun lalu dekat sini pulak.TEEHEE.Apapun perkara dah lepas,life must go on.Kalau ada yang sama macam aku juga,aku nak cakap aku faham perasaan kamu.Beberapa bulan ni je orang sibuk nak tau keputusan kamu,dan jangan nak jiwa kacau sebab ni.

Lagi satu tak payah risau pasal nak sambung belajar.Rezeki di tangan Tuhan,kalau ada rezeki boleh juga teruskan pengajian dalam jurusan pilihan hati.Banyak lagi lah peluang lain nak buktikan dekat mak ayah dan orang-orang yang menyibuk ni yang kita boleh berjaya,InsyaAllah.Perbetulkan niat lepas ni,belajar kerana Allah^^

Tuesday, March 22, 2011

bila sampai seru

Aku nak cerita tentang satu cerpen yang aku pernah baca dalam Berita Harian tapi aku lupa nama penulisnya.Cerpen tersebut mengenai seorang ibu yang selalu bising suruh anak lelakinya kahwin cepat-cepat sebab nak merasa ada menantu dan menimang cucu.Tapi anak dia asyik bagi alasan belum sampai seru lagi nak mendirikan rumahtangga.

Sudah ramai calon pilihan ditunjukkan pada anaknya tapi tiada satu pun berkenan di hati.Sampailah satu ketika,si anak telefon ke kampung dan bagitahu yang dia nak bawa balik calon menantu untuk bertemu si ibu.Ibu dia gembira bukan kepalang sebab doanya pada Tuhan dimakbulkan jua.Macam-macam persiapan dibuat untuk menyambut bakal menantu.

Malangnya,ibu yang sangat gembira ni mendapat perkhabaran anak kesayangannya maut akibat kemalangan dalam perjalanan pulang ke kampung,bersama bakal menantu yang ditunggu-tunggu!Ibu tersebut end up dengan mengalami tekanan perasaan dan terus menunggu kepulangan anak lelakinya,yang sudah sampai seru untuk kahwin namun terlebih dulu diseru pulang kepada Tuhannya.

Kita pun selalu dengar orang yang belum mahu berhijrah ke arah kebaikan dengan beri alasan "tak sampai seru lagi".Masalahnya nak tunggu sampai bila?Seruan ke arah kebaikan selalu ada,tapi kita yang sengaja pekakkan telinga.Di dunia ni bolehla beralasan dengan sesama manusia,tapi dengan Allah Yang Maha Mengetahui tak ada yang boleh disorokkan.

Bukan apa,takut-takut bila malaikat maut sedang menarik nyawa kita barulah nak mengaku kita sudah sampai seru untuk berbuat kebaikan.Barulah terasa nak buat segala perintah Allah.Tapi waktu itu,it's really too late.

Monday, March 21, 2011

adik-adikku

Malam ni final rancangan realiti adik-adikku musim kedua di TV1,tapi aku tak dapat nak tengok:(Aku sangat kagum dengan daie-daie kecil dalam rancangan tu.Waktu musim pertama dulu,bukan aku je yang tersentuh hati bila dengar adik-adik ni petah berbicara memberi nasihat,tapi makcik pakcik dalam tv pun aku tengok sampai menitiskan air mata.

Sometimes,simple words and simple action boleh beri kesedaran pada sesiapa saja.Sebab tu jangan pernah berhenti saling berpesan-pesan ke arah kebenaran semua^^

Sunday, March 20, 2011

contest adik-beradikku yang cute

Meriah betul dunia blog ni dengan macam-macam contest.Aku pun nak join satu contest ni,yang dianjurkan oleh budak kampung atau Fadhirul Ahmad,contest adik-beradikku yang cute.

Jadi dekat sini,aku nak letak gambar adik lelaki bongsu aku,Muhammad Zahidi,ketua kelas 1 Cergas 2011=)

Em,aku pilih gambar ni sebab aku rasa nak letak gambar ni=)

3 orang yang di tag adalah:

intoxicant

"Semua yang memabukkan bererti arak, dan setiap arak adalah haram." (Riwayat Muslim)

Kawan aku tak jadi nak kerja jadi cashier dekat Giant di Shah Alam sebab katanya di situ ada di jual arak dan tak ada kaunter khusus untuk  pembayaran arak.Itulah pilihan terbaik walaupun gaji kerja dekat kedai cermin mata cuma 1/3 berbanding di Giant.

