Friday, April 15, 2011

k.a.k.i

Tau tak yang ada lelaki yang suka tengok kaki perempuan dan orang macam ni digelar legman.Nak-nak lagi kalau kaki perempuan  macam snsd,lagi la legman suka pandang.(o.O)

Masa aku dekat cfs,ada seorang senior lelaki cakap dia tak boleh tengok perempuan tak pakai sarung kaki,rasa macam nak potong je kaki perempuan tu.(o.O)

Kaki perempuan adalah aurat.Kaki yang aku maksudkan kat sini termasuklah upper part of leg sampai end part  yang below the ankle tu.Kan aurat perempuan seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan sahaja.

Di negara kita ni,kalau seorang perempuan Melayu Islam memakai skirt atau pants separas paha,memang di cop seksi habis lah.Kalau pakai seluar panjang  tapi ketat tak apa.Kalau kain baju kurung nipis tanpa pakai  pantycoat pun tak apa.

Padahal dua kategori ini sama sahaja dengan si seksi tadi.Tetap menzahirkan bentuk kaki dan tak mengikut macam yang Allah dah gariskan.

Seperkara lagi,tak menutup dua kaki yang ada sepuluh  jari ni.Sebabnya rasa menyusahkan,nak kena pakai sarung kaki pergi mana-mana.Lagipun rasa macam lelaki tak pandang pun dan kalau dipandang tak menarik pun.Suka suki je buat pendapat sendiri.

Mengikut pandangan mazhab syafi’e,mazhab maliki dan mazhab hambali,menutup kaki adalah wajib apabila berhadapan lelaki ajnabi.Bagi mazhab hanafi,dua tapak kaki hingga pergelangannya tidak menjadi aurat.

Oleh itu,kita memilih pendapat yang mempunyai hujjah yang kuat dan lebih menenangkan hati kita dalam soal aurat kaki.Kalau tak nak pakai sarung kaki,pakailah bootie ke asal menutup seluruh kaki.Islam agama yang mudah tapi jangan sampai kita nak ambil yang mudah-mudah selari dengan kehendak kita sahaja.

No comments:

Post a Comment