Tuesday, April 19, 2011

18SX,18PL dan U

Statistik Jabatan Pendaftaran Negara mendedahkankan jumlah kelahiran luar nikah mencecah 234,647 orang dalam tempoh empat tahun(2006-2010).Dan 34.5 peratus dari jumlah itu membabitkan ibu yang beragama Islam.

Kajian yang dibuat Jabatan Kebajikan Malaysia mendapati antara punca remaja terjebak dengan perlakuan tak bermoral itu adalah maklumat berkenaan seks yang mudah didapati dengan melayari internet.-Berita Harian,19April 2011,Rencana Ratinawati Rasidi-

Khutbah Jumaat masjid-masjid di Wilayah Persekutuan pada 8April 2011 menyentuh wabak gejala tayangan filem lucah yang berlaku dalam masyarakat dan negara.Sekalipun ia adalah perkara haram tapi disentuh secara umum dan sambil lalu.Jika tidak kerana filem terkutuk yang memfitnah Anwar Ibrahim itu,mungkin ia tidak menjadi tema khutbah Jumaat.

Filem lucah yang banyak itu tersebar sulit tapi filem lucah Dato' T tersebar luas dan belum ada sesiapa ditahan kerana menonton dan menayangnya.

Khutbah saran jangan tengok filem lucah.Tetapi kumpulan Dato' T ajak orang ke Seri Carcosa tengok filem lucah.Yang dilarang ialah menayang dan menonton.Yang membuat filem lucah tidak ditangani.Ada wakil rakyat mendesak supaya ia ditayangkan di Dewan Rakyat supaya sekalian Yang Berhormat melihatnya seterusnya membahaskannya.Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkara,disisi Islam filem lucah adalah haram maka dia menolak menayangkannya.Tetapi Speaker berkuasa di Parlimen saja.Dia tidak berkuasa di luar Parlimen.

Sayang khutbah menyuruh jangan diedar dan ditayang filem lucah tetapi ada saluran sesawang menyalurkan video lucah paling meletup hingga seramai-ramai dapat melihat dan mendapat dosa kerananya.Ia menjadikan khutbah itu tenggelam selepas solat itu selesai.-Harakah,18-21April 2011,Kolumnis Subky Abdul Latif-

18SX - Ada unsur seks yang tidak keterlaluan.
18PL - Ada unsur politik dan agama.
U - Sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat.

4 comments:

  1. entoh le pijah. aku rase pemerintahan malaysia ni mcm xde pegangan agama. ramai pemimpin malaysia menjadikan satan dan hawa nafsu sbg pedoman. kalau taon 2011 pun gini doh, 2020 aku xhau la gane :(

    ReplyDelete
  2. anis.btol2.. kalo terus gini,2020 nati,video2 gtuh buke stakat besepah kat youtube, kat tv pon blambak. bayang ah,kat paper, sukasuki dia letok gamba2 dr video tuh. padahal budop2 kecik pon ngadap paper :(

    ReplyDelete
  3. ho meme pon. Aku x seko tahap kebodohan media ni kritikal. provoke artis film lucah laa gapo laa

    ReplyDelete