Sebab jadi cashier yang menerima bayaran pembelian arak juga termasuk dalam 10 kategori yang turut bergelumang dosa seperti terdapat dalam hadis Rasulullah.

Ibnu Umar r.a dan Anas bin Malik r.a melaporkan bahawa Rasulullah SAW telah menegaskan, ada 10 golongan berhubung-kait dengan arak yang mendapat laknat daripada Allah, mereka itu ialah:

1. Orang yang memerah arak (pekerja)
2. Orang yang diminta arak diperah untuknya (peminum atau tuan kedai arak)
3. Orang yang meminumnya (peminum)
4. Orang yang membawanya (termasuk pemandu atau yang menghidangnya)
5. Orang yang meminta dibawa arak kepadanya (pelanggan, peminum atau pekerja)
6. Orang yang memberi minum arak kepada orang lain (pekerja dan tuan kedai atau kelab hiburan)
7. Orang yang menjual arak (tuan kedai dan kelab hiburan)
8. Orang yang mendapat hasil daripada arak (tuan kedai dan pemegang saham)
9. Orang yang membeli arak (peminum atau pekerja)
10. Orang yang meminta dibelikan arak untuknya (peminum)

(Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Ustazah kelas islamic worldview aku cakap terdapat lebih kurang 1000 muslims yang masih kerja dekat wine pantry ni.Tak sure pulak di Malaysia atau statistik seluruh dunia.Malaysian Airlines pun masih serve arak dekat penumpang.Macam mana agaknya pilot dengan pramugari muslim yang kerja on plane waktu tu?Bila Malaysia betul-betul nak jadi negara Islam ye..

Friday, March 18, 2011

nur fasha sandha

Biasanya kalau makanan yang aku order lambat siap aku akan duduk menunggu kat cafe sambil tengok tv.Maklumlah jarang-jarang jumpa tv.Hari tu,ada dua orang saudari duduk menunggu bersama aku sambil tengok tv jugak tapi kami tak berkenal-kenalan pun.

Lepas tu keluar iklan drama Fasha Sandha kat tv.Aku pun terdengar dua orang saudari ni berkongsi rasa yang sama terhadap pelakon bernama Fasha Sandha.Benci.Mereka macam saling bagi sebab masing-masing kenapa benci sangat dekat Fasha.Aku tengok muka mereka penuh hatred pandang skrin tv.

Terasa macam ada something wrong kat situ.Benarlah seorang artis tak sepatutnya pakai seksi dan terlibat dalam macam-macam kontroversi,tapi kita pun tak sepatutnya membenci dia in person.Hate the sin,not the sinner.Tak kisahla sesiapa pun.Aku macam baru tersedar perkara ini yang aku pun pernah buat.

Nampak tak kena.Lagipun,buat apa nak kotorkan hati kita dengan rasa benci kat sesiapa walaupun dia artis.Siap kutuk dan mengata lagi.Bila fikir balik ia sama sahaja dengan kita backbiting orang-orang yang dekat dengan kita.Menambahkan dosa je.Baik tak payah.

Siapa tau satu hari nanti artis-artis ini berubah lebih baik.Tentu ramai yang akan terkesan dengan penghijrahan mereka.
Dengan izin Allah.

Thursday, March 17, 2011

finger lickin is good

Rasulullah SAW menjilat jari-jari baginda tiga kali sesudah makan.(HR Tirmizi dan Muslim)

Apabila selesai makan Rasulullah SAW menjilat ketiga-tiga jari baginda(HR Muslim,Tirmidzi dan Abu Dawud)

Rasulullah makan dengan tiga jari baginda.Sesudah itu,beliau menjilat ketiga-tiganya(HR Tirmizi dan Muslim)

Syamail Muhammadiyah:Cara Rasulullah makan.

Jangan pulak kita nak kutuk-kutuk orang jilat jari selepas makan sebab ia sunnah Rasulullah dan jom amalkan bersama^^

Wednesday, March 16, 2011

death note

Dari Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali.

Semalam aku dikhabarkan ayah kepada seorang kawan yang aku kenali sejak sekolah rendah meninggal dunia.Semalam juga isteri kepada kawan abah aku meninggal.Setiap hari sebenarnya berlaku kematian,cuma kita melupakan mati sebab belum menjemput orang-orang yang terdekat dengan kita.Hakikatnya mati tak pernah lupakan kita.

