Friday, April 22, 2011

5x sehari

Kajian yang dibuat Dato' Dr Haji Fadzilah Kamsah mendapati 80 peratus daripada responden yang mengikuti program-program beliau tak mengerjakan solat dan tak menyempurnakan 5 waktu solat wajib.Aku pun tak pasti jumlah sebenar responden kajian ini tapi hakikatnya masih ramai lagi kawan-kawan kita yang tidak bersolat.

Seorang sahabat aku dulu pernah tinggal serumah dengan housemate yang tak solat.Bila diajak solat,si teman serumah menolak dan beralasan Allah tak akan terima juga solatnya kerana dia tak ikhlas pun.Persoalannya bagaimana nak menggapai ikhlas jika solat pun tak?

Fake it till you make it.Pada pendapat aku,setiap amal soleh itu memerlukan sedikit paksaan pada awalnya demi menjadikan ia sebati dalam kehidupan,sama juga solat.Bukankah sejak kecil kita selalu dididik bersolat?Bila dah besar panjang dan tidak dikawal mak ayah,tugas kita lah untuk paksa diri menunaikan solat.

InsyaAllah,di sebalik kepayahan dan mujahadah kita melawan rasa malas itu
terdapat kasih Allah pada kita seterusnya membuahkan rasa ikhlas untuk melaksanakan solat.


3 comments: