Abah dan ummi aku yang ajar kami adik-beradik mengaji Al-Quran masa kecik-kecik dulu.Bila dah besar dan masuk asrama,ummi dan abah aku tak lagi membetulkan bacaan Al-Quran aku.Mungkin sebab di sekolah pun belajar lagi Al-Quran.
Tapi tulah,belajar mengaji waktu kecil lebih kepada nak melancarkan bacaan.Belajar di sekolah pula sebab nak dapat A exam.Jadi sekarang ni baru tersedar ada lagi hukum-hukum tajwid yang belum betul sempurna sebenarnya.Sebab diri sendiri tak take note kepentingannya.
Bila kita belajar Al-Quran bertajwid ni boleh elakkan kesalahan dalam bacaan,diganjari pahala dan beri kita keyakinan semasa membacanya.
Sebab tu penting untuk kita membaca Al-Quran secara bertajwid.Kalau tak tahu,kena usahakan untuk belajar.Dekat internet ada banyak je tutorial tajwid tapi belajar mengaji ni memerlukan kita bertalaqi,iaitu berguru dengan orang yang mahir.
Takkan nak tunggu tua baru kalut nak ikut kelas-kelas mengaji.Ada makcik-makcik dekat rumah aku yang belajar iqra' dengan adik aku yang darjah 4.Sebab segan nak belajar dengan anak sendiri.Alhamdulillah semangat nak belajar masih ada,tapi alangkah baiknya kalau kita yang masih muda ni usahakan dari sekarang belajar Al-Quran dengan bertajwid sekali.
Ilmu belajar tajwid Al-Quran ini takkan pernah merugikan kita.Malah sedikit sebanyak boleh kita gunakan untuk ajar adik-adik atau sahabat yang baru nak belajar mengaji.
Rasulullah bersabda"Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya".(HR Bukhari)
No comments:
Post a Comment