Kadang-kadang kita semacam kebal bila mendengar tentang mati.Sebab tak terasa apa-apa bila mendengar kisah kematian dan tak nak reflect pada diri sendiri.Semacam tak kisah,sedangkan diri sendiri belum cukup bersedia menghadapi mati.

Ada satu kisah seorang raja pada suatu ketika dulu yang tak mahu mati.Lalu diperintahkannya orang suruhan membina sebuah bilik kebal untuknya.Kebal bertutup dan tak boleh ditembusi oleh suatu apa pun.Bila bilik siap, raja itu bengang sebab mendapati ada lubang kecil disediakan di satu sudut sebagai salur udara kerana menurut raja itu malaikat maut akan dapat masuk melalui lubang itu.

Rupanya bagi raja itu,andai dia berhasil bersembunyi dari malaikat maut maka sudah tentu mati tak akan mendatanginya.Tapi raja tersebut silap,kerana lubang udara yang disuruh tutup itu menjadi punca dia tak dapat bernafas dan akhirnya raja mati jua dalam bilik kebal ciptaannya.

Sekebal mana pun kita mendengarkan mati,diri kita tak akan pernah kebal menghadapinya.Cukuplah kematian mengingatkan kita yang dunia ini bukanlah apa-apa.Bukannya orang yang punya IQ 200 yang paling bijak tapi si bijak sebenar adalah orang yang selalu mengingati mati dan bersedia menghadapinya.

Setiap yang bernyawa akan merasakan mati.Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu.Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga,sungguh,dia memperoleh kemenangan.Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya~Surah Ali Imran:185~

Tuesday, March 15, 2011

sejarah mungkin berulang

Cikgu sejarah form 4 aku adalah guru penolong kanan pentadbiran sekolah.Cikgu ni memang la garang,tak ada maknanya kami nak ponteng kelas ke tak hantar homework ke,sebab takut.Sampai sanggup tak tidur nak siapkan nota sejarah.

Tapi ada sekali tu sorang budak lelaki tertidur dalam kelas sejarah.Sebab mengantuk sangat sampai gaya dia tercium-cium buku teks sejarah atas meja.Cikgu pun suruh satu kelas pandang budak tu.Cikgu yang mula-mula bengang dan marah pun boleh tergelak tengok aksi budak tu.Aku dah memang gelak sakan dan sampai sekarang aku tak boleh lupa pasal ni.HAHA.

Mungkin kamu tak rasa kekelakaran dalam situasi ini dan tak elok gelakkan orang sebenarnya.My point just history is a boring subject for most student.Kalau ada yang mampu bertahan dalam kelas sejarah pun sebab cikgu sejarah sangat garang atau sangat hensem.Tapi akan ada jugak yang tewas=D

Baru-baru ni aku ada pergi kuliah sirah yang menyedarkan aku sebenarnya belajar sejarah sangat penting.Lebih separuh isi Al-Quran mengkisahkan sejarah sebagai ibrah untuk ulul albab.Kisah-kisah kejayaan dan kesilapan suatu ketika dulu mesti dipelajari supaya dapat kita kutip pengajaran.Perkara yang baik kita teruskan dan kesilapan diperbaiki dan jangan diulangi lagi.

Belajar sejarah juga bukan terletak pada perincian tarikh atau bilangan sesuatu tapi lebih kepada pedoman yang kita dapat.Sumber sejarah yang kita pelajari pun penting dan sumber paling autentik untuk kita adalah Al-Quran sendiri dan kitab sirah Nabi Muhammad.Sebagai orang Islam of course belajar sirah Nabi Muhammad mesti nombor satu sebab Allah dah bagitahu kita baginda SAW adalah contoh teladan yang terbaik untuk kita.


“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu(iaitu)bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan hari akhir dan yang banyak mengingati Allah” ~Surah Al-Ahzab: 21~

Kalau tak tahu sejarah hidup Nabi Muhammad SAW,macam mana nak jadikan baginda teladan kan?Dalam Al-Quran juga Allah ceritakan kisah manusia yang ingkar seperti Firaun,Qarun,kaum Nabi Lut dan kaum Nabi Nuh serta balasan terhadap mereka sebagai iktibar buat kita.Dan George Santayana cakap,those who cannot remember the past are condemned to repeat it.Jadi kita kena lapang-lapangkan diri selak balik sejarah.

