Aku nak cerita tentang satu cerpen yang aku pernah baca dalam Berita Harian tapi aku lupa nama penulisnya.Cerpen tersebut mengenai seorang ibu yang selalu bising suruh anak lelakinya kahwin cepat-cepat sebab nak merasa ada menantu dan menimang cucu.Tapi anak dia asyik bagi alasan belum sampai seru lagi nak mendirikan rumahtangga.
Sudah ramai calon pilihan ditunjukkan pada anaknya tapi tiada satu pun berkenan di hati.Sampailah satu ketika,si anak telefon ke kampung dan bagitahu yang dia nak bawa balik calon menantu untuk bertemu si ibu.Ibu dia gembira bukan kepalang sebab doanya pada Tuhan dimakbulkan jua.Macam-macam persiapan dibuat untuk menyambut bakal menantu.
Malangnya,ibu yang sangat gembira ni mendapat perkhabaran anak kesayangannya maut akibat kemalangan dalam perjalanan pulang ke kampung,bersama bakal menantu yang ditunggu-tunggu!Ibu tersebut end up dengan mengalami tekanan perasaan dan terus menunggu kepulangan anak lelakinya,yang sudah sampai seru untuk kahwin namun terlebih dulu diseru pulang kepada Tuhannya.
Kita pun selalu dengar orang yang belum mahu berhijrah ke arah kebaikan dengan beri alasan "tak sampai seru lagi".Masalahnya nak tunggu sampai bila?Seruan ke arah kebaikan selalu ada,tapi kita yang sengaja pekakkan telinga.Di dunia ni bolehla beralasan dengan sesama manusia,tapi dengan Allah Yang Maha Mengetahui tak ada yang boleh disorokkan.
Bukan apa,takut-takut bila malaikat maut sedang menarik nyawa kita barulah nak mengaku kita sudah sampai seru untuk berbuat kebaikan.Barulah terasa nak buat segala perintah Allah.Tapi waktu itu,it's really too late.
common statement- belum sampai seru-
ReplyDelete