Btw,cikgu sejarah aku yang agak garang sebenarnya baik hati orangnya.Budak lelaki di atas pula dapat A1 sejarah dalam SPM^^

Monday, March 14, 2011

mathematics and me

Minggu lepas aku belajar chapter cryptology dalam number theory.Cryptology=Krypton=Kal-El=Clark Kent.Hehe.Cryptology ni pasal secrecy system.Belajar macam mana nak encrypt mesej rahsia based on modular arithmetic,dan orang yang nak decrypt mesej kena la tau secret key yang kita guna.Nak communicate privately lah ni kiranya.

Sebagai contoh,I THINK I LOVE YOU ditransform ke ciphertext  menggunakan  C=7P+10(mod 26) menjadi ONHOX COJEB MWEU.Kalau tak faham,buat-buat faham=)

Aku cuma nak cakap belajar matematik ni sangat  interesting.Ramai tak suka math sebab susah dan rasa macam tak ada kepentingan dalam hidup.Sebenarnya matematik yang ajar kita logical reasoning, berfikir secara kritikal dan abstrak,dan problem solving skill untuk diapply dalam hidup.

Matematik jugak explain sains dan universe kita ni dengan dia punya calculation dan analisis.Lagipun matematik pun ilmu Allah juga.Pengasas kepada beberapa cabang  dan konsep asas matematik pun ilmuan Islam yang hebat iaitu Al-Khawarizmi.

Sebenarnya aku sedang cuba menginspirasikan diri sendiri untuk rajin buat latihan sebab final dah dekat=.=

My dear ummi and abah yang dah ajar aku ilmu asas kira-kira masa kecik dulu,

juga buat cikgu-cikgu matematik yang aku sayang,               
                                                                  
 Cikgu Amran.Cikgu Ruhul.Teacher Ramina.Cikgu Hisyam.Cikgu Zamri.Teacher Aina.Cikgu Hashimah.Cikgu Hamidah. Teacher Hasniza. Cikgu Zuraidah.Cikgu Rosni.

Tak dilupakan lecturer di Uia,

Sir Ali.(Madam Ruslina).Madam Norazilah.Dr Jesni.Prof Nasir.Dr Pah Chin Hee.

Infinite of thanks to all of you from me<3

Friday, March 11, 2011

baitul muslim

Bulan lepas aku diajak pergi kursus baitul muslim,kursus membina sebuah keluarga yang diredhai Allah.Tapi weekend tu aku ada kelas jadi tak dapat pergilah.Seorang kakak ada usik aku,"Hafizah tak boleh pergi kursus bm lagi ni,baru umur 19,tak layak".Haha.

Bercakap pasal baitul muslim ni,perkara pertama terlintas adalah kahwin.Semua orang yang belum kahwin jadi excited bila sebut pasal kahwin.Apa yang di excitedkan pun tak tahu.

Mungkin sebab kalau belajar di uia ni,selalu nampak pasangan muda berjalan dan makan sama-sama kat cafe.Kadang-kadang nampak baju baby dengan sarung tangan kecil yang comel dijemur kat ampaian mahallah.Terserempak pulak dengan kakak berpurdah tengah dukung baby sambil hubby dia sorong kereta bayi.

Dekat tempat lain pun berlambak pemandangan macam tu,tapi aku merujuk kepada pasangan yang sudah 'halal' dan berkahwin di usia muda dan masing-masing masih belajar dan mereka orang-orang yang baik.Nampak 'sweet' je.

Tapi,perkahwinan dan baitul muslim bukan sebarang perkara sweet.Ia perkara besar dan a lifetime commitment.Ustaz Pahrol bagitahu true colour pasangan cuma diketahui selepas lima tahun pertama marriage.Bukan sedikit kematangan yang diperlukan untuk membina dan mempertahankan sebuah keluarga.Apalagi membina baitul muslim seterusnya membentuk masyarakat dan ummah yang diredhai Allah.

Sebab tu orang selalu cakap ia bermula dengan diri kita,yang sekarang ni.Kita selalu berharap the other half kita nanti begitu dan begini.Tapi diri sendiri tak nak berubah ke arah lebih baik.Mana aci macam tu.Sekarang lah kita berubah,dan insyaallah bakal pasangan kita juga sedang mempersiapkan dirinya.Barulah nanti saling melengkapi untuk sama-sama mendapat keredhaan Allah.

Thursday, March 10, 2011

surat cinta

Macam mana kiranya kita mendapat surat cinta daripada seorang yang mencintai kita,tapi kita tak mengerti bait-bait ayat yang tersurat indah atas sehelai kertas itu?Walaupun kita tatap dan baca surat tu berulang kali pun,maksud sebenar si pengirim tak sampai pada kita.Ayat yang terlalu berpuitis tu penuh dengan rasa cinta buat kita tapi kita tak ada feel pun sebab tak faham!

Apalagi antara kita dengan Al-Quran yang merupakan kalam Allah.Membaca Al-Quran merupakan satu ibadah yang menghampirkan kita kepada Allah.Pahala membaca Al-Quran sangat besar,dengan satu huruf Al-Quran diganjari dengan sepuluh kebaikan.Keindahan,kemanisan dan kelazatannya tak akan susut atau hilang meskipun ia dibaca berulang-ulang.

Isi kandungan Al-Quran yang menakjubkan tak berkesudahan,sebagai rahmat dan penawar kepada orang yang beriman.Al-Quran juga kitab pembawa hidayat dan berapa ramai yang memeluk islam setelah mengkaji Al-Quran.Alangkah ruginya kita kalau tidak sama-sama menghayati maksud ayat-ayat Al-Quran yang selalu kita baca ini.

Sungguh,telah Kami turunkan kepadamu sebuah Kitab(Al-Quran) yang di dalamnya terdapat peringatan bagimu.Maka apakah kamu tidak mengerti?~Surah Al-Anbiya':10~


Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa arab bukanlah satu alasan untuk kita tidak mentadabbur maknanya.Nabi Muhammad s.a.w berpesan supaya kita menangis semasa membaca Al-Quran,dan usahakan juga untuk menangis.Sebab itu kita perlu menghayati makna surah-surah dalam Al-Quran,seperti Al-Fatihah yang selalu dibaca dalam solat.

Dengan memahami ayat Al-Quran lah kita mengetahui perihal umat terdahulu,khabar gembira,peringatan dan dapat beramal dengan ajarannya yang membawa kita ke jalan yang benar.

Kadang-kadang ada waktu kita sedang bersedih,lepas tu kita baca Al-Quran beserta maknanya dan ayat Allah memujuk hati kita.Ada masanya kita terleka dengan dunia,dan Allah peringatkan kita dengan ayatNya.Sekalipun kita belum hafaz Al-Quran,ayat-ayat Allah yang kita tahu erti dalam bahasa kita boleh melekat dalam hati dan remind kita selalu.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Bacalah al-Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.”(Hadis Riwayat Muslim)

Tuesday, March 8, 2011

makan untuk hidup

Kanak-kanak dekat Afrika punya lengan sama kecik dengan ibu jari kita sebab mereka starving kat sana.Kebuluran yang sangat melampau menyebabkan mereka meninggal dunia setiap lima minit.Aku pernah tengok Bersamamu tunjuk realiti di Malaysia ni pun ada lagi orang makan nasi berlaukkan garam.

Terasa simpati.Tapi ada juga orang yang breakfast kat KFC,lunch di Kenny Rogers,teatime at Big Apple,dinner di Secret Recipe,supper kat McD.Nafsu makan besar satu hal,lepas tu mengada-ngada nak makan dekat so-called famous place pulak.

Kononnya makanan kat situ tak mahal sangat pun.Lagipun duit mak ayah banyak,scholarship ataupun ptptn lagi,mula lah gedik nak makan western lah,sushi lah, apa lah.Suka suki nak membuang duit.Sedangkan daripada digunakan untuk puaskan nafsu makan baik buat sedekah duit tu,tak pun buat beli buku.

Bukannya apa,bila dah banyak makan,yang lazat-lazat pulak,mula lah nafsu naik lemak.Asyik rasa malas dan mengantuk.Ibrahim bin Adham kata maksiat jauh dari orang yang lapar dan dekat dengan orang kenyang.Jadi kena ajar sikit nafsu makan berlebih-lebihan ni.Ustaz aku cakap nak jinakkan nafsu ni,kalau hari tu rasa nak makan ayam goreng,pergi beli ikan goreng.Lawan kehendak sekali sekala.

Banyakkan puasa sunat jugak,biar kita tau macam mana orang-orang yang tak mampu nak makan rasa.Barulah banyak yang kita syukuri,badan pun rasa ringan nak beribadah.Mula-mula memang rasa lesu je,tapi lepas tu jadi terbiasa tak makan banyak dan mewah-mewah.Anyway,kita makan untuk meneruskan kehidupan,bukan hidup ini untuk makan=)

Sunday, March 6, 2011

bukan sebulan cuma


Jom beramal dengan sunnah Nabi Muhammad SAW^^

Friday, March 4, 2011

ummi

Aku dan adik-adikku panggil ibu kami dengan panggilan ummi.Apapun panggilan kita terhadap seorang ibu tidak membezakan rasa sayang kita semua pada ibu.Seorang insan mulia yang telah mengandungkan,melahirkan,mengasuh,menjaga dan menyayangi diri kita.Siapa yang tak sayang ibu kan..

Kalau pergi program motivasi atau muhasabah diri,tak lengkap tanpa pengisian tentang pengorbanan ibu.Betapa kuatnya pengaruh seorang ibu dalam hidup ini sehingga kita sangat tersentuh bila mengenang kasih ibu sampai boleh menangis teresak-esak.

Jauh dalam lubuk hati,azam ditanam agar bisa menjadi seorang anak yang baik,membahagiakan ibu dan membalas jasa beliau satu hari nanti walaupun tak mungkin terbalas sebenarnya.

Tapi bila balik rumah dan ibu panggil atau minta tolong sesuatu,ada saja alasannya."Sekejap lagi..","Lepas ni saya buat","Ibu suruh adik lah..","Saya malaslah..".Sedangkan dalam Al-Quran,Allah melarang kita menyebut walau sepatah "ah" pada ibu.Dan kita,berpatah-patah perkataan kita ucapkan.

Betapa mulianya hati ibu,walau kadang kita mungkin mengecilkan hatinya,membuatnya rasa gelisah dan risau namun ibu tetap selalu mendoakan kita.Ibu tak pernah lupa untuk meminta pada Tuhan segala macam kebaikan untuk kita.

Ummi aku selalu cakap,kalau ummi perlu memilih antara dua perkara yang paling diharapkan,punyai anak yang bijak atau anak yang solehah,pasti lah anak yang solehah menjadi pilihan.Aku percaya setiap ibu mengharapkan perkara yang sama pada anak-anak,menjadi seorang insan yang mentaati Allah,RasulNya dan kedua ibu bapa.

Oleh itu kita semua perlu berusaha menjadi insan yang soleh solehah dan boleh menyampaikan doa buat ibu dan ayah meskipun mereka sudah pergi menghadap Ilahi.

Ya Allah,ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibu dan bapa kami,sayangilah mereka,sebagaimana mereka menyayangi kami sewaktu kami kecil.Amin~

Thursday, March 3, 2011

you are beautiful

Muslim women,when they look into the mirror,they make sure they cover their aurah,they wear properly just to please Allah.We are so unlike those women in the street who try very hard to attract men.Anyway,what for..?

Do you really need people to tell you that you are pretty by exposing yourself?Trust me,you don't have to do that.

Bear this in mind,
YOU ARE BEAUTIFUL
You and I know that.So we don't need anybody to tell us what beauty is.For beauty is too subjective.Everyone is beautiful.Yes,everyone.

لَقَدْ خَلَقْنَا الإِنسَـنَ فِى أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
Verily, We created man in the best form.~Surah At-Tin:4~

Please...love yourself.Be a good muslimah and mukminah solehah jom^^

credit to : www.iluvislam.com.
              moslemische

Wednesday, March 2, 2011

taubat

Firman Allah swt: “Katakanlah, wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap dirinya sendiri (dengan berbuat dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.Dan kembalilah (bertaubatlah) kamu kepada Tuhanmu,dan patuhlah kamu kepadaNya sebelum tiba siksaan kepadamu, kemudian kamu tidak mendapat pertolongan” ~Az-Zumar: 53,54~

Taubat adalah kembali kepada Allah swt untuk mendekatkan diri kepadaNya setelah berdosa dan jauh dariNya.Taubat juga pengakuan atas dosa, penyesalan, berhenti,dan tekad untuk tidak mengulangi kembali dosa pada masa akan datang.

Biasanya orang ingat nak bertaubat cuma bila buat dosa-dosa besar je sedangkan setiap dosa akan meninggalkan satu titik hitam dalam hati kita.

Jika ada manusia yang tidak melakukan dosa, pasti dia pernah berkeinginan untuk melakukannya.Jika ada orang yang tidak pernah berkeinginan melakukan dosa, pasti dia pernah lalai dari mengingat Allah. Jika ada orang yang tidak pernah lalai mengingat Allah, pastilah dia tidak akan mampu memberikan hak Allah sepenuhnya.Semua itu adalah kekurangan yang harus ditutupi dengan taubat.

Orang mukmin itu merasakan dosa-dosa yang dilakukan ibarat gunung yang akan menghempapnya, bukan macam lalat yang sekadar hinggap di hidung lepas tu boleh dikuis je dengan tangan.Memandang remeh dosa akan menyebabkan kita bertangguh untuk bertaubat dan pada masa yang sama hati kita makin kotor terpalit dengan dosa-dosa yang bertambah.

Sebab itu bila melakukan kesalahan dan menyedari dosa,hendaklah segera bertaubat sekurang-kurangnya dengan beristighfar.Dosa dengan manusia pula perlu diselesaikan dengan orang tersebut macam minta maaf dan pulangkan hak yang kita ambil.

Kita tak tahu bila ajal akan menjemput kita,jadi perlu sentiasa muhasabah diri dan beristighfar memohon ampun kepada Allah.Mudah-mudahan Allah menerima taubat kita yang memohon ampun padaNya.

Dari Ibnu Umar r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Wahai manusia! Bertaubatlah kamu semua kepada Allah. Sesungguhnya aku bertaubat kepadnya seratus kali setiap hari.”(HR Muslim) 

Tuesday, March 1, 2011

ada apa dengan cinta ♥

Cinta.

Bagi aku cinta tu satu perasaan yang sangat-sangat-sangat indah dan tak mungkin tergambar dengan kata-kata.Tambahan pula oleh orang macam aku yang tak reti nak tulis ayat-ayat puitis kan.Aku setuju je dengan faktor saintifik yang mengaitkan tindak balas kimia dalam badan kita dengan perasaan cinta.Macam penghasilan hormon serotonin dan endorphins yang jadi penyebab kita angau dan happy semacam semua tu.

Tapi rasa cinta yang sebenar itu fitrah yang dianugerahkan pada kita dari Tuhan.Dialirkan oleh Allah ke dalam hati-hati.Sebab tu lah bila bercinta kerana Allah,perasaan tu punya complexity memang tak boleh nak explain.Kinda supernatural matter.Nikmat cinta yang benar inilah yang akan membawa kita ke syurga tentunya.

Pengertian cinta kita selalu tersasar,dengan cinta pada teman lelaki yang datangnya dari kepentingan peribadi dan nafsu semata-semata.Kadang-kadang membuahkan cinta yang so-ntah-apa-apa macam Aristotle cakap,“Cinta buta adalah cinta yang buta untuk melihat kesalahan orang yang dicintai. Cinta buta adalah kebodohan yang membalikkan hati yang hampa, sehingga ia tidak lagi mau memikirkan yang lain.”

Sedangkan nilai cinta yang sebenar lahir kerana ketaatan kepada Allah,mencintai Allah dan RasulNya dan meletakkan cinta itu di atas segala-galanya.Oleh itu mencintai ibu bapa,keluarga,sahabat dan suami sepenuh hati kerana Allah dan saling menasihati dalam agama dan mengingatkan tentang akhirat.Cinta yang tulus dan sangat manis ini akan membahagiakan dan memberi rasa tenang dan redha dalam hidup.Jalan kecintaan ini juga akan berterusan sampai hari kiamat kelak.

“..Mereka yang saling mencintai kerana Aku,mereka yang menginfakkan hartanya kerana Aku,mereka yang saling membantu kerana Aku,mereka yang sekadar duduk kerana Aku,semua berhak mendapatkan cintaKu..”~Hadis qudsi~

Pencipta Cinta sangat mencintai kita,menginginkan kebaikan buat kita supaya kita dapat meraih syurgaNya nanti^^